Nak Jadi Baik

Assalamualaikum semua. Salam Ramadhan. Setakat dah berpuasa ni, macam mana? Okey ke? Makin seronok ke makin kurengg? Hehe. Moga semuanya baik² dan lagi bertambah semangat kita untuk sentiasa memperbaiki diri. InsyaAllah.

Aku bukanlah dari keluarga ‘islamik’, bukan juga bersekolah aliran agama dan juga tidak dikelilingi rakan² yg alim, pandai agama bukan tunggang agama. Dari kecik waktu sekolah rendah lagi aku suka utk tahu pasal islam ni. Itupun cuma dengar, baca gitu je. Biasa lah waktu kecik..takdelah sampai serius sangat amik part yg dibaca. Setakat tu je lah.. Waktu nak apply masuk form 1 pun kononnya aku nak ambil sekolah agama. Asrama macam tu lah. Walaupun tahu result sekolah agama aku tak power mcm kawan lain. Last² tak jadi juga ke sana..haha. So aku teruskan dgn sekolah harian biasa. Waktu tu pengaruh gadjet tak begitu dasyatt macam sekarang, tapi boleh kata pengaruh/ajakan kawan negatif sangat sangat sangat bagi impak. Kiranya siapa yg tahan..dia tahanlah. (sama ada nak pilih baik atau sebaliknya) tahan dgn situasi bermacam ragam, kurang tarbiah, kurang islamiknya, lebih bersosial, pergaulan laki perempuan macam adik beradik, bertepuk tampar, kiss sini sana, merokok dan lain². Selama aku duduk dari form 1 sampai form 3 aku boleh nampak yg masih ‘okey’ dan yg terjebak dgn benda² negatif. Aku bukan nak cakap aku baik, bukan nak cakap aku lah insan terdidik. Takk pun..aku sendiri baru sedar..waktu ni aku kurang didikan dari sudut kenal agama Islam. Dan aku tak salahkan siapa² waktu tu. Yerla, kepala otak fikir cuma belajar dan exam. Seronok² datang sekolah ada kawan bla bla. Tapi hakikatnya kosong tentang Islam. Walaupun tiap tahun dekat sekolah ada subjek agama. Tapi aku amik mudah..

Dulu soal pakaian di sekolah aku masih pakai dgn baik. Takda lah tudung nak pendek2, baju jarang, stokin dkt buku lali. Haha. Zaman stokin tak cukup kain. Sekarang ada lagi ke student sekolah pakai gitu?? Haha. Walaupun aku dulunya tak terlalu sosial dlm berpakaian.. tapi aku masih tak jumpa point sebenarnya aku kena buat semua tu. Aku pakai baju gitu2 jee. Takdepun nak tutup aurat sangat waktu tu. Tapi..akhir tahun form 4 aku dah start pakai handsock..hahaha. ni cuba cuba je dulu. Serius sebelum tu aku tak tahu benda alah handsock tu apa. Asal kena pakai apa semuaa..hahah. Boleh kata dan siapa yg faham situasi aku tanpa dorongan org sekeliling yg tahu agama waktu tu..memang akan faham macam mana rasanya nak cuba jadi baik. Nak share atau tanya dgn kawan..kawan pun taktau. Balik2 dorang gelakkn aku ada lah. Dulu waktu sekolah aku mana ada telefon..nak tanya kawan pakai tepon ibu ayah je. Hahah. Macam tu lah keadaan aku dulu nak cuba jadi baik, nak cuba tahu pasal islam, pasal solat, aurat, kenapa tak boleh buat ni..buat tu..cuma kadang² tu adalah aku tanya ustazah pasal soalan2 yg main dalam fikiran aku dan terjawab lah. Kemudian hari hari aku jadi tanda tanya. Walaupun aku baca dari buku2 islamik, tengok dkt komputer ayah..kdg ayh bukak youtube ceramah agama, segala isu agama..dan aku jadi macam tercari² apa yg dorang bincangkan ni. Apa sebenarnya ni? Apa yg terjadi? Aku masih buntu, keliru…dan aku tak tahu apa2. Tak tahu nak buat apa..nak cari apa…lagi lah nak faham pasal apa Islam ni..diri aku tak terbuka perihal dakwah² pun time tu..aku ikutkan saja apa yg ada depan mata dan apa yg aku dgr..

Rusydee artz. Ada yg kenal tak? Waktu aku takda tepon tapi aku ada notebook 1 malaysia. Hahah. Jadi aku try godek² dan gunakan sebaiknya. Kawan aku sorang ni..dia jelah yg aku boleh borak pasal Islamik2 ni. Kdg kami bertukar2 cerita walaupun pasal benda² basic dlm agama. Apa lagi..tak tahu tanya lah ustazah yg ada. Berbalik pasal nama dekat atas tadi tu..kwn aku ni lah yg kenalkan aku dgn pelukis dakwah ni. Dia lah tunjuk dkt aku, cerita dkt aku tiap post dari Rusydee artz ni. Time tu aku takde fb lagi (dan berkeras taknak buat fb ). Jadi dgn notebook yg ada tu aku try lah kadang2 tu intai fb dia.( aku cari dkt google nama dia then apa yg keluar aku tekan jela. Haha) Save gambar² lukisan dakwah yg sedara ni buat. Aku seronok dgn keadaan yg mcm tu. Baca ayat² diaa..tiap pesanan yg dia bagitau. Macam² lah…Aku macam wowwww. Serius happy gila bila tiap tanda tanya dlm diri aku sebelum ni macam dah terjawab pasal Islam. Kadang pasal aurat baru aku faham kenapa kena tutup litup bagai. Batas kenapa kena had antara lelaki perempuan mcm ni macam tu…aku mula faham sikit sikit ilmu Islam…dan tq juga pada pelukis ni..moga tiap usaha diberkati ya!

Seronok2 aku pun..mesti ada benda tak best yg aku kena hadap. Macam aku cakap..aku bukan dalam persekitaran yg bagi aku galakkan, tarbiah utk ubah diri jadi hamba Allah. Susah. Dan sangat susah utk semua tu. Perit dan sangat perit utk diri aku kawal utk tak buat benda jahat. Ajakkan kawan utk ikut macam apa yg dia buat. Tapi dari sudut hati aku…aku masih ada agama. Walaupun aku bodoh pasal agama..aku masih tahu batas sepatutnya ke tidak utk buat. Kadang aku cemburu pada dorang yg dari awal dibentuk dgn agama. Pakai tudung labuh, stokin, tutup ini itu. Hahah. Bukan senang bila aku ingat balik macam mana proses diri aku, hati aku nak kuat utk ubah jadi baik. Nak pakai tudung labuh pun tak berani. Nak pakai stokin time dekat luar lagi lah..malu beb. Macam apa jee kan bila first time buat macam tu. Org terdekat aku bila nampak aku pakai stokin nak keluar..apa lagi..kena jadi bahan lawak lah. Haha. Perit nak terima..memanglah perit tapi aku semat dalam hati “aku pakai sebab Allah dan aku pakai sebb aku ni hamba Dia..aku kena tutup aurat..biar org pandang buruk pada aku tapi bukan Dia..” tiap kali org gelakkan aku, tiap kali tu lah aku akn ulang ayat ni. Waktu tu..aku cuma fikir aku kena kuatkan diri. Takkan ada yg faham apa yg aku rasa..kecuali Allah. Jadi, aku cuba utk fahamkan dorang apa yg aku pilih sekarang..

Dan sampai harini..aku masih belajar. Belajar baiki diri. Jatuh bangun, jatuh jatuh dan bangun lagi. Itulah proses hijrah. Hijrah diri utk jadi sebenarnya hamba Allah. Tiap org lain ujiannya. Lain cerita sebalik hijrah masing². Aku bukan budak baik. Aku bukan budak yg tahu agama dgn baik. Aku juga pernah terjatuh dgn kesilapan yg sama. Tapi..sejahat2 aku, aku masih nak berubah. Aku taknak lah cerita tiap inci apa yg aku kena bila nak berubah sampai lah aku dah habis diploma ni. Aku tahu dekat luar sana ada org yg nasib mcm aku. Bila aku duduk..borak2 dgn kwan2 yg sangat2 sosial..aku sedih. Sedih sebab aku faham apa yg dorang rasa. Dalam hati dorang, dorang taknak pun buat benda bodoh semua tu..tapi biasalah terikut2 kawan. Kadang kawan2 yg sosial macam ni..hati dorang sangat baik. Dorang nak jadi baikk. Ada niat nak stop jadi nakal. Tapi..dorang tak tahu dekat mana dan siapa nak rujuk. Aku tahu ada yg rasa macam ni…ada yg hadap macam ni. Hmm. Satu je aku boleh cakap..doa. jangan berhenti utk doa moga Allah beri hidayah dan taufiq pada kita.

Kalian yg dari awal punya didikan agama yg baik lagi2 bila cakap budak sekolah agama. Bersyukurlah diri kalian dipilih utk berada dlm kelompok tu. Untung bila tiap aktiviti pasti semuanya terjaga batas. Suasana tarbiah, adanya ustazah, ustaz, kawan2 yg pandai ilmu agama. Pasti adanya rutin zikir, solat² khas..dan tidaklah sama rutinnya macam sekolah harian biasa yg lain. Syukurlah dan jaga tiap yg diajarkan itu. Jgn sia2 kan apa yg dipelajari. Ingat, tak semua senasib macam kalian. Pada yg lain, supportlah sesiapa pun yg mahukan kebaikan. Yg mahu tunjuk ajar. Sokong, pimpin lah jiwa² yg masih kosong dgn ilmu agama. Dan jgn sesekali pertikai, ketawakan mereka yg mahu berubah walaupun soalan yg ditanya adalah “macam mana nak solat?” dan jgn sesekali riak atas ilmu yg Allah beri. Kongsi pada yg lain.

Nak tahu ilmu agama kena belajar secara berguru. Nak tahu salah atau betul kena ada ilmu, rujuk guru²,ulama. Bukan ustaz/ustazah google semata. Join mana2 kelas agama yg gurunya Aswj. Masuk pondok ke..banyak dah tempat yg ada sekarang. Jgn malu..try macam mana dulu seronoknya.

Nak berubah jadi baik bukan dilihat pada pakaian semata tapi pada niat kita macam mana. Bila niat betul insyaAllah, semuanya akan perlahan2 ikut syariat. Soal pemakaian sederhana lah. Jgn terlalu ikut trend sampai lupa aurat yg perlu ditutup, sampai terlupa niat kita nak jadi hamba Allah atau nak org tengok cantik ke tak diri kita. Wanita dan bergambar…bersederhana lah dlm aktiviti tu. Jgn sampai wujud fitnah sendiri dgn gambar2 cantik dan menarik perhatian kaum lelaki.

Semoga urusan kita dipermudahkan oleh Allah.
Maaf kalau terlalu panjang.
Terima kasih sudi baca.
Doakan utk aku jugaa ya!

Assalamualaikum. :)

– L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *