Nak kahwin ke tak? – 3:38 PM

Nak kahwin ke tak?

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni memang ramai kawan baik aku nak kahwin dan dah kahwin. Sampaikan aku rasa nak menangis sebab lepas ni takde geng nak ajak lepak-lepak. Makin menjadi-jadilah perangai suka terperap dalam rumah lepas ni agaknya.

Tapi bila fikir balik, kalau aku yang nak kahwin, memang dah ready ke aku ni? Aku dengar macam-macam cerita bila orang dah kahwin ni. Nak pulak zaman sekarang macam trend pulak kahwin cerai ni. Nauzubillah. Mintak jauh la ye. Mana tak nya, kawan baik aku sendiri pun cerita macam-macam masalah. Seram jugak kadang tu.

Lagi seram bila masuk bab diri sendiri. Duk fikir aku ni dah lah tak pandai masak, nanti risau kena kutuk hehehe. Masak sikit-sikit tu boleh lah. Sekadar suap mulut sendiri. Adik aku pun selalu mengutuk. Abah aku pulak senyap je kalau makan. Tak berani pulak aku nak tanya sedap ke tak. Tu pun masak kalau Mak takde kat rumah ataupun sebab Mak tak sihat. Kadang tu menyiang ikan pun hancur ikan dibuatnya. Mak aku kadang tu gelak kat aku sebab tak pandai siang ikan. K fine. Tu belum lagi part aku main-main dengan ikan kat dapur tu. Acah-acah ikan tu berenang dalam laut, kadang duk tenyeh ikan sebab . geram fresh sangat. Ni kalau mak aku nampak, mati aku kena pelangkung dengan lesung batu agaknye. Kadang kalau masak pun bila aku sendiri rasa memang stres sebab tak sedap macam Mak masak. Mak aku pulak kadang tu bebel jugak sebab aku malas nak belajar masak. Nasib ler. Heh.

Pernah satu hari tu dekat dekat bekas tempat kerja lama, ada sorang kakak ni bukak topik pasal budu. Duk cakap-cakap pasal budu tetiba dia pesan:

kekgi kalu kawen tibe-tibe mok tue kabo "mek, ce gi buat budu. nok makan nge nasik nih" hah. gane nok buat kalu dok reti?

disebabkan tak makan budu dan tak pandai buat budu, aku jawab "owohhh, kalu gitu memang masuk dalam bilik ah pahtu nangih sebab dok panda" haha. Ni jawapan orang malas nak belajar buat macam aku. Hehe. Tapi, minggu lepas aku dah belajar buat budu. Dah lepas dah ni rasanya sebab habis licin Mak Abah aku makan ikan panggang cicah budu.

Lepas tu, nak kemas rumah pun kena cari mood. Kena set mind contohnya "hari Jumaat nak kemas rumah, kemas bilik" so, bila hari Jumaat tu mental dan fizikal memang ready dah nak buat kerja. Dah kahwin nanti perangai macam ni jugak ke? T_T Kadang nak menangis sebab penat sangat sebab aku ada jugak part time baking, ambik order bagai tu dan biasanya aku buat lepas balik kerja. Tapi nak kena kemas dapur lagi, kemas segala perkakas baking lagi. Phew. Malas nak iron baju satu hal. Dan sebab kerja satu tempat dengan Abah, aku lah pulak kena ambik tugas iron baju. Penat woo iron. Minimum 3 jam duk hadap iron baju untuk seminggu sebab kalau baju Abah aku tu memang mata aku sedap tengok biar betul-betul kemas lepas iron. Bila ada orang cakap senang cari jodoh dekat tempat kerja aku tu, aku memang cakap tak nak sebab malas nak iron baju kalau suami aku nanti kerja office. Kalau ada jodoh dengan orang yang kerja office yang mana aku kena iron baju dia nanti mungkin aku kena cekalkan hati. Haha.

Dah tu pulak kalau tidur nak kena ada bantal busuk. Hmm. 26 tahun tapi still ada bantal busuk. Bantal tu memang ah busuk tapi bagi aku memang best gila bau bantal tu. Hahaha. Susah sikit nak tidur kalau takde bantal tu. Tengah tidur pun boleh merangkak cari dalam gelap kalau sedar bantal tu takde. Lepas tu mesti letak kat atas muka time tidur. Ni masalah besar ke kecik? Sayang gila kot nak buang bantal tu. Banyak koyak tapi gigih aku jahit balik. Kalau tengok bantal busuk tu aku terfikir nanti kalau kahwin, agak-agak suami aku buang ke bantal tu? Pergh. Tak boleh nak bayangkan.

Aku adalah jugak sembang bab kahwin dengan kawan-kawan walaupun calon tu tak nampak bayang pun. Tapi pernah lah jugak ada orang ajak kahwin. Eh entah betul ke tak orang tu. Aku syak main-main je tu. Tapi setiap kali kena tanya macam tu mesti aku gelak takpun diam je. Sebab taktau ready ke tak dengan perangai aku yang tak seiring dengan umur ni. Huhuhu.

Tapi bagi aku, kalau sesape nak kahwin memang kena ready. Sebab alam rumahtangga ni lain. Walaupun dah bercinta bertahun-tahun tapi bila kahwin totally akan macam kenal orang baru. Masa tulah kita kenal perangai sebenar masing-masing. Ni kawan aku cakap lah.

Maaflah kalau confession ni panjang sangat. Sebab aku saja nak meluahkan isi hati. Ceh. Mekasih kak min ke, abam min ke yang approve membebel versi confession ni ye. Hehe.

– P

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *