Nak Kahwin Tapi Family Tak Restu

Aku berumur 23 tahun dan sedang sambung degree.

Aku sekarang tengah bercinta dengan seorang lelaki yang berumur 28 tahun dan hubungan kami almost 3 tahun dah. Dia kerja biasa-biasa je.

Dari pandangan aku, ekonomi dia nampak stabil. Boleh kawal emosi aku. Senang cerita pada pandangan aku dia dah perfect.

Masalah yang aku hadapi sekarang adalah kami nak berkahwin tapi mak ayah aku tak bagi.

Dari kecil sampai besar family aku memang orang yang kuat agama, tapi family aku je. Aku separuh modern senang cerita.

Sebelum aku masuk universiti, aku bawa lelaki tu jumpa family aku.

Mula-mula lagi ayah aku tolak dengan alasan dia bukan orang beragama, tak tahu agama, macam tak elok, dan dia cakap buruk pasal lelaki tu.

Mungkin ayah aku takut kalau aku dengan lelaki tu sesat sebab lelaki tu tak boleh bimbing aku.

Tapi bagi pandangan aku lelaki tu boleh belajar agama. Bukan semua manusia perfect,

Dan salah satu sebab ayah aku tak terima dia sebab dia duduk jauh jadinya ayah rasa dia akan ambil aku dari keluarga.

Dalam situasi ni aku cuba tenangkan dua belah pihak dan tak nak memburukkan keadaan. Aku cakap baik-baik je.

Hampir dua tahun aku sambung belajar, lelaki tu ajak aku kahwin..

Sejujur-jujurnya aku memang betul- betul dah ready nak kahwin tapi aku tak rasa family aku boleh restu.

Aku takut kalau kali ni dia tak restu aku memang tak nak ada perasaan dengan lelaki.

Tujuan aku bercinta bukan suka-suka tapi aku memang dah ready tapi kenapa family aku tak bagi aku kahwin.

Aku sebenarnya malu dengan family dia, family dia baik, selalu layan aku baik dah macam anak sendiri.

Tapi bila kenangkan family aku yang tak terima dia, aku jadi serba salah.

Aku tak nak sakitkan hati dia tapi kami sayang antara satu sama lain.

Tolong doakan supaya family aku terutamanya ayah aku restu kitaorang.

Aku yakin aku dah ready nak kahwin walaupun aku masih belajar.

Aku kesian dekat lelaki tu sebab aku nampak effort diaa nak aku, jumpa family aku tapi kena tolak mentah-mentah..

Tak tahu nak luahkan dekat sapa. Penat sangat. Nak halalkan hubungan pun susah.

– Aimi (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. awak dapatkan degree dulu, baru bincang dgn famili awak pasal nk kawin, ni masih belajar lagi, mana la parent awak nk bagi kawin, lepas dah ada degree, kerja baru bincang semula dgn famili awak

  2. Nasihat aku, doa byk2, istikharah dan teruskan usaha ke arah perkahwinan. Cuba pujuk mak ayah, bincang elok2. Kalau pasal takut mengandung masa belajar, banyak ja alternatif perancang kehamilan boleh buat.

    Banyak perempuan lepas start kerja umur 25, dah tak ada masa nak cari pasangan, alih2 tup tap dah umur 30. Masa tu terfikir balik pasangan lama, peluang terlepas etc. Nak cari jodoh di fasa bekerja bukan senang…

    Doa, usaha, tawakal, niat yg baik2, kalau yakin dengan keputusan ni, insyaAllah Allah mudahkan.

    Aku kahwin umur 24, oke ja. Tak muda sgt pun.

  3. Sebagai seorg yg kahwin waktu belajar, akak sarankan better awak habiskan belajar dulu, kalau perlu intern/praktikal, tamatkan dulu. Dah dapat confirmation kerja dalam 6 bulan baru fikir soal nak kawin, tapi tetap kena kumpul duit sikit2 dari sekaranglah.

    Akak menyesal sgt2 kawin masa belajar, kalau dpt undurkan masa akak lebih rela kawin lambat. Bila kawin, terus dapat anak, dgn study lagi, nak praktikal lagi, susah sgt. Malu jugakla family byk tanggung walaupun dah kahwin.

    Kalau lelaki yg awak kenal tu baik, dia mesti faham kenapa family awak tolak dia sekarang. Terang lg bersuluh sbb satu, agama dia tak kuat(boleh belajar, jgn hangat2 tahi ayam) yg ke-2, sbb awak masih study. Kalau dah kawin nnt, buat cara dah kawin, suami kena tanggung isteri 100% termasuk kos belajar awak. Mampu ke dia?

    Dan ikut pengalaman akak, walaupun dah grad dan habis praktikal, susah sgt nak apply kerja kalau dpt anak. Majikan akan dahulukan org yg bujang or takde anak lagi.

  4. akak nasihatkan awk habiskan belajar dulu dan dapatkan kerja. biar dapat rasa dulu pengang duit gaji, biar dapat rasa belanja mak ayah, biar rasa dulu berjimba dengan kawan2.. Akak nikah dah umo 30 dik… sblm kawen kawan2 tya “dah ready ke nak kawen”, confident cakap ready… dah kawen akak berhuhuhu… masa tu rasa nak tarik balik je jawapan akak dulu… sbb kawen ni bukan stakat ilove u, you love me, bukan setakat kemas2 umah masak2 tunggu laki balik kerja… lebih dari tu dik… banyak awk kene fikir sblm kawen tu, terutama soal kewangan… ye rezeki tu ade tp xdenya dtg terbang ke awk dik, dan2 terus jd kaya… fikir masak2 dulu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *