Tajuk macam orang putus cinta lak. Tak tak. Ni pasal menantu, mentua dan cucu.
Sebagai pengenalan, saya ibu kepada dua anak. Saya anak sulung daripada tiga beradik, semua dah bekerja.
Suami anak sulung daripada 6 beradik, suami dengan adik je yang bekerja yang lain di uni, dan paling kecik sekolah rendah.
Memandangkan kami berdua anak sulung, makanya cucu yang lahir juga adalah cucu sulung, untuk keluarga saya dan juga keluarga suami.
Saya memang merantau, dari tingkatan satu sekolah asrama, pastu sambung belajar dan kerja di KL. Bertemu jodoh pun dengan orang sekitar KL/Selangor, keluarga dia pon rumah di KL/Selangor tapi mereka asal dari Utara.
Anak sulung saya sekarang 5 tahun dan yang kedua 4 tahun. Masa dapat anak sulung, saya dan suami bekerja di tengah2 KL, tapi kami ambil keputusan berpindah dekat dengan rumah mertua sebab suami risau nak letak anak di pusat jagaan takut kes dera ke apa.
Jarak rumah kami dengan mertua 5 minit je, selang satu jalan gitu dalam satu kawasan taman yang sama. Jarak ke tempat kerja kalau tak jem sekitar 40 minit, kalau jem time peak hour, 2 jam tu standard lah.
Suami bisnes sendiri, jumpa client sana sini dan waktu kerja tak tentu. Biasanya siang dia ada kat rumah, tapi petang ke malam dia busy. Tapi ada masa pagi je dia busy, petang ke malam free, tengoklah projek dia.
Sepanjang saya bekerja, memang mertua jaga anak sulung saya. Penat sangat berulang hari-hari 2 jam pergi balik, sampai rumah anak da tertidur, dapat main belek2 anak sulung sekejap je. Lepas tu pepagi bute esoknya da kena bangun hantar anak semula ke mertua.
Kadang2 sedih anak sulung tak nak kat kita, nak kat mertua. Pastu, mertua pulak kalau anak nangis dia akan amek anak, dia kata dia jaga dia lagi tahu. Sobs.
Tu belum lagi masa kita sampai rumah balik kerja tahu2 anak dia bawak jalan g rumah sedara lain tak bagitahu or tanya pun kita. Dia bagitahu suami je. Tu pun suami beritahu kita masa diorang semua da gerak bawak anak.
Melanguk la kita sampai pukul 10.30pm dengan berair mata. Suami lak kata, bukan pegi mana pun nanti baliklah, jangan tunjuk muka nangis kat famili dia nanti masa amek anak. Lagi sedih kat situ.
Kadang mertua nak keluar jalan masa weekend, dia datang rumah kami nak ambil anak. Padahal itulah masa saya dengan anak. Huuuu. Tapi saya tak bagilah cakap elok2 nanti Isnin saya hantar kat Ibu ya.
Setiap Isnin, mertua akan kata anak saya paling susah jaga, asyik nangis je sebab weekend duduk dengan saya. Hari Selasa baru ok sikit dan seterusnya bertambah ok.
Saya dapat anak kedua masa anak sulung saya setahun lebih dan saya ambil keputusan berhenti kerja. Tak sanggup rasa nak tinggal anak dengan mertua lagi. Saya nak sangat jaga anak sendiri.
Masa saya dah berhenti kerja pun, bila jaga anak sendiri, mertua akan call pagi, tengahari dan malam nak tengok cucu dia.
Jadinya, setiap hari memang akan jadi rutin ke rumah mertua especially dari petang sampai malam. Sebab mertua dia akan suruh datang kata dah masak macam2.
Saya walaupun berhenti kerja, alhamdulillah ada bisnes online sendiri bolehlah buat duit tepi sikit2.
Fast forward, adik suami pun dah kahwin diorang laki bini duduk dengan mertua, anak adik, mertua yang jaga. Lapang sikit saya, tak perlu layan kerenah mertua bab anak ni.
Tapi tak bermakna ia berhenti di situ ya tuan-puan semua. Tang kena datang rumah setiap hari tu memang kena.
Kalau sehari tak datang ok lagi, hari kedua tak datang dia mesti akan call punya suruh datang walaupun kadang da lewat pukul 10 ke atas. Dia kata tak apa, anak kan pergi playschool masuk tengahari.
Anak2 saya sekarang bijak lagi pandai. Rutin ke rumah mertua tu memang diteruskan. Balik lewat malam tu dah biasa.
Tapi sebab rumah kami sangat dekat, kami memang tak tidur bermalam di rumah mertua. Lagipun kurang selesa bilik2 semua adik2 suami ada. Kalau adik2 kat uni ke, kami still lagi suka balik rumah sendiri.
Tapi itulah, berbalik kepada tajuk, mertua sekarang dia selalu cakap kat anak sulung saya yang 5 tahun supaya tidur dengan dia. Suruh anak tanya saya, walaupun mertua ada je depan saya masa tu.
Saya ada cakap kat mertua, si kakak ni malam2 nangis nak kencing nak susu, nak urut apa semua. Lagi pula, kalau si kakak tak ada, si adik pulak nanti menangis cari kakak dia.
Berulang kali sangat mertua saya buat macam ni, sampai saya tengok anak saya tu macam serba salah gitu nak jawab. Mendesak cara halus gitu.
Saya cakap elok2 kat mertua, suami pun ada backup. Tapi tulah mertua memang buat tak faham je. Anak saya pulak, dia nak tidur dengan mertua, tapi nak saya ada sekali.
Sekarang ni pulak, rasanya dia cakap kat anak saya rumah dekat je so nanti nak saya mertua boleh je hantar. Anak dah besar da pandai, faham orang cakap, so dia pun da cakap macam ni kat saya.
Saya sebenarnya tak bersedia nak lepaskan anak saya. Saya masih nak peluk dua2 anak saya malam2 ada depan mata. Saya rela penat bangun terjaga malam anak ngigau, nak susu, nak kencing apa semua asalkan diorang depan mata saya.
Saya kalau boleh tak nak susahkan mertua, umur dia pun dah lebih separuh abad. Siang jaga anak adik, pepagi nak bangun hantar anak sekolah rendah lagi. Kalau cuti sekolah pun, mertua still jaga anak adik.
Saya memang kena lepaskan anak saya ke? Biar je dengan mertua terus? Saya terasa hati dengan mertua saya buat macam ni, rasa taknak jejak kaki rumah sana. Pada masa sama, anak saya pun buat saya rasa serba salah.
Saya dari Pantai Timur dan ambil masa 4 jam perjalanan dr KL. Saya cuma dapat balik jenguk parents sebulan sekali ataupun dua bulan sekali especially long weekend atau cuti sekolah. Kalau balik rumah parents saya, memang kami ada bilik sendiri.
Anak saya pulak lagi suka nak tidur ruang tamu, tapi parents saya tak pernah pulak buat macam mertua saya, nak anak masuk bilik tidur sekali. Walaupun tak selalu jumpa, parents saya chill je.
Ada sampai nak video call tengok cucu pon diorang risau, sebab tak nak anak2 nangis nak balik Pantai Timur pulak.
Kalau mertua saya, kalau tak datang rumah, dia akan call kata ada beli mainan itu ini, buat anak nangis, so kami memang akan terpaksa pergi jugak walau dah lewat malam atau hujan lebat.
Maaf ya kalau penceritaan saya kurang baik atau memeningkan. Tapi, saya mohon pendapat dan nasihat semua untuk menenangkan hati saya. Lagi2 mak2, menantu2 dan mertua2 skalian.
Saya ada terbaca artikel ni, dan saya rasa tepat sangat, tapi saya tak boleh nak buat apa, kang send kat mertua kang kecik hati beliau, keruh segalanya, dan semestinya sayalah yang buruk tu.
Saya harap sangat suami dapat kerja jauh sikit, kami boleh pindah dan saya boleh atur anak saya lebih baik, selain menjaga silaturrahim keluarga dan mental sendiri. Lagi2 lepas ni anak masuk tadika pepagi.
Rutin balik lambat dari rumah mertua bagi saya tak patut diteruskan, dan saya kalau boleh nak anak ada rutin yang baik setiap hari.
Atau pilihan lain, saya pergi je kerja, so tengahari mertua ameklah anak saya balik skolah, petang habis kerja saya ambil balik umah so bab rutin malam dan tidur terjaga sikit. Rasanya pilihan kedua macam ok, mertua win, saya pun win.
Tapi suami lak macam tak setuju nak susahkan ibu ayah dia bab ni, dengan mertua jaga anak adik lagi dan adik bongsu yang sekolah rendah.
Saya tak tahulah, mertua saya ni dia tak reti penat ke, rehat2kan diri? Mulut kata penat tapi gayanya macam tidak, entahlah.
Sekian luahan hati saya yang dalam dilema, dan sedang berusaha menjaga hati perasaan sendiri.
– Viva (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
perkara kecik jer ni, tk payah nk panjang2kan, dah jadi adat, nenek&atok syg sgt kt cucu, awak sabar dan layan kan jer, takde masalah apa2 ni,
Tak kecik ye. Kalau anak tu perempuan lagi lah kena jaga. Tak boleh nak tidur dgn org lain sesuka hati. Batas perlu ada supaya maruah anak terjaga. Biar la parents yg jaga dan aturkan anak tu sendiri BUKAN ORANG LAIN!
Abe Black oii, oke ke kalau dah hari2 balik malam selalu pukul10 ke atas? kan dia kate nanti anak nak tadika rutin pagi2 bangun nak ke sekolah? budak2 pukul9, 9.30 dah kena tido abeeeee
akk bagi je mentua akk tuh jaga kalau dia mengeluh akk ckp je da mak nk sangat jaga, akk ambil peluang ni utk akk me time, masak sedap2, dlm masa yg sama akk glow kn diri akk, anak2 pulak akk lebih tahu ape mereka suka, try pancing dgn ape dia org suka.. moga membantu
Belajar la kata tidak atau tak boleh ngn mak mertua, hari2 nak kena menghadap memang bukan perkara normal, boleh buat mental, diri sendiri perlukan bounding time dengan keluarga. Bercakap dengan tegas bukan dengan cara kurang ajar. Semoga confessor dipermudahkan urusan dan diberi jalan yang baik untuk selesaikan permasalahan ni.