Salam. Orang kata, jangan menjaja keburukan keluarga. Tapi masalahnya aku dah tak tahan. Perkara ni dah melampau sangat. So, keluarga aku memanglah bukan dari orang kaya tapi keluarga aku antara yang paling stabil dalam ramai2 sedara mara ni. Alhamdulillah. Memang selalu lah dibisik ditelinga untuk mintak bantuan kewangan dari pakcik makcik tak kira lah sebelah mak ke sebelah ayah aku. Alhamdulillah, setakat yang mana mampu kami bantu sebab dalam rezeki yang Allah bagi, kami sedar ada juga bahagian rezeki orang lain.
Nak dijadikan cerita, arwah ayah meninggalkan kami tiga tahun lepas dan sekarang ni hanya mama yang bekerja membesarkan kami. Aku dan adikku masih lagi tidak bekerja kerana masih belajar. Aku dapat lihat, mama sangat struggle utk besarkan kami walaupun hanya dua beradik tapi sekarangkan semua harga melambung naik. Pening jugak kepala memikirkan kos hidup yang semakin meningkat. Walaubagaimanapun, arwah meninggalkan kami dengan sejumlah wang yang mungkin tidak bnyk tetapi boleh digunakan untuk menambah apa yang patut jika kekurangan. Terima kasih ayah. We miss you :(
Beberapa bulan lepas, ada seorang pakcik yang memang boleh kata setahun sekali je jumpa ketika raya. Tambahan lagi, isterinya sangat berbangga dengan menantu nya yang kerja gempak dan berstatus tinggi. Kami ni hanya dipandang sebelah mata sahaja silap2 tak nak tengok pun dengan sebelah mata tu. Dalam keheningan malam, mama mendapat calll daripada pakcik tersebut. Dan seperti yang kita tahu, kalau orang dah lama tak call kita, tak bertanya khabar tiba2 muncul tujuanya tak banyak: 1) MLM, 2) ada kematian, 3) Nak pinjam duit. Yes, mestilah nak pinjam duit, katanya anak mereka telah rugi dalam perniagaan dan telah menggali pelbagai lubang utk langsaikan hutang Along. Cool. In shaa Allah boleh tolong. 5k tak nak. Demand 10k, lepastu mintak lagi up 15k. Mama dengan rasa bersalah, iya kan aja permintaan. Pelbagai janji manis, dan kata-kata indah diselitkan. Hampir setiap hari juga bertanya khabar sebelum dapat duit tu.
Lepas aku tahu berita tu, aku tanya kat mama, mana nak cekau 15k? Mama kata guna lah duit tabung haji dia. Astaghfirullahalzim! Aku cuak sbb mama nak pergi haji tahun ni, takkan ler nak kuar kan 15k.. Kang memang tak pergi haji lah nmpknya. Dengan hati yang cekal aku pun offer duit tabung haji aku. Takpelah, aku muda lagi, mama lagi perlukan ke tanah suci daripada aku. Cuma aku dah target duit aku tu, aku nak guna buat aku kawen hujung tahun ni. Nanti lepas kerja kang, aku ganti duit tu sikit2. Rasanya pn aku kawen takde lah smpai nak berhabis 15k. Tapi takpelah, aku bersangka baik. So, Aku pn keluarkan duit dan bagi kat pakcik aku tu. Kemain siap tulis contract, kabo nak bayar pada tarikh sekian sekian. Aku dgn mama husnuzon, in shaa Allah boleh lah tu kot. Kalau tak, takkanlah dia berani letak tarikh suma.
Hari berganti hari, pada tarikh yang dijanjikan, macam biasa takde khabar berita. Kitorang cool lagi. Takpe, kasik chance maybe ada lagi urusan tak settle lagi. Lepas dua minggu dari tarikh tu, aku pn kabo lah kat mak aku, lepas raya ni aku nk guna duit nak bayar persiapan kawen aku tu. Sebab bakal suami aku kerja jauh, so bila dia balik Malaysia nanti, aku nak settle kan semua benda sementara dia ada kat sini. Macam biasa lagi, bila diWhatsapp, dapat blue tick je. Takpe cool lagi. Beberapa hari lepas masa raya pertama ingat dapat lah jumpa kat kampung, pakcik aku tu tak balik kahkah. Aku dah mula risau. Mampuih lah celah mana ni aku nak bayar semua benda. Aku ada lah #2kerja tapi mana lah cukup nak tampung sume benda.
So kesimpulanya kat sini, aku bukan lah nk kabo kat semua orang dia pinjam 15k dari aku. Tak tak. Cuma yang aku bengang, adab mana adab? Aku takde masalah kalau dia explain kenapa dia tak dapat bayar duit tu. Bila hari raya, hantar ucapan hari raya pun takde. Masa nak pinjam duit, hari-hari boleh tanya khabar, takkan hari penting macam tu pun tak boleh nk tanya khabar ke ape ke.
Aku sebagai anak saudara ke pakcik pakcik aku ni, aku kadang-kadang memang terasa jugak. Sepatutnya lepasa arwah pergi, dorang lah tempat aku bergantung, tapi cool, in shaa Allah mama mampu lagi nak tampung kami adik beradik. Ni aku dah kabo aku nak nikah dah hujung tahun ni, aku bukan mintak duit dorang, aku mintak duit aku kot sebab nk biaya semua persiapan. Serious aku terasa dengan tak hormat mama aku yang balu ni. Takpelah, aku redha. Kang sesak sangat maybe aku mintak tangguh jelah ke tunang aku tu. Nak mintak semua orang yang baca post ni,untuk doakan pakcik aku agar dipermudahkan urusan dia cari duit untuk pulangkan duit aku. Tak banyak pun , asal cukup nak bayar semua persiapan kawen aku nnt. Amin.
– Sayang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
jangan sesekali bagi orang pinjam duit. sebabnya, nanti kita yang mengemis minta duit balik. kalau ada lagi kontrak tu, mungkin boleh usaha repot polis ke apa. takpun, post aje kat facebook biar mereka malu
Pebende jelah pak cik kau tu…
Zaman sekarang terbalik. org yg pinjam tu boleh wat rilek wat cool. Yg dipinjam yg mcm mengemis. Sy pon selalu rasa mcm pengemis mintak org byr hutang. Mcm kena tebal muka gitu mintak sbb member jugak.
Sape orang yang pakcik ko takut/hormat/segan? Cerita kt orang tu. Minta dia sound se das.
Biasalah time pinjam duit macam2 janji manis ditabur
Mase arwah ayah aku meninggal pun, begini juga lah kami kena layan.. Semua target pinjam sane pinjam sini.. Gaduh sane gaduh sini.. Fening aku.. Tapi aku ni jenis lantakkan aje sebab aku tahu tuhan ade.. Malas nak fikir banyak.. Aku malas nak serabutkan kepala.. Tapi ketahuilah, manusia, kalau dah dengan DUIT huhi macam belum pernah dengar lagi bila berhutang nak bayau.. Sekian.. Moga kau dapat balik duit kau.. Kau nak kahwin pulak tu.. Papa kau susah payah kumpul duit utk korang, sesuka aty je nak amek hak korang.. Urmm.. Nauzubillah himinzalik.. Moga aku n pembaca tak tergolong drp org2 gini.. Good luck in ur future..:)
Minta jela dgn adab dn sopan.tp lau x mmpu, mtk aje dgn biadap.hahaha