Nak Perhatian Tapi Dia Terlalu Sibuk II

Assalamualaikum semua… Ini reply untuk post, https://iiumc.com/nak-perhatian-tapi-dia-terlalu-sibuk/

Terima kasih untuk semua yang komen. Jujur saya baca satu demi satu.

Ada yang bagitau itu adalah red flag dan itu tandanya dia memang tidak mementingkan saya seperti apa yang diharapkan. Yang itu saya tak tahu… mungkin ya mungkin bukan. Oh ya, tidak, dia bukan suami orang.

Tapi ada satu dua komen yang menarik hati saya. “Kami berbeza love language. Dan saya perlu menjadi lebih matang dan memahami kerjaya dia sekarang.”

Bukan mudah untuk jadi memahami. Apabila dia ada, jujur dia memang ada. Dia pantau saya… dia tahu sikap saya.

Dari awal perkenalan kami bisnes dia masih belum sesibuk sekarang. Sekarang bisnes dia tengah berkembang maju. Memang sentiasa ke sana sini untuk berjumpa bisnes partner dan discuss.

Kadang-kadang saya juga tidak menganggu dia. Saya juga sibuk bekerja. Tiada masa mahu selalu berjumpa.

Akhir lewat malam baru dia ada mesej ucap selamat malam. Atau kalau sudah seharian tidak mesej, esok nya dia akan call dan beritahu yang dia sibuk.

Dia pernah beritahu saya, dia perlukan orang yang memahami dia. Bukan lagi yang perlukan perhatian tetapi yang sentiasa ada di sisi walau tidak berjumpa. Yang sentiasa sokong dia sepanjang masa. Yang dia tahu sentiasa ada berdoa untuk dia. Dia tahu saya ada.

Cuma sebagai perempuan… akan ada masa saya perlukan teman meluah. Dia pula jenis yang tidak suka mendengar luahan negatif. Dia selalu menasihati saya supaya bersabar. Akan ada pengakhiran yang indah.

Apabila kami kahwin nanti, gunakan masa yang ada untuk sayang menyayangi dan bukan untuk bergaduh. Jangan terlalu bercakap negatif tentang orang supaya tidak terlalu pressure diri sendiri. Jujur dia banyak mengubah persepsi saya.

Cuma saya perlukan nasihat kalian bagaimana untuk saya jadi seorang yang lebih memahami? Mungkin sebab saya terlalu banyak melihat drama romantik dan apabila saya mendapat seseorang yang karakter tidak romantik saya menjadi tidak puas hati?

Katanya dia sayangkan hubungan kami. Dia berharap yang saya tahu dia sentiasa ada walaupun seharian sekali sahaja mesej. Call juga jarang jarang. Dia minta saya bersabar.

Katanya kami ada cita-cita yang kami hendak kejar. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang seperti drama di tv, kehidupan tidak semudah itu katanya. Cukup kita tahu yang kita ada untuk masing-masing.

Macam mana kita yakin mak ayah kita tak perlu ucap sayang setiap hari tapi mereka amat menyayangi kita. Matlamat kita masih jauh. Kita sama-sama berusaha untuk gapai matlamat kita.

Mungkin ada yang boleh kongsi pengalaman… kadang-kadang saya rasa zaman sekarang terlalu mengharapkan mesej dan call dan kurang keyakinan terhadap pasangan.

Dulu tak ada telefon mak ayah kita elok je setia dan saling percaya… entahlaa. Saya perlukan nasihat yang bernas. Terima kasih sudi baca confession saya yang agak berterabur.

– Qila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mesej 1x sehari je alasan sibuk?
    Nak buka fon amik masa berapa saat je dek …cukuplah bertnya dah mkn ke..tgh buat apa ke..simple2 chat.
    Akk dulu pun pernah kena dgn lelaki mcm ni.Tp sebab akk yg syok sendiri akk igt tkpe la dia btl2 busy kot.1x sehari je mesej dlm ms 24jam.
    Akk ada terfikir takkan la lnsg tkde masa.Kol pun tak..tp akk cuba sgka baik mybe dia penat..dia tido
    Akk bermain2 dgn andaian sndiri pdhl blh fikir logik xkn xde ms nak chat lnsg.

    Bila akk kwn dgn lelaki2 lain.
    Dorg ada je ms sembang2 dgn akk.Akk knl dgn engineer ..dr pg smpai nk tido dia layan wasap akk.Ada je masa.Dia layan smua luahan ht akk..cerita akk..akk dh jth syg kt dia.Ms tu akk buat perbandingan knp bf akk xleh jd mcm dia.

    Dek..org..kalo syg dia akn curah perhatian kt kita walau x lama sikit ms pon jd la.Kalau ckp psl bz..smua org pum bz tp xkn lnsg x pegang fon.Akk tkt dia jdikan alasan bz je tp dia actually ada someone yg lain utk diberi perhatian lbh.

    Lps tu dia nak dera mental adk..dia ckp la nnt kita bakal kwen la..itu ini..

    Jgn jd mcm akk dek..kenal dan syok sndiri dgn lelaki yg salah..buang ms 3 thn lbh tggu dia tp sia2 sgt.Buka la mata dik..cr kwn2 br utk dikenali.Jgn fokus kpd dia semata2.Jgn percaya janji2 dia nak kwen ke apa sgt.
    Tkt end up lain cerita.

    Kdg kita kaum wanita x berani nak move on sbb terprngkap dlm cinta.Kita tkt nak bt keputusan sebab hdp kita cinta kita hnya serah kpd lelaki 100%.Kita xde self love.

    Belajar la utk self love dek…bila diri kita mencintai dan sayangi diri sendiri melebihi org lain..maka kita takkan takut utk kehilangan seseorg yg belom jd milik kita yg sah.

    Jgn termakan dgn jnji lelaki nk kwen ke apa..jnji tu kdg mainan dan blh berubah.Fokus self love aje.Cr kwn2 circle2 positif yg blh alihkan tumpuan adk kpd lelaki ni.
    Belajar ugama.dekatkan diri dgn Tuhan.Baiki amal ibadah fardu ain mcm solat..cr guru ..belajar ilmu tasawuf dan tauhid.psti perlahan2 ht akan tenang dan kurg bergantung lg kpd cari kasih manusia

    Jgn ditagih ksh manusia.Sakit dek

    So sbn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *