Assalamualaikum semua… saya harap sangat confession ini tersiar. Terima kasih admin.
Saya memerlukan nasihat dan pandangan daripada rakan-rakan di sini berkaitan dengan relationship saya dengan teman lelaki saya, Adam (bukan nama sebenar)
Adam seorang yang bekerja sendiri, baru beberapa tahun berjinak jinak dengan bisnes.
Alhamdulillah ada untung ada rugi. Biasalah, adat bisnes. Saya setakat ini tidak mempunyai masalah dengan dia dari sudut ini.
Saya cuma tidak tahan dengan sikap dia yang terlalu sibuk sehinggakan tidak mempunyai masa dengan saya. Saya bukanlah jenis yang memerlukan dia menghubungi saya 24 jam.
Tidak sama sekali. Cukup untuk dia bagitau “maaf saya sibuk hari ini. Hati-hati.” Sudah memadai. Hanya sekadar senang di hati dia masih ingatkan saya dan masih update yang dia sibuk. Saya juga bekerja dan sibuk. Saya faham
Masalah nya dia kadang-kadang tidak begitu. Terlalu sibuk sehingga dua hari langsung tidak menghubungi saya. Tiada khabar berita. Ketika saya sedih dan memerlukan dia untuk meluah rasa, dia tiada.
Katanya, dia ada. Yakinlah dia ada. Tetapi saya seorang perempuan. Saya pulak kadang overthinking. Dia akan beritahu saya jangan risau dia tidak ada masa untuk curang. Dia mohon saya bersabar.
Sudah seringkali saya beritahu dia saya memerlukan dia untuk fahami saya. Cukup untuk update sehari sekali. Supaya saya tahu saya masih diperlukan dalam hidup dia. Bukannya biarkan saya melayan perasaan dan rasa diri ini tidak dipedulikan.
Saya cuba sabar. Tetapi kadang-kadang saya terlepas bicara.
Bila dia mungkir janji tidak dapat berjumpa, saya cuba sabar dan cuba untuk tidak terlalu berharap. Bila dia ada masalah saya cuba senyap dan diamkan diri.
Menunggu dia sendiri untuk bagitau saya. Tapi bukan sekali saya marah dan kecil hati.
Saya akan perli dan bagitau “iyalaa saya ni tak penting kot”. Atau saya akan menjawab “buat je la kerja awak. Saya ni abaikan je. Tahun depan baru kita jumpa lagi”
Kata-kata begini buat dia turn off. Dia kata saya terlalu sarkastik. Jujur saya tak tahan. Saya mahu rasa dipedulikan, saya mahukan perhatian itu.
Saya bagitau dia saya perlukan dia untuk berubah sebelum kami kahwin. Takkan la bila dah kahwin nanti pun dia akan menghilangkan diri juga.
Sebab sekarang bila saya merajuk dia akan hilang dan muncul semula apabila saya sudah reda. Biasanya malam ataupun keesokan harinya.
Benar, memang kami tak bergaduh marah sebab masa dia muncul emosi sudah sama sama stabil. Perbincangan akan dibuat secara baik.
Tapi saya mahu dipujuk. Saya ingin dipujuk ketika saya tengah sedih.
Bila mana saya meminta nasihat, ada yang katakan dia bukan nya suami saya untuk saya mengharapkan perhatian daripada dia. Tetapi dia bakal suami saya.
Kalau sekarang pun saya seringkali tawar hati dengan perangai dia yang langsung tak pernah cuba untuk berubah bagaimana mungkin saya dapat yakinkan diri yang dia akan berubah setelah kami kahwin nanti?
Saya buntu. Saya sayangkan dia. Cuma saya perlukan nasihat. Saya hendak mengundur diri sudah beberapa kali. Dia akan berubah seminggu kemudian akan terjadi lagi benda yang sama.
Minta pendapat dan nasihat yea. Terima kasih sangat-sangat.
– Qila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit