Nak redha Allah.

Assalamualaikum admin. terima kasih kerana sudi siarkan cerita saya. Saya merancang untuk berkahwin tahun hadapan tapi masalahnya ayah saya nak saya bekerja dahulu. memandangkan saya masih lagi menuntut sebagai pelajar tahun akhir di sebuah universiti. Alhamdulillah bakal suami saya mempunyai akhlak yang baik, sangat menjaga batas pergaulan dan dia memang dah ada ciri-ciri suami yang boleh memimpin saya ke jalan yang diredhai. untuk pengetahuan, saya dibesarkan dalam keluarga yang tidak menekankan hal ehwal agama. Ibu dan bapa saya tidak solat. ( bukan niat nak burukkan). saya akui kadangkala lalai menjalani perintahNya. hati saya rapuh. saya memang memerlukan insan yang boleh pegang tangan saya dan bawak saya ke jalan Allah. hati saya merasakan yang si dia mampu pimpin saya. Keluarga saya seolah-olah susah nak lepaskan saya. saya berharap sangat agar ibu dan ayah saya faham konsep perkahwinan dalam islam.

Allah janji nak bagi rezeki untuk orang yang bakal berkahwin. Jangan pernah ragu dengan janji Allah. saya harap sangat ibu dan ayah saya bagi kebenaran sebab niat saya nak berkahwin bukan sebab nafsu. Tapi nak menuju ke redha Ilahi. saya perlukan penguat sebab saya dah beberapa kali jatuh. sekrang memang buntu macam mana nak yakinkan ibu ayah yang saya nak nikah.

kalau boleh biarlah perkahwinan ni jadi salah satu asbab cinta sy terhadap Allah makin teguh. itu je yang saya harapkan dalam hidup ni. Saya nak Allah redha. saya letakkan itu adalah sebab saya nak nikah. Tapi mengenangkan sikap ibu dan ayah saya, saya serba salah. Saya minta para pembaca sama-sama berdoa semoga jalan menuju perkahwinan diredhai ini berjaya. dan saya doakan agar hidup kita semua dirahmatiNya. Amin.

– Lestari

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *