Assalamualaikum. Terima kasih admin jika cerita aku dipublishkan. Nama aku mat. Aku bukan ustaz dan aku juga bukan pelajar cemerlang. Aku manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Sedikit perkongsian cerita. Rezeki Allah itu ajaib. Aku mulakan cerita pengalaman aku baru2 ini. Cerita ni tak ambil masa yang lama pun. Hanya dalam kurang 2bulan tak silap aku. Dalam sebulan yang lalu aku memang stress dengan tempat kerja aku. Kerja yang banyak dan aku sampai tahap aku rasa mental aku kena torture. By the way ak bekerja dalam sektor swasta. MNC company dalam field finance and accounting. Satu hari tu aku tekad untuk dapatkan juga kerja yang baru. Kerja yang baru ni bukan sebab niat tak bersyukur ya. Aku mencari peluang pekerjaan yang job spec lebih baik, environment lebih baik dan pengurusan yang baik.
Sebelum ni aku ada juga cari kerja. Tapi faham sajalah. Susah betul nak dapatkan call interview. Kalau dapat call interview pun, lepas tu senyap sepi sahaja. Aku antara yang bernasib baik. Lepas saja aku habis praktikal di company aku bekerja ni dulu, diorang terus serap aku sebagai pekerja tetap disitu. Aku dekat company ni since aku praktikal tahun 2015. Aku susah nak dapat peluang interview disyarikat lain sehinggalah sampi satu tahap tu aku rasa sangat2 mental breakdown.
Satu malam tengah scroll twitter dan fb sebelum tidur. Aku berulangkali nampak few post pasal 3 jenis doa untuk dimurahkan rezeki dan dapat kerja baru. Masa tu aku x endah pun. Scroll buat xtahu. Tapi makin lama makin aku perasan post ni sentiasa ada bila aku scroll twitter or fb. Jadi, aku screenshot doa2 tu dan aku amalkan setiap malam sebelum tidur. (Kadang2 bukan setiap malam pun tapi bila aku teringat, aku akan baca 3 doa tu) masa solat lima waktu aku doa jugak. Bukan x doa. Tp doa yang aku screenshot ni like sangat specific. Setiap kali aku teringat kt doa ni, aku akan baca dgn penuh harapan dan aku serahkan semua dekat Allah. Ada satu hari ni aku jumpa seorang pengemis. Baya bapak aku dah aku tengok. Aku baru keluar bank. Aku xtahu mana datangnya perasaan yang aku nak bagi duit dekat dia dalam nilai yang agak banyak bagi aku (aku tak selalu sedekah dgn amount yang banyak macam tu utk pengemis jalanan). Aku mula amalkan sedekah. Betul! Duit yang ada sikit dalam wallet pun kita dah rasa cukup bila kita banyak memberi dan membantu orang susah.
Lepas beberapa minggu aku amalkan ni, sikit2 aku nampak hasil bilamana ada company yang call dan interview aku. Tiba satu hari ni. Aku rasa sangat2 stress dengan kerja. Aku jadi depress dan aku tekad untuk letak jawatan walhal masa tu aku xda apa2 offer. Aku niat pagi2 tu aku print resign letter ni atas sebab aku tak mahu kerja macam ni affect emosi dalaman, fizikal dan mental aku. Jadinya aku tekad untuk resign dengan notis 2 bulan.
Keajaiban terjadi pgi tu lepas aku print dan sign surat perletakan jawatan aku, phone berdering dari salah satu company yang ada interview aku. Company tu offer job dekat tempat dia. Ni lah keajaiban yang aku sangat2 terkejut dan aku bersyukur. Ini datangnya dari Allah. Aku pernah dengar seorang ustaz pesan. Rezeki kita tak kan sampai lambat dan tak akan sampai salah tempat. Rezeki sampai tepat pada masa dan tempat.
Kenapa aku cakap ajaib? Aku bukan manusia yang warak soleh dan sebagainya. Aku manusia biasa yang xlari dari buat silap. Tp aku dapat rasa yang apa Allah bagi ni lebih dari cukup Alhamdulillah. Ini bukan doa dari aku sahaja. Aku percaya ini doa2 dari ibu-bapa , family dan kawan2 yang baik. Moral of the stories, kalau kau ditimpa masalah yang kau xboleh tanggung. Kembali kepada Allah. Sujud mohon doa dan pertolongan. Kau bagitahu awek, pakwe dapat apa? Hati tak tenang jugak betul? Kau bagitahu Allah dan aku jamin hati akan tenang. Jangan harapkan bantuan Allah tu sepantas kilas. Cuma berdoa dan tawakal. Mohon kekuatan.
Usaha kita yang sebaik mungkin ni tak akan ada hasil tanpa redho Allah. Makanya berdoalah seiring usaha kita. Bila Allah makin beri rezeki dekat kita. Makanya nit dalam hati yang kita akan memberi lebih juga buat ibubapa, family kawan2 dan siapa pun even pengemis. Rezeki kita bukan kita punya. Dia nak tarik, anytime without asking u why. So down to earth be humble. Ingat yang Allah tu hanyalah satu2nya pengharapan kita.
Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datangnya dari aku. Assalamualaikum.
– Mat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit