Nak tanya hukum dan pendapat–Simpanan Biasiswa.

Adminnn dah kali ke-3 aku hanto ni. Letih dah nak tulis. Hahaha approve laa min. Aku betul-betul dalam kegelisahan ni.

Okay mcm ni, aku ditaja oleh dua biasiswa dari sekolah menengah lagi.Tapi aku tak pernah guna pon sebab parents aku tanggung semuanya. So aku simpan dari form 1 smpai form 5, adalah dalam rm3000++.

Aku guna utk buat lesen, beli laptop and phone baru.

Then sekarang, dkt universiti, sekali lagi rezeki aku ditaja biasiswa dari asasi smpai degree. Dan sekali lagi jugak aku tak guna sebab uni aku(bukan UIA)dekat dgn rumah. Aku berulang, parents aku tanggung jugak.

So duit tu aku simpan. Skrg aku third year medik, duit simpanan biasiswa aku dah cecah rm10k.

Aku jadi risau. Sbb matlamat biasiswa sbb nak tampung kita belajar. Tp aku tk guna utk belajar pun sbb parents tanggung. duit minyak aku pon ayah aku bagi lagi.

Aku nak tanya, salah ke kalau aku guna duit tu nak beli rumah ke kereta baru ke? Sbb ye, aku tahu tu duit rakyat. Aku takut salah guna.

Bab-bab duit ni aku tknak la ambik ringan. Takut Allah tnya kat sana nanti.

Tolong lahhh sesiapa ada pendapat takpe ke aku tak guna biasiswa utk tujuan belajar?

– Jenab

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *