Nak tidur nyenyak

Salam.

Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada admin sekiranya sudi approve confession saya. Honestly, tak approve pun takpa, sbb confession ini hanyalah luahan hati semata-mata. Saya tak suka tulis panjang-panjang, jadi, saya akan go straight to the point. Maaflah, bahasa rojak. Jangan kecam saya!

Masalah saya adalah saya tak boleh tidur nyenyak sebab rakan sebilik berjaga dengan lampu utama terbuka. Dalam bilik saya, saya tidur tingkat atas katil double decker. Makanya, saya akan sentiasa terdedah kepada cahaya lampu bila saya nak tidur. Saya jenis yang tidur awal dan bangun awal, manakala, rakan saya tidur lewat. Kiranya, bila dia tidur, saya akan bangun; ibarat pertukaran shift. Pada awal semester, saya sudah berkompromi dengan meletakkan had supaya lampu utama ditutup jam 12 am. Selepas jam 12 am, saya mohon rakan untuk guna lampu meja.

Tapi, saya tak tahu kenapa walau banyak kali saya tegur (secara halus), rakan sebilik tetap degil untuk guna lampu utama sepanjang sesi study beliau. Jujur saya katakan, jarang sangat saya dapat tidur ke peringkat REM (rapid eye movement). Kalau anda pelajar medik, anda fahamlah yang saya tak dapat tidur nyenyak. Selama ni, saya cuba husnudzon, sedapkan hati bahawa, kalau dia tak tutup lampu, mungkin saya tak dapat bangun dengan mudah..tapi saya dah penat. Penat lah! Bengang la..like, rasa mcm nak beli ais krim cornetto pastu makan sorang2 depan dia! Kenapa saya boleh study guna lampu meja, tapi dia tak boleh??

Walau apa pun, saya dalam usaha untuk siasat kenapa beliau nak jugak pakai lampu utama bila beliau berjaga dan saya akan cuba kumpul keberanian untuk slow talk dengan beliau. Buat masa sekarang, saya pakai penutup mata untuk cuba dapatkan tidur yang nyenyak..tapi, tu lah. Lampu utama betul2 atas kepala, pusing ikut mana pun, cahaya lampu tetap boleh tembus pentup mata saya. Takkan hari2 saya nak tekup muka kot? Lama lagi nak duduk sebilik dengan beliau ni.. Okay, tu je. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati. Kalau boleh, bagilah pendapat mcm mana saya boleh approach kawan ni..

– Kalendar

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *