nak tips belajar
Assalamualaikum.
Hai warga iium confessions. First time aku nak confess kat sini. Harap2 admin approve lah ye.
Sem depan aku dah nak masuk second year degree kt uia ni. Hidup aku smooth je kt uia ni. Kcuali satu benda. Bab study aku. Dulu aku masa dekat sekolah, aku boleh dikatakan one of the best student lah jugak. Upsr,pmr spm smua aku straight As. Tp aku bkn nk highlight bab tu. Masalahnya skrg,aku rasa aku mcm dh lemah sgt bab belajar nie. Selalu ketinggalan brbanding kawan2 lain.
Memang lah orang kata,zaman sekolah dah x sama dengan universiti. Tapi,cara study aku masa skolah yg aku selalu guna, dah x efficient sangat time study kt uni nie. Dan aku akui, memang course aku sekarang ni bukan course yang aku minat. Tapi, tu bukan alasan untuk x belajar kan. Aku try belajar sungguh2 tp entahla aku cepat give up sebab aku lambat sangat nak faham dan nak kuasai sesuatu subjek tu.
Siapa je yang x jeles kan tengok kawan2 selalu dapat A banyak2. Aku x pernah lah sampai fail tapi result aku biasa2 je lah x gempak macam orang lain. Aku ada lah tanya kawan2 aku yg result selalu hampir 4.0 ni kan. Mcm mana cara dia belajar. Pastu dia kata, dia bukan selalu sgt study kt bilik,tp dia jenis yg akan fokus 100% dalam kelas. Masalahnya aku nie jenis yg agak sukar nak fokus dalam kelas kadang2 fikiran melayang2 teringat benda lain, tak pun akan jadi mengantuk.
Carry mark aku pulak jarang sangat 40 keatas. Selalunya 35+ je.org kata kalau nak target A/A- mstilah kena dapat cam tggi kan.
Biasanya confession kt sini penuh pasal study time2 study week nak dekat dgn final kan, tp aku harap sgt korang boleh share tips belajar yg berkesan supaya aku boleh praktikkan untuk sem depan dan sem2 seterusnya.
Memanglah cgpa tu bukan segala-galanya. Tp cgpa tu salah satu bukti pd mak ayah yg kita ada usaha untuk mnuntut ilmu dengan brsungguh2 dan nak bagi dorang tersenyum tengok kejayaan kita.
Result dah nak keluar beberapa hari lagi. Doakan aku dalam doa korang sekali.
– anonymous