Naluri Yang Tak Diminta Versi Lelaki

Assalamualaikum. Terima kasih kerana menyiarkan confession ini. Tidak berniat nak perkenalkan diri, teruskan saja pada apa yang ingin aku sampaikan.

Pada yang belum baca ‘Naluri Tak Diminta’ versi perempuan boleh refer link ni, https://iiumc.com/naluri-yang-tak-diminta/

Aku ada baca hampir semua komen pada siaran confession tu. Ada juga beberapa komen yang memang langsung tak dapat nak menyelami hati org yang diuji ‘naluri songsang’ ni. Ada beberapa komen yang cuba ‘bergurau senda’.

Aku selalu bayangkan, seandainya saja Allah SWT bagi orang lain cuba berada sekejap dalam situasi kami, aku nak tengok sejauh mana dia mampu nak keluarkan diri dia dari masalah ini. Aku selalu bayangkan perasaan ni seperti satu soket yang tercucuk dekat hati aku dan boleh dicabut letak dekat hati orang lain.

Aku tak tau seramai mana yang berjaya dapat mengubah dan melawan naluri songsang dia, aku memang respek dan kagum serta berdoa semoga Allah mengekalkan hak sebenar seorang insan lelaki atau wanita dengan naluri semulajadi mereka.

Kepada yang masih berusaha, aku doakan semoga kita semua di ampuni Allah dan memberi kita peluang untuk hidup normal macam orang lain. Aku juga berdoa semoga naluri confessor sebelum ini bertukar dengan naluri aku dengan izin Allah hendaknya. Kerana naluri kita benar2 tertukar.

Orang lain tak akan faham, kita cuba untuk confess mencari jalan keluar dan pada masa yang sama kita nak orang normal lain faham, bukan kehendak kami nak jadi songsang, kami lahir dalam keadaan begini tanpa pengetahuan kami, bila dah semakin dewasa baru kami tahu, kami adalah lain dari orang lain. Kadang kadang tak dapat nak terangkan pada manusia normal.

Sejauh mana kita mampu melawan, aku sendiri dah hampir menginjak usia 40 tahun. Aku pernah beberapa kali bangun tengah malam dan bermunajat pada Allah, bercakap pada Allah, bertanya kepada Allah, kenapa kami dijadikan begini, kami sendiri pun malu.

Aku bersungguh sungguh cakap pada Allah dengan harapan Dia akan mengubah dan beri nikmat bagaimana memilik naluri yang normal. Tapi buat masa ini masih belum berhasil.

Aku bekerjaya, ada rupa, aku metroseksual, luaran nampak normal sebab aku bukan lelaki lembut, cuma naluri aku yang songsang. Soalan pasal kahwin memang bertalu-talu. Macam macam alasan aku bagi, sampai aku pernah cakap aku ada Hepatitis B supaya orang tidak lagi tanya soalan yang menyakitkan itu.

Aku tak mau berkahwin kerana aku sendiri tak yakin sejauh mana Allah akan uji aku, aku tak nak perempuan tu nanti berduka cita dengan keadaan aku.

Ada beberapa kenalan aku yang songsang dan berkahwin semata-mata untuk menutup keadaan sebenar mereka dan yang menyedihkan, ada antara mereka masih bermadu kasih dengan lelaki lain. Ini cerita betul, ini cerita akhir zaman yang hanya orang tertentu sahaja yang tahu dan lalui.

Kadang kala bila aku tengok lelaki normal mampu kahwin sampai 4, aku selalu berkata pada Allah, alangkah baiknya sekiranya Allah beri aku satu nafsu lelaki sebenar yang mampu membahagiakan seorang wanita dan diredhai Nya.

Bila malu dengan diri sendiri, aku selalu fikirkan untuk bawa diri aku jauh dari masyarakat terutama mereka yang tak akan pernah faham, bersyukurlah mereka tidak diuji dengan nafsu songsang. Mudah untuk berkata kata dan memberi nasihat, tapi tidak semudah orang yang melaluinya.

Mungkin kekurangan aku sebegini, tapi Allah memberi kelebihan pada aku dalam perkara lain. Ujian yang kami terima, sekiranya tidak dikawal akan menjerumuskan kami ke neraka Allah.

Buat masa sekarang aku tidak kisah untuk hidup sendirian. Aku lebih selesa jauh dari masyarakat umum, aku dengan kerja aku dan rutin harian aku. Aku hanya hidup dengan beberapa orang yang memahami dan menunggu masa untuk menamatkan watak di dunia ini dengan harapan dapat terhindar dari laknat Allah.

Aku tak berniat nak berceloteh panjang, hanya sekadar luahan untuk mereka yang tidak diuji dengan keadaan seperti kami. Sesuatu yang sukar untuk dijelaskan kepada orang normal.

Berdoalah pada Allah semoga zuriat kalian sentiasa dilindungi dan tidak diuji seperti kami, ini kerana tidak ramai yang mampu untuk melawan.

Dan dengan dunia akhir zaman ini akan lebih banyak bukti bukti berbentuk ujian seperti yang terdapat dalam hadis akan berlaku, berdoalah kita semua bukan dikalangan hamba hambaNya yang akan diberi ujian umat akhir zaman.

– Aman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *