Nama pun bos

Aku telah bekerja di sebuah opis ini di tengah ibukota ini selama beberapa tahun. Sebelum ini aku telah bekerja di beberapa opis yg lain. Namun sekarang aku nak luahkan perasaan aku tentang sikap bos aku.

1. Gaji
Bos berikan gaji lebih rendah dari opis lain. Kerja yg banyak, tetapi tidak setimpal dengan duit yg dapat. Jika OT, bos xakan bayar. Jika balik kerja on time, bos cakap aku takde kerja.

2. Bonus
Setelah beberapa tahun bekerja disini, aku tak pernah dapat bonus. Begitu juga dgn staff yg lain-lain. Bos menyatakan tiada keuntungan yg diterima oleh company. Aku naik bengang. Kerana aku juga terbabit dalam sistem akaun opis, ada keuntungan sebenarnya. Kami sebagai staff tak minta bonus berbulan2. Apalah salahnya bagi saguhati rm1000.00 ke. At least rm500. Bonus tak dapat, company kononnya tiada keuntungan, tapi bos boleh bercuti ke eropah selama sebulan dan sampai sahaja di Malaysia, beli kereta audi yg baru.

3. Increment (kenaikan gaji)
Tahun ini, kenaikan gaji hanyalah rm50.00. Atas alasan ekonomi gawat. Sudahlah bonus tak dapat, increment pula hanya rm50. Kerja pula, bagai nak tercabut segala wayar dalam otak.

4. Cuti tahunan
Aku dapat cuti setahun 16hari sahaja. Aku yakin ramai diluar sana ada yg hanya dapat cuti tahunan serendah 8hari sahaja. Tapi aku nyatakan disini, walaupun aku punya cuti tahunan 16hari, nak mintak cuti bukan mainlah sukar. Aku tak boleh mintak cuti setiap bulan. Halfday cuti pun tidak dibenarkan. Setiap kali cuti juga, bos akan tanya soalan kenapa perlu bercuti. Jika jawapan seperti hadiri kenduri tahlil, bos akan cakap, org dah meninggal pun kan.
Bos nak, kalau boleh kami tak dibenarkan habiskan cuti tahunan kami. Jika tak abis, tiada cuti yg dibawa ke tahun hadapan dan tiada pula bayaran yg dibayar kpd kami atas cuti tahunan yg tak abis.

5. Emergency Leave
Jangan beranganlah bos kau nak lepas dengan sewenang-wenangnya. Anak sakit masuk hospital. Kau boleh EL, sehari dua jer. Jika lebih, bos akan tanya, suami mana? Tak boleh jaga? Andai EL kerana ada saudara terdekat meninggal, bos akan jawab, bukan mak ayah yg meninggal pun. Sukar sangat utk dapat EL, walhal EL itu akan potong dari cuti tahunan.

6. Medical Leave
Baru-baru ini bos dapatkan klinik panel baru buat kami semua. Alhamdulillah. Namun, klinik itu terletak berdekatan opis, yakni jauh dari rumah staff, termasuklah aku. Jarak rumah aku ke opis, 40minit perjalanan. Andai aku demam, aku harus hadir di opis, thumbprint dahulu, dan baru ke klinik. Andai klinik xbg mc, maka, pulanglah bekerja. Bila persoalkan pada bos, kenapa tak cari je klinik yg banyak cawangan agar mudah kami dapatkan rawatan, bos menjawab "sy bos. Sy xperlu minta pandangan sesiapa".

7. Solat
Setiap kali solat,kami solat di surau. Bos cakap, setiap masa yg kami guna utk pergi solat, harus diganti. Bos..bos..bukan nk buat bilik utk solat dlm opis. Kan mudah.

8. Tak pernah nak dengar masalah staff
Kami staff, bukan semua pandai. Tapi bos, tak pernah nak dengar apa masalah kami. Katanya kami bg alasan. Bila sesuatu kerja tidak dapat dilaksanakan dengan baik, bos salahkan kami,yakni aku dan kerani. Segala jawapan aku bagi, bos tak mahu dengar. Cakap dia je betul. Yelah..dia kan bos.

Aku geram. Bos aku nie seorang lelaki Melayu dan beragama Islam. Nilai perkemanusiaan dia sangatlah sikit. Bab agama, lagilah. Aku tahu, aku patut bersyukur ada kerja disaat ramai yg takde kerja. Tapi andai korang kat tempat aku, kerja bagai nak mati, balik lewat, datang kerja hari Sabtu atau Ahad, akhirnya semua tak dapat. Gaji masih di takuk lama, kenaikan gaji hanyalah rm50. Yg paling aku kecewa, mulut bos yg tiada insurans. Katanya aku nie xda kerja. Sebab itu aku balik awal. Tahun ini je aku balik on time. Meluat sebenarnya. Kerja dan bekerja hinggakan bawa kerja balik rumah, bos masih boleh cakap aku takde kerja. Setelah banyak aku buat untuk opis, bos merasakan dia telah bayar aku. Yea dia bayar. Tapi tidak setimpal.
Biarlah korang nak kata gaji RM1k tu ckup je kalau tinggal di KL nie. Tu korang. Tak semua sama macam korang. Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing.

Kepada yg membaca ni..seorang bos, tolonglah hargai pekerja seperti kami yg bekerja setulus ikhlas ni. Tak dapat bonus pn, kami kerja dgn tekun juga. Kerja nak segera, kami segerakan. Takde pun buat aniaya kat company bos. increment sikit pun kami buat kerja seperti biasa. Bukan kami takmo berhenti,tp mengenangkan bukan mudah nk cari rakan sekerja yg sekepala. Dah malas lagipun nak hantar resume2 dan hadiri interview. Namun jika tiada perubahan, aku pasti akan beralih arah.

– Pekerja terbaikmu

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

42 Comments

  1. Mesti cari kerja tempat baru kalau rm1k di ibu kota. Itu jumlah gaji cekik darah. Jgn fikir malas. Susah2 harini cari kerja, insya Allah ada rezeki di tempat lain. Rakan sekepala jgn duk ingat selama2nya boleh bersama. Cari tempat baru pasti ada rakan2 baru yg boleh bekerjasama walaupun x sama2 satu kepala. Fikirkan apa paling penting. Jika gaji, cuti dan medikal sgt penting, please usaha hantar resume dan cari kerja lain

  2. Love your job but don’t live your company.

    Yakin rezeki Allah yg bagi, bkn bos / manusia. Semoga Allah swt permudahkan urusan anda mencari kerja baru.. Aamiin

  3. X berkat bos tu ambil hak pekerja sampai mcm tu sekali. Igt Allah boleh tarik rezeki tu sekelip mata je …pekerja pun doakan bos ..doa org teraniaya tu makbul..

  4. Prinsip aku, masuk keja tepat masa. Balik pun tepat masa. Tiada istilah keja amal. Melainkan aku rasa ada termengular time kje, aku topup blk. Jnji keja beres.

    Better ko cari kje lain. Jgn benti dulu. Cari kje lain dulu, then cabut. Nyampah gila dgn perangai bos ko. X hargai staff lngsung. Kalo x kerana pekerja2, x bole hidup pun company dia tu. Takbur.

  5. baca Akta Kerja 1955 & pasal overtime. kalau majikan ada nafikan hak2 pekerja yg dinyatakan dlm undang2, anda boleh adukan pada jab buruh utk diambil tindakan.

    belajar & ambil tahulah pasal undang2 negara sbb byk hak2 kita dlm tu. cuma kita je x tahu sbb tak pernah ambil tahu.

    • Cuti tahunan hendaklah diberikan oleh majikan dan diambil oleh pekerja dalam masa dua belas bulan setelah tamatnya tempoh dua belas bulan perkhidmatan berterusan. Pekerja yang gagal mengambil cuti tahunan dalam tempoh yang ditetapkan akan kehilangan cuti tersebut. Walau bagaimanapun, pindaan dibuat pada tahun 1989; pekerja berhak kepada bayaran sebagai ganti cuti tahunan itu, jika atas permintaan majikannya, dia bersetuju secara bertulis untuk tidak mengambil cuti tahunannya.

  6. Salah satu cara nak enjoy working life, kena cari boss yg baik or at least dia considerate la kan. Xde la kau stress sgt. So sape2 yg nak kerja dgn boss yg baik & sporting, PM aku, hehe. Kerja cafe, kitchen crew. Sepatutnya aku kerja cafe ni tp mak ayah x berkenan aku kerja cafe, haha. InsyAllah boss sporting and baik gila

  7. tahniah sbb awak mmg penyabar. org yg sabar ada balasan setimpalnya nnt.

    btw, kejadian2 yg menimpa confessor ni ada hikmah dan pengajarannya tau. iaitu, bila awak jadi boss di kemudian hari nnt, jgn buat perkara sama mcm boss awak buat kat awak ok.

  8. Senang citer tukar keje lain pergi mengadu dulu kt pejabat buruh. Klo wat OT xbyr, company salah. Cuti tahunan hak pekerja, klo company xbg amik n xnk byr, company salah. Kita sebagai pekerja berhak tuntut hak kita.

  9. rezeki tu luas .. insyaallah ada rezeki lain..kdg2 org xnk tkr kerja.. sbb xnk mulakan perkenalan baru ngn kerja baru dan bidang kerja mungkin akan berbeza.
    ..tak pun selesa ngan suasana kerja..

  10. Banyak bos nak staff mereka jd hamba company.bayar paras2 hidung tp expect staff keje macam owner company sendiri.kene ingat staff keje for the sake of family.kalau dah life habiskn kt ofis je,bile nk ade mase dgn family.jangan guna alasan commitment n responsibility kalau boss2 xnk commit and.fulfill ur responsible as a boss.

  11. Mcm mn la bleh thn dgn sikap bos mcm tu…..klu aq mmg aq blik on time nk bebel apa pn bebel laa aq bkn nk dgr pn……ms bkrja dh hbis kot nk tggu apa lg…..klu aq dh lma brhnti…..

  12. perhhh tu kalo 1 ofis boikot.. menangis la bos tu.. bankrupt terus.. x hargai lgsg staf.. ini baru dikatakan MLM skim piramid.. staf bwt kerja bagai nk gila, bos kt atas kaya..

  13. xpe sis xberkat duit bos tu.. org dianiya makbul doa.. cari keje lain, dah dpt quit.. ada hikmah di masa depan y kite xnmpk lagi tu.. sis mmg seorg y penyabar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *