Nasi Goreng Chicken Chop

Aku perempuan. Perempuan dengan makanan kan biasalah tak boleh dipisahkan. Aku dah kawen, ada suami & ada anak2.

Suami, bab nafkah memang tak pernah culas. Setiap bulan. Masuk je gaji, segala bil, nafkah bini, bahagian anak, duit dapur semua dia settlekan dulu. Tak pernah lambat.

Aku fully housewife. Ada la buat affiliate kat tiktok & shopee, alhamdulillah ada lah hasil. Tapi husb aku tak pernah tahu pun. Sebab aku malas nak argue sebab selalu kata aku main fon je, cubalah buat duit sikit.

Aku jadi malas nak cerita yang aku buat affiliate sebab berapa sangat lah yang aku dapat. Pada aku alhamdulillah banyak dah hasil affiliate aku, ada la hasil lepas gigih beli barang, buat content, edit bagai.

Tapi nilai tu mungkin tak seberapa pada suami aku yang bekerja ada income tetap bulan2. Plus kalau hasil tu tak sama macam hasil KA so tak payahlah nak bagitau dia. Sebab tu aku buat diam2 je.

Kenapa tajuk nasi goreng chicken chop? Aku minta maaf la sebab meluah dekat sini. Tak tahu nak cerita kat mana. Sebab aku betul2 kecil hati.

Aku h/wife kan. Bulan2 laki dah bagi duit dapur. So mestilah waktu aku ni memang banyak dekat dapur. Even masak menu simple2 je pun, aku tetap masak.

Kitorang jarang makan kat kedai makan. Kecuali kalau jalan2 jauh barulah merasa makan makanan kedai. Kalau setakat dalam daerah ni, memang jaranglah sangat. Boleh kira dengan jari berapa kali je makan dekat kedai dalam daerah ni sepanjang 10 tahun kawen ni.

Aku ni dah lama teringin sangat nak makan nasi goreng chicken chop. Aku pun tak tahu kenapa. Biasanya aku craving makanan yang pedas je. Lama jugaklah aku simpan rasa teringin nak makan nasi goreng chicken chop ni.

Ada sekali tu keluar waktu malam, dalam kereta laki aku dah cakap lepas siap2 beli barang jom makan. Aku ni rasa seronok dah sebab dalam hati “boleh order nasi goreng chicken chop”.

Tapi siap2 beli barang, dia kata tak jadi pulak. Nak kena balik awal sebab ada kerja, so beli burger jelah. Ok lah aku pun ok jelah dapat jugak makan daging double special cheese.

Orang kata lelaki ni senang je kan? Kita nak apa2, kita cakap jelah sebab dorang bukan boleh baca fikiran kita. Aku bukan tak pernah bagitahu. Pernah je tapi nanti dia cakap baik masak sendiri, lagi sedap.

Masalahnya nasi goreng aku tak pernah sedap tak pernah nak dapat rasa sebiji macam kat kedai makan tu.

Sampailah 2 minggu lepas, kitorang keluar malam then siap2 beli barang tu laki aku terus bawak pergi kedai makan. Kedai makan biasa je yang ada jual masakan panas semua tu tapi ni pun seronok sangat dah untuk surirumah yang kena selalu masak macam aku ni.

Laki aku belek buku menu. Ada la talam western. Dia tanya nak tak. Aku kata, “ok je tak kisah, pilih la set mana”. Tapi lepas tu dia pass buku menu kat aku. Dia kata, “pilihlah sendiri nak makan apa”.

Jadi masani aku fikir dia taknak lah talam western tu, so suruh aku pilih aku nak makan apa. Ke aku yang salah faham? Aku belek page belakang ada nasi goreng chicken chop. Harga RM20.

Harga mahal jugak tapi aku tak makan sorang. Satu menu tu untuk aku share dengan anak2 aku. Aku tanya dia dulu boleh tak nak order ni. Dia kata boleh.

So lepas order aku pass lah buku tu dekat dia untuk dia pulak pilih nak makan apa. Dia macam “kenapa tak ambil talam tadi kan dah suruh pilih talam tadi”. Aku pulak “lah ingatkan tak nak talam tu sebab kan dah suruh pilih je mana2 tadi”.

Masa ni aku malu la dengan budak yang ambil order tu. Sebab laki aku sampai angkat2 tangan (bukan pukul). Dia macam angkat tangan dengan dialog ‘apalahhh”. Korang boleh imagine tak maksud aku macam mana? Haha.

Aku rasa malu lah. Macam nak marah boleh, tapi tunggulah dalam kereta ke kat rumah ke. Bukan depan2 orang macam tu. Lepas tu, aku nak minum air pun aku rasa macam kelat je air tu.

Bila menu sampai, aku rasa macam worth it la harga RM20 sebab pinggan besar amat. Ayam dia pun besar. So aku kongsi lah dengan anak2 aku. Jadinya anggaran untuk aku dengan anak2 aku cost tak sampai RM30 pun.

Nasi goreng chicken chop 1, air sorang satu jenis. Air bukan air mahal pun, air standard yang orang Malaysia selalu order je.

Tapi masa makan tu, aku tak tahu la menu tu memang dimasak tak sedap ke, atau aku yang dah rasa tak sedap sebab dah kecil hati dengan laki aku. Aku tak rasa nikmat nasi goreng chicken chop malam tu. Aku tak tahu rasa apa yang aku makan.

Bila dah siap makan tu aku ingat kan laki aku dah lupa la pasal hal order tadi. Tup2, baru nak masuk kereta ni, laki aku terus kata “sekali makan je dah 70 lebih. Kalau order talam tadi baru berapa ringgit”.

Aku ni terus terdiam. Aku ni menyusahkan ke. Bukan selalu dapat makan dekat kedai. Bila dapat makan dekat kedai kena sound pulak macam tu. Costing aku dengan anak tak sampai pun RM30. Sebab kami kongsi.

Laki aku order 3 jenis menu, air sejenis pastu nak expect apa. Entahlah ke aku yang sensitif ? Cuma aku kalau bab makanan aku memang tak boleh kalau orang bersungut. Sebab aku sendiri jenis tak berkira dengan orang lagi2 bab makan.

Even hasil affiliate yang aku dapat tu jugaklah yang kadang2 aku topup duit dapur yang dia bagi sebab tak pernah cukup. Harga barang makin naik, duit dapur sebanyak itu aje lah dari dulu. Aku tak pernah ungkit tak pernah sebut pun.

Aku bukan tak bersyukur. Dengan sejumlah itu yang dia bagi, cukup sangat kalau makan ikut bajet sendiri. Banyakkan minum air kosong.

Tapi kalau nak air manis je, kordial nak, air chocolate nak. Bila aku ambil ikan biasa2, dia komplen jugak “asyik ikan sama je”.

Bukan tak boleh ambil lauk mahal . Kalau aku ambil lauk mahal, lari lah bajet duit dapur tu nanti. Kang belum setengah bulan dah habis nanti aku juga yang tak reti berjimat.

Padahal sebelum membeli tu aku list out dah apa nak kena beli. Back to nasi goreng chicken chop, sampai harini aku masih kecil hati dengan suami aku.

Sebab ni bukan pertama kali lepas dah bayar, dia komplen. Sebelum2 ni pun pernah dah. Sampai tiap kali makan luar, aku pilih menu yang paling murah untuk aku dengan anak2.

Walaupun dia cakap ambillah yang mahal sikit. Aku tetap pilih yang paling murah sebab tak nak orang sebut2 dah lepas makan.

Cuma kalini jelah aku pun tak tahu kenapa teringin sangat nak makan nasi goreng chicken chop. Selagi tu tak dapat tu dia macam termimpi mimpi. Plus sebelum order pun aku dah tanya dulu boleh ke tak. Kalau tak boleh cakap je tak boleh.

Aku teringin sangat bukan sebab aku mengandung. Aku tak mengandung pun sebab aku memang taknak mengandung sekarang. Memang aku rancang. Kadang aku tido awal sebab malas nak layan. Cukuplah aku fokus dekat anak2 yang ada sekarang.

Kang kalau mengandung, ngidam macam2 orang sebut2 pulak. Walaupun beli pakai duit sendiri pun nanti dikatakan membazir, benda boleh masak sendiri.

Kesimpulannya sampai harini aku masih lagi teringin nasi goreng chicken chop sebab yang aku makan malam tu tak rasa apa2 ditekak.

Mungkin kalau laki aku react macam tu lepas dah siap makan or dah masuk kereta ke mungkin aku boleh rasa rasa yang sebenar benarnya nasi goreng chicken chop tu macam mana.

Yang sudi baca sampai habis tu thank you lah. Takde apa yang penting pun. Sekadar luahan nasi goreng chicken chop.

Kalau korang ada resepi nasi goreng yang rasa dia sebiji sama macam dekat kedai makan tu, share la resepi dekat Komen.

Boleh jugak aku try masak nasi goreng sendiri nanti. Bukan tak reti masak, menu2 lain aku boleh..nasi goreng je selalu gagal.

Doakan aku tak berkecil hati lama2 dengan suami aku cuma disebabkan order sepinggan nasi goreng chicken chop.

– Zura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

27 Comments

  1. Kalau sy, sy byr balik kos makanan tu. Sy pantang bab duit nk merungut mahal. Lagi2 untuk makan pulak. Memang sy bayar je balik. Puas hati dan hilang kecil hati. Sebab aku makan aku bayar pakai duit aku. Bukan duit hang. Ha gitu. Lepas ni boleh try.

    • Pantang aku pasal makan ungkit2 mahal. Nasib baik suami aku tidak bersikap mcm tu. Pasal makan tak berkira. Suami yg berkira mcm ni sempit rezeki. Lain kali klu dia berkira lg bab makan awak ada duit bayar balik ke dia. Klu dia tak terima cakap jer awak tak mau diungkit2. Biarkn dia terasa awak dah berkecil hati . Suami mcm ni kdg2 kena sedarkn jgn kedekut dgn anak bini.

  2. sy nk ckp begitulah kejadian jika mengharap suami takde common sense yg byr dan bawak g mkn. Sis u ade duit sendiri walaupun sikit je u go treat youurself kat kedai mkn dan order apa u nak tanpa rasa bersalah. after all the hard work u do u deserve that.

  3. Zura, klau awak teringin sgt2 nk mkn apa yg awak nk makan, lain kali time mkn di luar, awak bgtau suami yg bahagian awak, awak nk bayar sendiri. Awak mkn pun, lbh brselera, xde suami ungkit2 pasal duit bagai. Mmg ada suami sejenis ni yg belanja mkn ok, tp bab berapa dia kena belanjakan tu dia ungkit2. Ni satu lg, yg boleh buat isteri menjeruk rasa. Apa pun sabar je la ye. Ingat! Ada duit beli sendiri, sendiri puas hati.

    • Sis, lain kali bila suami dah pergi kerja+anak sekolah, go treat yourself. Order lah foodpanda ke atau pergi makan kat kedai. Enjoy yourself. Kalau dah tahu suami jenis berkira, ubat hati sendiri dengan enjoy duit sendiri. Duit dapur tak cukup minta kat dia, jangan topup duit sendiri. Baru dia tahu apa yg dia bagi tu tak cukup pun

  4. Itulah nama lelaki yang berkira. TT ni patut sedar yang dia mengemis duit laki dia. Jika dia bekerja apa jenis makanan boleh makan dan boleh buat keputusan sendiri. Tengok anak2 pun balik2 repeat makan benda yang sama.

    • Mengemis?! Wow komen kamu. Panas ati aku baca. Lelaki, kalau kawen mengharap bini tu bekerja dan cover belanja bulanan, baik ko tak payah kawen! Tak malu makan duit bini.

      Belajar dulu pasal tanggungjawab suami sebelum ko kawen.

      Pelik aku dengan lelaki zaman sekarang. Tak macam lelaki zaman dulu yang sedar tanggungjawab sebagai suami & ayah. Berhempas pulas utk pastikan anak bini cukup makan walau hujung bulan. Walau diri sendiri terpaksa makan nasi kosong tabur garam je.

      Banyak betul jantan tak guna zaman la ni yang kawen semata2 nak mudahkan idop sendiri. Memang tak guna.

      Disclaimer: aku bukan zura. Aku kerja bulan2 dapat gaji tetap & laki aku tak makan duit aku. Alhamdulillah dapat suami yang faham agama & tanggungjawab.

  5. sabar ya puan, suami ni kadang-kadang dia terlepas cakap. dia tak fikir perasaan isteri. kalau puan boleh maafkan dia, puan maafkan dia untuk ketenangan hati puan. saya ada baca, ujian isteri ini suami. semoga puan dapat merasa nasi goreng chicken chop paling sedap nanti, inshaAllah.

    • Suami yg begini, wajar untuk anda punya simpanan sendiri. Beringat untuk masa depan anda.

  6. Kita sme puan… awal2 khwin mmg jrg mkn kt luar smpai la sy mngandung ank 1 tpi tu sy betul2 tringin mkn kt luar tpi nk suami yg belanja ..xtau la knpe padahal ade je duit sndiri.. tpi dia mcm terpaksa bawak sy kluar mkn.. last2 sy bayar sendiri after sy perasan dia xde rasa pon nk bayarkan 🥲 .. separuh kisah puan ade lagi yg sma dgn sy.. after ank da lahir.. asik mengeluh lepas mkn..tapi lepas gaduh besar sy luah kan ape yg saya rasa n yg saya pendam…yg paling pilu n sedih bila mkn luar sama2 dgn fmly belah dia.. bukan main selera siap half payment’ dia yg bayar 🥲

  7. Aku dulu makan hati gak ngan laki aku suka2 marah depan cashier/org amik order, ckp lebih kurang bila aku beli brg. Lama dah aku makan hati. Skali aku tak tahan dia dok marah aku dpn cashier aku jerit kat dia depan tu gak dan blah tggu kat area org lepas bayar biar dia bayar sorg2. Seram sejuk gak takut kena tinggal mampos, nasib aku jenis mmg spare 50 dlm setiap seluar aku. Senyap gak la laki aku lepas kena jerit ngan aku. Lepas tu dia tak malukan aku dpn org dah. Kadang ko kena buat gila gak sis. Kita ni ibu, manusia tau bukan babi ko nk maki2. Kadang aku tgk pompuan tua mulut jahat aku rasa punca laki gak menyakitkan derang lama sangat.

  8. Order grab wp mahal time dia g keje..makan sorang2 puas, slow2x boleh nikmati segala rasa. Sy order grab makan kt rumah sbb nak makan dgn tenang.

  9. Dik,
    Akak sedih plak baca luahan ni. Sbb akak pun sama kalau bab makanan ni. Isu sensitif kalau org berkira @ mengungkit.
    Mohon email pada akak ye, berikan exact location & phone number. Nanti akak belanja adik anak beranak via delivery / grab @ foodpanda etc.
    Pedulikan suami awak tu.
    Lepas ni sila bawa suami gi belanja kat pasar. Biar dia tgk sendiri semua harga brg2 basah & runcit skrg ni. Jangan fikir RM300 cukup sebulan ya apatah lagi ada anak2 sdg membesar.

    [email protected]

  10. Klaw bab ‘menjeruk hati’ ni, mmg dari awal perkahwinan, bnyak ‘kes’ & insiden yg bole disenaraikan.. tp lma2 bla kita ‘hint’ pon org tu buat2 x fhm jer, lagi lah jd ‘parut’ yg x pernah membaik, malah semakin ‘parah’.. tp dah lma2 tu, kita pon dah jd ‘mangli’ dgn situasi yg sama, sampai xde kluar airmata, tiada rse hiba dsb., segalanya spt ‘hambar’ & tiada emosi yg hadir.. bila dah terlalu lma begitu dan beribu pengalaman yg diharungi, timbul dlm diri.., jika hal dunia yg dilibat, tp d Akhirat akn jd ‘taruhan’ nya, maka menjawabla kalian d hadapan Allah kelak.. wallahu a’lam bissawab..

    • Kalau dgn aku siap..Ko ada la kerja besar mana pon, ko tak reti respect aku sbg wife aku akan hentam dgn kata2 padu dkt ko balik..Hapooo isteri teringin yg mcmtu je pon beria emo. Kdg2 org laki ni kita kena bg ayat pedas padu berbekas di hati. Serius klau sy yg kena sy jwb “apa awak berkira sgt? Isteri awak kot yg teringin bukan org lain pon, sy jadi hwife dpt jimat duit awak kena bayar pengasuh pon kira syukur la..Haaa tu klu sy lah, sbb tu payah nak gaduh kami ni..Give and take jela sbg suami tu. Nasi goreng chicken chop pon berkira.

  11. ye puan2. ini lah lelaki.. tapiii ingatt kena tegur di akhir hari. kalau kita citer hari lain nnt dia kata ungkit ataupu lah da berhari2 punya citer. tapi kita ni pendam. lelama xleh pendam kena cerita juga baru tenang hati.
    lepas tu kan nnt dia kata, dah bawak pi makan salah. dah bawak jalan pi salah.
    lepas tu dia pulak stressss.

    ayoyoooooo suami
    sepatutnya gue patut stresss dgn perangai hang semua benda nak komen. mengomennnn je keje, jd joykiller.

    buat keje umah x nak, minta tolong kata mengarah. padahal common sense ke laut.

    ei geram hakuuuuuuuu

  12. kesian awak…kalau saya pun sakit hati jugak…mnyampah org yg berkira nih lagi2 bab makan

  13. Sedihnya ya Allah, sis lepas ni duit sis simpan ye, takyah bagitahu dia sis buat affiliate ke apa, simpan betul2 tak payah nak support dia ke apa, orang berkira dengan kita, kita balas balik. Nanti sis order foodpanda masa dia kerja makan puas2. Dah lah fikir pasal orang kedekut dengan kita. Semak je. Fikir diri kita je ye. Semoga sis dimurahkan rezeki melimpah2 lagi

  14. Hi sis. Ntahla kadang2 yg jenis mencari nafkah ni dorg rasa itu ini serba mahal. Kadang2 mungkin juga rasa risau tak cukup perbelanjaan ke nanti. Sis pergi je sorang & nikmati nasi goreng chicken chop tu tanpa suami. Dugaan dlm rumahtangga ni mcm2 jenis. Yg penting sis bahagia kan diri sis, pergi aje makan apa sis teringin, xperlu pergi dengan suami.self love tu lebih penting. Suami tu biar la,memang itu bahasa dia. Yg pasti dia x culas nafkah. Hidup ini tidak la semuanya bahagia. Semoga yg baik2 utk sis sekeluarga.

  15. Aku paham mcm mana kau rasa sbb aku pn pnh berada dlm situasi mcm tu cuma bezanya aku ni bekerjaya. Aku bkn x mampu nak order food & bayar sendiri tp aku nk bg pahala kat laki aku yg culas bg nafkah. Tp mmg sakit hati bila kau dah la culas, bila nak belanja bini kau berkira pulak pdhal at 1st kau yg beriya suruh order food ikut tekak aku..hati aku punya berbunga kalau laki aku kata nak belanja mkn, order je nk mkn apa tp bila end up dia berkira mcm tu mmg menyirap la sbb aku ni hati tisu 🙄..ingt aku xde duit ke nk bayar food tu tp aku nk jaga air muka dia, aku nk bg dia pahala sbb menafkahi isteri tp tu la..aku yg mkn hati dgn perangai dia..lps tu mmg xde la aku nk percaya dah..apa yg aku nk mkn, aku beli je la guna duit sendiri..so guys out there, kalau korg nak kawen sila khatam dulu bab nafkah bini & anak²..kalau x, korg menjawab la kat akhirat nnt

  16. sis, lpas ni bila dah gaji, sis ajak husband untuk pergi beli brg dapur, tnya dia nak beli lauk apa utk belanja smggu or bila dah hbis minta dia yg beli brg dapur, contoh utk sayur & juga lauk2 basah…biar dia yg tahu brapa harga utk brg dapur tu..duit yg sis buat affiliate ke apa ke sis smpan utk diri sendiri or anak2…ada nak order mkn ke order grab ke apa ke pkai duit sis sndri..dia jd mcm ni sbb sis mcm terlampau bergantung dgn husband tu yg buat kan husband dah payah nk jaga hati & perasaan kita…

  17. Saya faham perasaan puan. Kadang benda macam ni orang nampak perkara kecil tapi kesannya besar sebenarnya.

    Saya sendiri pernah alami. Sekarang saya jadi takut nak makan apabila keluar makan sekeluarga.

    Saya akan memilih menu untuk orang lain makan. Sedang saya tak pernah fikir untuk diri sendiri.

    Saya pernah mengidam Berger bakar, tapi sampai sekarang saya masih belum dapat makan. Saya pun dah tak boleh mengandung. Apabila terasa nak sebut menu tu auto sebak.

  18. Setuju jg dgn pdpt di atas, klu nak makan jg, order aje foodpanda masa dia pergi kerja hasil affiliate tu. Jgn bagitahu hasil aff tu padanya. Klu berani bgtahu kt dia sbnrnya apa yg dia bagi tu x cukup klu dia nak makan sedap2 kt rmh

  19. sedih laa baca cerita awk , rasa nak pegi peluk pastu bawak awk makan puas2.
    sebab tu org pmpn zaman skrg kena ada duit , kalau tak kita asyik kena perlekeh je.
    lelaki tak hargai pun , last2 cari betina lain (bukan suami TT) , sabar ye awk..semoa Allah gantikan setiap kesedihan awk dgn pahala..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *