Assalamualaikum dan hi semua. Terima kasih kalau confession saya ni disiarkan. Sebenarnya saya dah lama jadi silent reader kat page ni. Nama saya Aida, berumur lewat 20an, sudah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi itupun kalau diizinkan Allah.
Tujuan nak confess pun pasal hala tuju perkahwinan setelah dugaan melanda hubungan pertunangan saya baru baru ni. Short story pasal saya, saya dari broken family. Mak ayah cerai sejak saya umur 3 thun. Then mak kahwin lain. Maka terhasil lah adik saya 2 orang.
Tahun 2015 mak cerai plak dengan ayah tiri, itu semua untuk kebaikan and secara jujur saya redha sebab sepanjang mereka bersama kami adik beradik tak pernah aman pun bila ada di rumah, mak dan ayah tiri asyik bergaduh.. ayah tiri baik je dengan saya dan dah anggap saya macam anak sendiri. Selepas bercerai mak start kerja sebab before ni mak seorang suri rumah.
To cut short at end of 2016 saya berkenalan dengan seorang lelaki which is my fiance sekarang ni. Itulah lelaki pertama dalam hidup saya yang saya terima, sebab saya tak pernah berpasangan sebelum ini.
Pada awal semua berjalan lancar saya tak ada masalah pun dengan tunang saya begitu juga dia cuma kami ni pjj, jarang jumpa.
Tapi dugaan saya datang bila saya dapat tahu yang saya ni anak luar nikah. Saya sudah boleh terima status sebagai anak luar nikah walau pada awlnya sukar tetapi yang lebih merisaukan adalah penerimaan keluarga tunang dan juga tunang sendiri.
Selepas seminggu fakta tersebut dibongkarkan, ayah tiri saya (even dah bercerai tapi dia still ambil berat) dan mak beritahu pula pada tunang perihal status saya sekarang, sebenarnya ayah biologi saya tidak mahu perkara ini sampai ke pengetahuan sesiapa, jadi mak dan ayah tiri ambil pendekatan untuk luahkan juga demi kebaikan, tidak mahu perkara tidak sepatutnya berlaku dikemudian hari. Alhamdulillah penerimaan Tunang sangat baik malah dia lebih risaukan saya sebab tahu selama ni bermacam dugaan saya terpaksa hadap.
Tapi masalah timbul bila tunang cerita kepda mak ayah dia. Mak ayah tunang tak mahu zuriat keturunan mereka kucar kacir (since keluarga tunang orang yang baik2, bekerjaya) saya pulak orang kampung, keluarga cerai berai, kerja biasa plus anak luar nikah pulak.
Semua tu betul-betul membelenggu fikiran saya, tunang, dan keluarga saya. Setelah mengetahui hal tersebut keluarga tunang minta tempoh sebelum bagi kata putus lagi samaada boleh terima saya sebagai menantu atau tidak kerana mereka mahu bertanya pendapat dan pandangan yang arif terlebih dahulu. Kami hanya mampu berdoa semoga dilembutkan hati kedua ibu bapa tunang.
Akhirnya keputusan dri pihak family lelaki sudah diterima, mereka berkeras tidak mahu menerima saya sebagai menantu kerana sudah bertanya kepada yang pakar yang memberikan alasan sekiranya kami berkahwin nanti:
1. Anak saya nanti jika lelaki tidak layak menjadi imam kepada isteri dan anak anaknya (saya cukup terkejut dengan statement ini, adakah benar? Ini statement yang dikeluarkan oleh mulut ahli majlis agama)
2. Suami akan membuka aib saya apabila bergaduh kelak (what? Kenapa perlu ambil kisah hal itu, sedangkan tunang saya sudah beria ia mengatakan dia terima semua itu malah tidak kisah langsung)
3. Masalah wali (Allahu, sudah diterangkan atau pihak majlis agama tu terlupa ke nak terangkan yang saya ni boleh guna wali hakim.
Saya mohon doa semua semoga ibu bapa tunang terbuka hati untuk terima saya, walaupun hubungan ini sudah sampai kepenghujung tetapi saya masih mengharapakan akan jumpa sinar dihujungnya. Tambahan sudah hampir 50% persiapan perkahwinan telah dilakukan. Maafkan ayat2 saya yang mungkin readers tak berapa faham atau pun tunggang langgang sebab saya menulis dalam keadaan tertekan.
– Aida
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit