Salam semua. Ni luahan perasaan aku. Aku tak tahu nak luahkan kat mana mungkin bila aku menulis di sini aku akan merasa lega.
Aku anak sulung dari bini no 2 adik beradik aku 3 orang. Kat sini aku nak bagi tahu kepada semua lelaki kalau korang tak mampu nak kahwin dua jangan gatal sangat untuk kahwin 2. Bila korang tak mampu korang akan menyusah bini korang dan anak-anak korang.
Aku dah berkahwin dan alhamdulillah di kurnia kan Allah suami yang baik, penyayang, bertanggungjawab dan berpangkat besar.
Bapak aku dulu kononnya kontraktor berniaga tapi selalu gagal dan banyak hutang.
Aku membesar dalam keadaan serba kekurangan arwah bapak aku cuma balik jenguk kami sebulan sekali sebab dia dan keluarga bini no 1 tinggal kat KL dan mak aku dia tinggal kan kat kelantan jadi sebulan sekali dia akan balik.
Sampai satu tahap aku benci kat arwah bapak aku sebab aku rasa dia tak bela aku aku jumpa dia cuma sebulan 3 hari lepas tu dia balik kl balik.
Kami hidup susah. Sebab tak cukup duit aku jadi takut nak meminta-minta. Jiran-jiran aku anak cikgu, anak mereka mewah selalu buat birthday party dapat apa yang mereka impikan dan belajar pun pandai.. Aku selalu bertanya kenapa aku tak di lahir sebagai anak cikgu.
Aku belajar tak pandai tapi takpe lah aku redha sebab aku memang tak pandai. Tapi sebab mak aku bini no 2 dia selalu stress dan aku tempat dia maki hamun, aku selalu kena maki kalau dia marah semua dia bodoh, benggong, semua benda la bodoh tu jadi makanan aku..
Dan sebab itu kot aku tak pandai sebab selalu mak aku cakap aku bodoh. Mak aku tak pernah berlembut dengan aku. Aku ibarat anak yang dia benci
Bapak aku tak boleh jalan tanggungjawab sebab dia tak sediakan tempat tinggal rumah takde kami cuma hidup menumpang rumah company dia. Sebelum company ambik rumah tu. Sampai aku habis spm bapak aku ajak mak aku duk kl menyewa kat kl.
Masa tu bapak aku ambik lesen kontraktor g1 atas nama mak aku. Masa tu aku masih lagi belajar kolej. Mak aku mula usaha sendiri dia cubalah cari projek guna lesen dia.
Atas usaha dia dapat la dia projek G1 boleh lah tampung dia sama2 buat dengan arwah bapak aku. Time ni la aku rasa mewah sikit dapat lah mak ngan bapak aku beli kereta waja secondhand.
Mak aku masih lagi mencari rezeki lebih dengan menjahit. Tapi sebab kan bapak aku yang berniaga tak berjaya dia banyak hutang jadi mak aku kena bayar hutang2 dia sebab ada orang datang tuntut. Perangai bapak aku memang kelaut, dia pernah main judi no ekor sebab nak cari duit belanja.
Aku benci betul dengan kehidupan kami, jadi aku nekad nak keluar dari masalah kehidupan ni dengan umur lanjut ni mak ngan bapak aku masih takde rumah.
Habis belajar aku nekad nak bantu diorang aku belajar jadi kontraktor. Dengan usia muda 21 tahun aku pergi redah je minta projek kecik2 maintenanace yang diorang boleh bagi direct.
Aku belajar kereta bawa sendiri pergi jumpa orang. Sebab aku nekad Allah bantu aku tahun pertama aku dapat sale 1.6 juta.
Hidup kami mulai berubah, bila aku start berniaga aku terlalu fokus sampai aku sendiri takde kawan, masa muda aku di habiskan dengan membantu keluarga tapi hikmahnya umur aku 23 tahun aku dah boleh beli honda civic baru dalam plastik..
Dan sebelum aku kahwin aku beli umah atas nama aku sendiri siap dengan renovate aku bagi mak ngan bapak aku famili aku duduk sana sampai sekarang.
Rezeki aku Allah murah kan dari syarikat enterprise aku buka lagi satu company sdn bhd dan ambik lesen cidb gred tinggi masa tu kelas d dan aku dapat projek mengecat bangunan asrama bernilai 1 juta.
Alhamdulillah projek siap lepas tu bapak aku suruh tebus tanah dan rumah dia gadai masa dia berniaga tapi tak menjadi dan dia janji kalau aku tebus tanah dan rumah tu dia akan hadiah kan letak nama mak.
Aku pun setuju aku tebus tanah tu cash 80 ribu dan aku repair rumah tinggal selama 28 tahun habis 100 ribu masa tu umur aku baru 27 tahun so aku dapat 2 rumah.
Lepas setel semua masalah keluarga aku. Aku kahwin dan aku masih lagi menanggung keluarga dan lepas aku dapat anak 1 bapak aku meninggal. Jadi semua tanggungjawab jatuh kepada aku dan suami. Adik beradik tiri mak no 1 aku kenal gitu-gitu tapi cuba nak rapat tapi tak pernah rapat.
Selepas bapak meninggal tanggungjawab aku jaga mak dan adik bongsu. Aku beri apa yang mak nak sampai pergi umrah 7 kali dan adik bongsu masuk universiti aku lah yang tanggung. Adik no 2 aku suruh dia keja dengan aku jaga syarikat.
Lepas bapak meninggal mak aku ada bagitau bapak aku ada hutang dengan seseorang 20ribu jadi mak aku suruh aku plak tanggung cari jalan nak bayar hutang tu. Korang bayangkan tanggungjawab aku nak jaga dia, jaga adik aku hutang bapak aku suruh aku jugak cari jalan mcmana nak selesaikan.
Mak aku pernah bagitau anak2 tiri dia pasal hutang ni. Mulah bergaduh kata bapak aku tak akan takde harta lain yang boleh jual untuk bayar hutang dia..
Masalahanya bapak aku sendiri gagal seorang yang gagal. Rumah pun dia tak boleh sediakan untuk kami lagi nak tanya harta apa yang dia ada. Aku yang penat cari projek.
Lepas gaduh kami tak pernah berjumpa dan buat tak tahu satu sama lain. Adalah sekeping tanah bank call aku suruh tebus aku gi la gi tebus sebab ikut cakap mak aku dia suruh tanah arwah nanti jual boleh buat bayar hutang.
Aku ni selalu mengikut arahan mak aku sebab aku jenis yang turut perintah. Bila tebus aku bagi kat lawyer suruh uruskan tuntutan pusaka. Mula2 tu mak aku bincang dengan anak2 tiri dia semua setuju untuk buat tuntutan dan jual untuk bayar hutang.
Tapi bila kes dah nak selesai tiba hari perbicaraan ada plak yang marah kat aku kata kenapa nk jual tanah tu buat bayar hutang sedangkan tanah tu pusaka duit kena di bahagikan tak akan la bapak takde duit lain contohnya harta lain duit syarikat ke untuk bayar hutang dia yang ni. Aku plak kena serang.
Bapak aku tkde nama pun dalam syarikat itu syarikat aku. Aku yang bina dari muda aku korbankan segalanya dan bapak aku takde harta semua itu aku punya korang memang tak tahu sebab korang tak menanggung dia.
Aku yang tanggung aku dah bayar semua hutang dia dengan adik beradik dia yang lain. Cuma 20 ribu ni je belum setel tapi ada sekeping tanah ni jadi aku fikir jual tanah ni bayar hutang dia.
Hei. Aku dah banyak menanggung sepatutnya kalau betul adik beradik. Korang kena patut tanya khabar ambik tahu pasal adik beradik korang.
Bila di tuduh macam2 aku jadi sedih. Aku jadi marah dengan mak aku sebab aku ikut cakap dia aku kena tuduh aku kena marah. Padahal aku tak patut kena marah sebab aku anak yang paling orang benci selama ni anak yang bapak sendiri tak jaga tak ambik tahu. Anak yang selalu kena maki kena marah.
Sekarang hidup aku aman je, bisness aku berjaya.. Tahun lepas je projek aku 8 juta tapi itulah, aku sedihlah bila di tuduh macam2.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Inilah dinamakan tanggungjawab anak pertama…tapi saya setuju kata2 awak sebab ayah awak patut jaga mak dan awak semua…sepatutnya mak awak boleh tuntutan makamah #sentiasa happy
thanks, interesting read
Mak ko salah sebab kawen taguna tu. Mata kelabu ingat laki tu boleh mudahkan hidup korang padahal meyusahkan. Banyak je perempuan bodo nmpk laki ‘mewah’ terus sanggup jd bini 2 3 4. Ingat ye wanita kalau laki tu bagus dia tak tipu bini dia kawen lain. Apapon ko bagus berjaya merubah semua tak hanyut dengan salahkan takdir. Tahniah
Pengajarannya, kalau tak mampu tak payah kahwin lagi.
Ukur baju di badan sendiri.
Hebatnya akak ! bila baca nampak mudah je jalan hidup akak tapi jalan yang berduri yang akak lalui siapa je yang tahu kan….semoga dipermudahkan urusan