Nasib Anak Tengah

Selalu sangat lalu kat wall FB aku pasal emosi anak sulong yang terlepas pandang. Kalau ada motivator pun bahagian yang tu pun selalu sangat di sentuh.

Meh aku nak cerita. Aku ni anak tengah dari 8 beradik. Nama aku Teratai. Aku ni orang susah masa kecik. Abah peneroka felda. Pendapatan tak banyak.

Dalam adik beradik kalau tengok dari segi potensi dan pandai. Aku la orangnya. Cuma aku ni tak di gilap sangat sebab mak abah aku ni banyak tak tahu cara nak serlahkan anak.

Aku ni selalu la dapat baju sekolah dari yang atas. Baju jalan ke semua warisan dari anak yang atas. Sampai kadang kain sekolah aku tu nipis nampak kaki. Nasib ada kain dalam.

Kain dalam pun longgar sangat pernah melorot nk jatuh cepat cepat aku duduk sambil betulkan. Part tu aku tak kisah. Aku faham.

Aku selalu beralah sebab aku faham keadaan keluarga. Tapi mungkin bila selalu beralah orang jadi tak kisah dengan perasaan aku.

Aku nak kawin, mak abah tak banyak sponsor pun banding kakak aku ngan adik aku.. aku beli kereta tak ada pun diorang tambah down payment aku.. macam adik aku..

Lesen pun aku ambik sendiri guna ptptn. Nak tambah duit poket, aku kerja sambilan masa di Universiti. Kakak yang di atas mana ada nak bagi.

Kalau ikutkan ramai juga yang dah kerja, tapi bila minta RM50 mengungkit seumur hidup. Membuatkan aku malas nak mintak jika tak betul terdesak.

Aku ni kadang banyak juga terasa hati. Ya lah kan. Kalau ikut kan ada juga sumbangan aku kat rumah mak aku sebelum aku kawin. Aku bagi 2K untuk mak aku baiki rumah.

Tapi tak pernah pun mak aku sebut. Yang aku nampak, kalau adik aku mintak duit selalu je mak abah aku bagi. Aku ni tak pernah mintak, tapi bila aku ada masalah, tak ada pula yang faham.

Sekarang aku ada anak. Kalau boleh aku harap apa yang buat aku terasa dan simpan lagi kecik, aku tak buat kat anak.

Setakat arini, aku cuba bagi sama rata hadiah, sambutan atau apa sahaja. Kalau A dapat apa yang dia nak. B dan C pun akan dapat juga.

Kalau aku marah adik buat salah, kakak pun aku marah juga kalau buat salah. Aku cuba dan cuba untuk seadilnya. Sebab aku takut diorang terasa hati dan akan ingat sampai dewasa.

Sebab bukan aku saja yang merasa dipinggir begini. Suami aku pun miliki pengalaman yang sama diwaktu kecil sampai besar.

Mungkin sebab itu, lepas berkahwin, apa yang aku tak dapat dulu banyak yang suami aku berikan. Mungkin itulah hikmahnya di kemudian hari.

Tapi, sangat seksanya.

Sampai sekarang. Kalau bergaduh dengan kakak aku selalu sangat aku yang salah atau kena mengalah.

Alasannya Sebab kena hormat yang tua. Tapi macamana nak hormat yang tua kalau yang tua mak abah tak ajar untuk sayang yang muda. Korang ingat tak fed up ke asik beralah.

Paling sakit bila aku terpaksa beralah balik semula ke rumah aku malam raya dari rumah mak aku yang dekat 1 jam perjalanan semata,

Sebab kakak aku yang rumah tak sampai 10 minit dan selalu sangat datang situ berebut nak tidur rumah mak aku juga. Aku dah lah ada anak kecik menyusu badan lagi. Tak kan nak biar aku tidur luar menyusu anak.

Dah la laki dia peel balik lewat. Anak dia pun dah bujang semuanya. Dan nobody stand behind me… sedih. Sampai sekarang walaupun dah beberapa tahun berlalu, hati aku tawar. Nak tengok muka dia pun aku malas.

Jadi kepada ibu bapa. Jika nak manjakan yang pertama hanya kerana takut dia terabai, pastikan ajarkan dia juga untuk sayangi adik adiknya.

Penghormatan tidak datang percuma. Jika dia bertanggunjawab maka dia layak dihormati dan disayangi sebagai anak sulong.

Tapi jika kamu memberi perhatian lebih kerana takut dia terluka tanpa mengajar dia menyayangi dan bertanggungjawab, kamu hanya membesarkan seorang tuan sahaja.

– Teratai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *