Thanks admin approve confession aku. Aku ingat aku je alami nasib mak tak sayangkan aku. Rupanya ada jugak yang senasib dengan aku.
Aku rapat dengan ayah mmg tak ngam dengan mak dari kecik. Ada je mak aku nak salah aku. Kdg-kdg memang aku sedih tgk kawan-kawan yang rapat dengan mak diaorg. Mak aku tak pernah peluk aku pun. Kena maki je selalu. Aku macam takde kasih-sayang dari mak. Selama ni kalau aku kena marah dengan mak tanpa sebab, memang selalu nya tanpa sebab pun, ayah lah yang selalu datang pada aku cakap 'Sabar lah'. Sebab ayah lah aku kuat.
Sekarang ayah dah takde. Aku hilang punca. Selalu kena marah. Kalau setakat mak aku tak bertegur sapa dengan aku tu perkara biasa lah. Walaupun aku buat yang terbaik pun ada jugak nak cari salah aku mana-mana. Aku tahankan je sebab fikirkan adik-adik. Aku bertahan sebab arwah ayah, aku fikirkan kesusahan ayah selama ni sabar dengan karenah mak aku. Ye ayah pun kena perkara sama, selalu kena marah tanpa sebab.
Dan yes mestilah mak aku ada anak favorite dia. Dia takkan marah anak favorite, takut merajuk. Apa-apa aku yang kena. Tak kena ni, salah aku. Tak kena tu, salah aku jugak. Tapi aku dah biasa. Hati aku dah hancur. Aku dah mls nak ambik kisah. Klau mak aku taknak bercakap dgn aku, aku pun buat bodoh jelah. Mak aku ni pesen tak boleh tegur salah dia, melenting lah nanti. Ayah aku pun tak berani nak cakap banyak, nanti anak-anak jd mangsa amarah mak aku.
Aku rindu arwah ayah. Aku dah takde sape-sape. Tapi takpe aku ada Allah. Aku tahu Allah takkan uji kita more than we can bear. I'll never lose hope.
Doakan aku terus kuat untuk adik-adik. :)
– Independent woman
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit