nasib malang

Assalamualaikum , ini adalah luahan rasa saya terhadap kehidupan ini .

Mungkin ade lagi yg lg malang dari saya, mungkin nasib malang saya ini adalah ujianNya, atau mungkin pembalasan atas dosa saya.Peristiwa Aidilfitri baru ini membuat saya terfikir untuk meluahkan kisah Malang saya

Umur saya 29 tahun masih bujang, saya asalnya mmg miskin jadi saya belajar setakat SPM ,tapi sye mendapat kerja di Pejabat kewangan swasta.

Semuanya bermula pada 4 tahun lepas secara tiba- tiba majikan mengumumkan akan menutup Pejabat itu jadi saya hilang kerja yg saya ingat boleh saya kerja sampai tua.

Pada masa yg sama Ayah saya kemalangan dan lumpuh , dan 2 minggu kemudian ibu saya meminta cerai dari ayah saya dan berkahwin dgn lelaki lain… saya kecewa dengan sikap mementing diri ibu saya ..

Namun saya teruskan hidup saya , abang dan kakak saya meletakkan ayah saya dibawah jagaan saya

Dari pekerja Pejabat kepada kerja angkat barang berat , Bandar ini bandar kecil maka tak banyak pilihan kerja, dan saya tak dpt mencari kerja jauh kerana risaukan ayah saya yang lumpuh.

Selalu jugak meminta bantuan dari kakak & abang untuk bantu perbelanjaan rumah & ubat ayah , tapi mereka membuat saya seakan penggemis , tiap kali duit dibagi mesti ada sindiran pedas .. selalu kata saya tak malu datang mengemmis ..pernah dikatakan saya ni macam anjing,

Yg dibagi cumalah rm20 sebulan, padahal kucing parsi sanggup mereka berhabis beratus dalam sebulan , sepatutnya abang dan kakak menjaga ayah saya … ayah selalu suruh saya bersabar,

Doktor mengatakan pembedahan ayah memerlukan rm8000, saya selalu menangis kerana tak mampu , saya anak yang tak guna…

Puas sudah saya berdoa, bangun solat tgh malam .. masih lagi tiada cara atau bantuan , cuba minta bantuan jkm , tak lepas di sebabkan ayah saya berstatus penduduk tetap, kenapa mesti ade double standard?

Saya cuba bangkit , memohon jawatan dalam kerajaan & swasta , 8 temuduga dalam 6 tahun ini ..namun tiada rezeki utk saya banggakan ayah saya ..

Ayah saya selalu batuk kebelakangan ini , namun tiada langsung adik beradik saya datang melawat , saya dah naik risau ..

Saya tak mengerti kenapa ALLAH memberi nasib sebegini saya sepanjang 6 tahun ini xde kegembiraan hanya kesuraman & kepahitan

Pada saya biarlah saya takberkahwin, saya cuma nak gembirakan ayah saya , saya tak pernah kacau hidup orang lain, tapi nasib saya tak pernah baik ,

menjaga ayah saya tujuan hidup saya. Biarpun satu keluarga buang kami ..

Apa saya mintak siapa yang membaca cerita ini , doakan kami supaya dapat teruskan hidup.