Nasib seorang anak

Salam, aku nak post sini sebab aku sebenarnya rasa sedih sangat, and nak ringankan beban di hati aku ni sikit. Aku ni anak sulung dalam famili. Ayah aku very nice, very penyayang but rezeki dia pada pekerjaan selalu mcm xberapa ada. Orang selalu tipu duit dia or lambat buat payment. So sometimes dia bila perlukan duit modal dia akan minta kengkawan dia. Sejak aku masuk degree ni, aku dapat duit extra sana sini plus aku buat online bisnes lagi, and ayah aku rasa aku mcm senang, sikit2 dia minta aku duit. At first boleh lah bagi pinjam but lama2 aku rasa dia pinjam je pandai but xpandai pulang. Bukan sikit weh ayah aku pinjam. Lebih 5K dah. Korang mesti nak kata aku anak tak kenang budi kan? Tak, ayah aku tak berapa nk bagi pun aku duit belanja sepanjang aku blajar ni. Kalau dia bagi aku rm100 dia pinjam aku balik rm200. Whats the point in bagi aku duit kan?

Sebab perangai ayah aku macam tu, parents aku sekarang ni dah macam tahap berpisah. Kadang2 aku rasa better gak diorang berpisah so i dont have to care about my dad, but bila aku fikir mak aku nnti sorg2 bila dah tua nnti kesian mak aku.

Aku sejak dari SPM lagi every perbelanjaan aku nak, aku kena usaha sendiri. So every cuti sem aku mesti keje. Aku kena cari duit nak support diri aku sendiri. Even aku nak beli anythg diorg tak bagi duit, mak aku selalu kata ‘kau kan banyak duit’. Kadang2 aku dengar sentap pun ada, sedih pun ada. Salah ke aku kadang2 nak minta diorg belikan something. Besides aku ada adik, adik aku ni jenis manja sikit, aku semua kena usaha sendiri, dia nak anythg kadang2 dpt. Feels like dianak tirikan je.

Berbalik pada ayah aku, baru2 ni ayah aku pinjam duit aku lagi, mak and adik aku dah berjuta kali cakap jangan bagi pinjam duit kat ayah aku, but ayah sendiri kot nak pinjam, hati aku ni hati tisu. Kalau tak bagi kesian. Bila bagi dia tak reti kesian kat aku pula.

Aku sampai sekarang tak tahu nak buat apa dah. Aku rasa tak tahu cane nak tolak permintaan ayah aku lagi dah. Aku duit pun cukup2 makan je, and aku masih belajar kot. Aku pun ada keperluan diri aku sendiri. Sekarang ni aku hanya mampu pura2 senyum je tak fikir masalah ni, but bila tiap2 malam fikir benda ni aku jadi sedih.

Sorry kalau cerita tak best. Thank you kerana membaca

-anak sulung-