NASIB SEORANG LONER
Ini adalah tentang aku .. time tu aku adalah pelajar F4 yg menyertai program pra f4 sebelum aku sambung belajar ke maktab lain . Aku adalah seorang pelajar biasa biasa , yang tidak suka menonjolkan diri time tu , kulit tak cerah , muka biasa biasa , senang kata self-esteem memang rendah serendah susu low fat lah . Aku jenis yang tak tunjuk sangat perasaan aku , aku ni antara spesies spesies yang suka pendam .
Program tu ada lah dalam sebulan sahaja dan hari jadi aku adalah pada minggu last program tu . Last last program tu , tak ada apa apa aktiviti sangat jadi pelajar kebanyakkan lepak lepak macam tu sahaja . Last last tu pun memang tinggal pelajar batch kitorang sahaja . Aku sayang budak kelas aku , diorang sahajalah yang aku ada selain dari roomates aku dalam menghabiskan sisa sisa kehidupan loner aku kat maktab sebab diorang kenal side gila gila aku .
Sambung balik cerita , macam aku kata , hari jadi aku adalah pada last week program tu . Aku ingat nak sambut dengan diorang la kan (classmate) .. first time la kiranya sambut hari jadi dengan kengkawan sbb selama ni sambut dengan family saja . Parents aku macam okay je la kan , ayah aku belikan kek dan mak aku gorengkan keropok sebalang besar nak bagi diorang makan . Aku excited la kan .. nak sambut dengan diorang .. tak de la sambut , lebih kepada belanja makan sikit sikit . Tak de maknanya aku nak expect orang nak buat kejutan untuk aku .. maklumlah loser and loner kan .
Malam tu ,dalam lepas isyak aku heretlah kek aku dan segala makanan lain ke kelas . Set set pape yg patut . Malam tu aku mesej sensorang macam ..
"Weyh datang la sambut bufday aq .. aq kat kelas ni .. aq bawak kek dan keropok .. mari la " .
Tapi … malangnya aku ,dari 30 orang manusia kelas aku, 3 orang je perempuan kawan aku yang muncul .. yang lain ke mana kau tahu .. malas nak datang ,dan yang paling wow tak nak pergi sebab nak dating .Ada pulak yang tak datang sebab nak jumpa crush.
Sampai hati diorang , singgah sekejap pun aku bersyukur dah tau , ni tak , batang hidung pun tak nampak . Aku pun sambut la dengan kawan kawan aku yang ada tu . Dalam pukul 11 tu , kek banyak lagi tau . Ada la bebudak kelas lain yang aku bet tak kenal pun aku ni siapa tapi menyibuk sebab diorang nampak kek tu . Well , aku jemput je la diorang makan kan , appreciate seadanya .Lepas makan diorang blah . Aku dah start dah sayu ni , tak jauh nampak la pasangan couple yang dua duanya budak kelas aku . OH COME ON !!! , dekat je kot .
Tapi aku sabar , aku senyum je sebab hari tu hari jadi aku kan .Aku tak suka tunjuk yang aku ni sedih depan orang sangat . Kawan aku dah tolong kemas sikit sikit clearkan apa yang patut . Pukul 12 tu jugak setelah rasminya birthday aku tamat , aku campak habis semua masuk dalam tong sampah .. cari corner dan menangis . Sumpah aku kata , tu first dan last aku sambut birthday aku . Lepastu mak aku mesej aku pagi tu tanya , ''macam mana ? seronok sambut ?habis tak keropok mak ? '' .. arggghhhh .. lagi lah sedih .. aku pun tipulah kata semuanya okay . Lepas balas mesej tu , aku pun termenung berjam jam fikir . Apa yang aku buat sampai semua benci kat aku ?
– Chupacabra