Assalamualaikum.
Aku sedih bila baca confession budak UITM yang rasa terhina bila orang pandang rendah kat dia. Ni bukan sedih sebab aku budak UITM jugak. Tapi sedih sebab aku dengan kawan2 pun selalu kena perli selama study diploma, just sebab kitorang budak poli. Ye, Politeknik.
Aku tak tau kat mana silap dia, sampai kaum kerabat sendiri & student U lain rasa budak2 poli ni macam 'ayam-ayam' je. Alaa. Sekarang pun aku syak ada diantara korang yang rasa budak poli ni tak sama level dengan U, even sama2 grad diploma. Kan kann? Dasar manusia judgemental! Hehee. Gurau2.
Aku tak menyesal pun study diploma dekat poli. Sikit pun tak. Actually aku ade je apply UPU dulu, tapi takde rezeki. Berbekalkan SPM 5A masa tu, aku apply UPU. Tinggi gila harapan aku nak dapat sambung diploma dekat U, nak rasa 'campus life', study ramai2 sambil baring atas rumput macam dalam tv tu.
Bila result UPU keluar, aku tak dapat tawaran dari mana2 IPTA. Belum ada rezeki. Masa tu dah risau. Teruk sangat ke result SPM aku? Tak layak ke? But then aku dengar kabar angin kononnya intake memang utamakan bumiputera dulu. FYI, abah aku Malaysian, mama Thailand. So maybe ni salah 1 faktor kenapa aku tak dapat lagi. Tak pun result aku x sesuai dengan kos yang aku mohon. Ataupun sebab budak2 batch tu lagi ramai yang genius sampai result SPM aku tu level2 tapak kaki je. Mungkin.
Dah jadi macam tu, aku rasa memang aku tak layak masuk U. So bila bukak je intake poli, aku terus apply. Alhamdulillah, memang rezeki aku dekat sana. 3 tahun aku bertapa kat poli, grad, dan Alhamdulillah jugak, aku dengan geng2 poli aku dapat sambung degree. Memasing berpecah sebab lain2 U.
Minggu suai kenal time degree paling mencabar. Yelaa. Selama kat poli tak pernah jumpa budak U lain. Tak faham apa tu judgemental. Bila orientasi budak lain akan tanya kau U mana, kos apa. Kira time tu level paling power budak matrik la. Budak matrik memang diagung2kan sebagai manusia genius. STPM pon. Diploma pandai jugak, tapi ade 2 jenis. Kasta tinggi, budak U. Kasta rendah, budak poli. Hahaa. Sedih pulak.
Aku ingat lagi ada budak tu tanya aku.
'Kau blaja mana dulu? Kos ape'
'Poli. Kos akaun. Kau?'
'Aku Uxx. Akaun jugak. Kau tak nampak macam budak poli pon~ Ehh Senang gila nak score kalau study sana kan?'
Aku pon.. 'Dah tu kau nak dahi ni ade cop 'made in poli' ke baru nak caye? Kalau memang dari poli pon, kenapa? Kalau kau study betul2, senang score laa cite dia. Ehh kau ni karangg!'
Tapi dalam hati je laa marah gitu. Aku just gelak hambar je lepas dia cakap macam tu. Aku tak salahkan dia berfikiran macam tu. Sebab sepanjang aku cuti sem time diploma, pakcik makcik aku semua fikir macam tu. Anak diorang semua masuk U. So diorang hairan dengan nasib budak2 poli ni. Aku pon tak faham info apa yang diorang dapat sampai pandang rendah dekat student2 poli ni. Memasing bagi 'sokongan padu'
'Nanti abes diploma, susah sambung degree. Poli orang tak pandang'
'Budak poli kalau 4 flat, campak kat U tak boleh hidup. Poli kan senang je nak score'
Allahu. Kalau betul laa senang nak score kat poli tu, tak de laa abang2 senior aku bertapa sampai 10 sem kat sana. Aku tgok silibus U dengan poli tak jauh lari pon. So kalau kau study gigih2 tak kira laa u mana pon, InsyaAllah dapat laa boleh score. Simple. Kadang2 aku fedup dengan soalan2 tak membina minda macam ni, tapi aku bersyukur mama & abah sentiasa support aku. Tak pernah pertikai pun kenapa anak dia masuk poli.
Bebel panjang2, sebenarnya nak cakap 1 je. Hahahaa. Tak kisah la kau study dekat ceruk mana pun, jijik mana orang pandang u kau, abaikan kata2 sumbang yang cuba patahkan semangat kau. Niat dalam hati, kau belajar kerana Allah. Lantak pi laa depa. Untuk budak UITM, kau tak payah sedih sangat. Sesungguhnya, nasib kita serupa. Bertabahlah *brofist*
-Neon
– Neon
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
One word to say. Mula2 dulu aku pon rasa mcm kecik je diri ni bila masuk poli di sebabkan ada mulut2 yg ckp apasal masuk poli dan bukan pilih matrik? Tapi aku ikutkan kata hati aku. Alhamdulillah bermula dari Poli aku amik diploma sehinggalah ke UniKL amik degree. Dan aku tak malu nk ckp i made from Politeknik and IPTS but alhamdulillah aku berjaya mcm sekrang. Manusia takkan berhenti melekehkan kau tapi kau sendiri kena buktikan dekat mereka tak semestinya kau student poli atau ipts kau tak boleh berjaya mcm budak2 Uni/IPTA lain. Proud to be Poly and UniKL student ☺️☺️
Aku relax ja bekas alumni giat mara…tak dak la rasa nak sedih bila org hina…sbb aku ada kemahiran walaupun bacis kan..sambung belajar pun tak dpt…sbb kos yg aku mintak tu tak ada(dah penuh)…so aku mula berkerja la..dr situ aku tau bertapa susah nak cari duit…bukan nak hina org yg masuk u ni…tapi tolong jangan hina kami yg tak dpt masuk u ni…skrg gaji aku pun alhamdulillah…skrg baru dpt tawaran sambung beljar kat uitm…dulu mintak tak dpt…so i m give up dah..hahah dah syok dpt duit hasil kerja sendiri
Aku pun study poli jgk. Yang paling aku bangga kalau menyentuh bab praktikal/latihan industri yg sesetengah firma lebih suka student poli drpd U sbb depa kata student U bukan praktik dlm bidang depa mcm bebudak poli. Siap ada yg ckp xmau ambik risiko utk hired student U kot. Hah ! see ?
Aku budak poli. Tak berapa genius. CGPA aku paras hidung . sendu. Masa aku interview di sebuah kompeni yg glame dulu. Hampir majoriti degree dri uni. Btw aku satu2nya budak dip dari poli dan dapat job tu. Sekian.
Nak sambung oversea…budak poli lebih senang sbb poli bwh bank pemb dunia….. lebih diterima
bdk poli la yg ajar bdk matrik mase degree sbb bdk matrik mcm aku ni noob je
i feel u coz i’m also from uitm..asal ckp study uitm,,course biz,,hmmm~ mula la ade kata2 sumbang yg membuatkn hati sakit..
“Tak penting di mana anda bermula, yg penting di mana anda berakhir”…ini tagline kolej komuniti. Jgn lah berkecil hati jika anda lepasan poli @ uitm, anda perlu berbangga sbb graduat poli & uitm banyak kelebihan berbanding yg lain sbb asas ilmunya kukuh.
Aku sokong sebab aku budak poli :)
Aiii anas … mnyokong ae .. ape ade hal .. xblajar mana2 pun xpee .. jadi jee ORANG .. habahahhaa … yg blaja konon2 U tu pun menganggur lg .. hehehhe .. biar laaa .. rezeki masing2 ..
Ala diploma U atau Poli, bila kerja nanti same je basic. Ape ingat budak U baaic lagi tinggi ka? Tu pun belum tentu pandai buat keje.
Knapa staff uitm sendiri ramai student politeknik bru konvo dah dpt kepercayaan berkhidmat dgn uitm..dimanakah student uitm? Menjelma lah dikau
Ape ade hal..sy diploma-poli, degree-upm n master-utm…ok jer..
Sya poli jugakk…n terasa…sb lecturer sndri merendah2kan diploma ktorg…xlaku..kenapa nk amik diploma…masa 2 sya amik sijil jerk….last2 dgn diploma poli sya masuk utm..n amik sma cos dgn lecturer 2.. allhamdulillah dh lebih 10tahun mengajar…
Sy dulu stdnt itm pn dihina jgk. To skrng dah bjaya mdpt phd. Skrng ngajar kat puo….. dimana kita bermula tak penting tp yg penting dimana kita berakhir…
Are you from poli? Ayat2 lecturer pulak..puiihh
Yeahh..i’m POLItician..kbye..
Hakak EX poli JB.. Yg penting ko study rajin2… Ko xrajin mmg la xdpt score.. Sama je kekdahnya dgn mna2 U pun..
Amirda Shasha Afmes
Amira Aziz
Haha..hnya mampu snyum..??
Amin Zahidin
Rasyidah Saarani : blaja rajin2 noh..bruntung jd sbhagian dari student politeknik..huhu ☺
Politeknik the best!
Norsedi Ali..read proprly
Wowwwww …..
Acah2 U ae .. hehhehe .. rezeki masing2 nk blaja mana pu … bersangka baik jee laaa ye semua student2 … even kwan ni xpenah jejak kaki dkat poli or U tu .. malas nk blaja .. keje tlong fmily lg baik ..
hehehehe betul lah Amirul Aizad . aku lg setuju statment kau tu . paling penting dpt tlg org tua kita pon alhamdulillah syukur
Klau dah ade rezeki sambung blaja tu go on je laa an .. hehehehe
poli sampai 9 sem jew…hahaha hahaha…kalau senang takde lah yg GB
satu je sis nk cakap..awak poli ke matriks ke stpm ke spm ke pmr ke upsr ke..eh asasi lupe nk letak..masuk U nanti pointer je yang tentukan..kalau awk lepasan asasi um pun kalau amek degree nnti pointer bwh 2.0 pun xgune jgk..abaikan ckp2 org..belajar elok2..man jadda waa jadda..semoga berjaya sis doakan ;)
Natasya Erinofialdi betul ke?
Azira Nazri’s Aisha Sofea Hazira Diana Izzati Razali Amiera Farhana jom read and motivate ourself..
Aq bangga jadi budak poli…
Anis Arifah , maybe u will go through this one day.. be strong. study elok2 kat sana dn buktikan u are good enough.. all the best my dear bucu
Mem yes mem!! I will try my best! ??
Setakat masuk U…semua org pun boleh…kalau pakai spm masuk U sambung degree last2 kuar hanya spm saja…baik jangan berlagak.” Belajar hormat org lain, baru org lain boleh hormat u.” Poli student dont give up aim ur target in ur future!
Haha diploma vs degree.zaman sekarang x mcm dulu.sebenar sijil diploma dgn degree hanya lah alat untuk ceburi dunia makan gaji.lain2 student skill(skmm,mlvk,…)kepada hand on(kemahiran) boleh create income sendiri atau mkn gaji.so terpulang rezeki masing2 nilai kemegahan tidak bermakna pd sijil jika masih menggangur.hidup ini luas rezeki tidak terletak pd sijil degree atau diploma hanya orang yg bijak membuat duit lebih bernilai berbanding kehebatan sijil.Think outside box kalau difikirkan jutawan dr seluruh dunia adakah mereka dilahirkan dr keluarga berpendidikan tinggi? Fikir2 kan.
Ala, apply kj org tgok ape yg ada pd kita, bkn kita bljr dkt mne…
Muhamad Rio kau poli kn…fyp top 20 ok la tu…
Jgn difikirkan sangat dgn kelulusan anda. Dan jgn pandang rendah dgn politeknik. Walaupun aq bkn student politeknik, namun adik aq skrg belajar kt sana dan dia kata amat seronok. Mujur dia tu keras hati nk terima pendapat negatif org..
Aq sendiri dpt sijil kemahiran je..xde masalah untuk mempelajarinya dan ianya amat seronok. Come on lah…kpd pelajar kemahiran anda sebenarnya jauh lbh untung walaupun result spm xgempak mana, sbb skrg nie kebanyakan majikan lbh mementingkan kemahiran…malah yg lg bestnya pelajar kemahiran yg blm graduate pun dpt tawaran kerja…kn dh jd satu rezeki buat anda..xrugi pun ambik kemahiran…
Kpd lpsn ipta/ipts, bkn bermakna anda xlaku untuk diambil pekerjaan, maybe ada kesilapan dlm memilih kerja diantara kamu. Jgn terlalu memilih, kerja je mana yg dpt walaupun cashier sekalipun..
Ingatlah…itu semua adalah kehendak Allah s.w.t kpd kita semua dan kita patut berasa bersyukur dgn apa yg ada….jgn membandingkan kehebatan kita dgn org lain, kita semua sama sahaja…rezeki je lain2….perbanyakkan lh berdoa dan bertawakal dgn usaha kita selama ini…
Sefena Eunice Stephenson
Aduh wan.
Politeknik adalah warisan kita
Membekal tenaga bidang teknikal
Bersama membina kemajuan negara
Malaysia ku tercinta
Ilmu akhlak mulia asas jaya
Itulah amalan hidup kita
Di mana sahaja politeknik berada
Harapan tetap sama
Chorus :
Politeknik ku sanjung jasa-jasa mu
Mencipta lembaran sejarah
Harapan impian kan menjadi nyata
Tekad, takwa, usaha
Penentu arah
Maju Politeknik ayuh maju
Semangat mu merestui perjuangan ku
Teknologi teras pembangunan
Negara
Politeknik Malaysia
hakikatnya….budak poli lebih sng dapat keje
Azizi Hamim