Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh buat semua pembaca iiumc. Thanks admin sebab sudi siarkan luahan hati aku. Firstly, sorry untuk pembaca iiumc semua kalau confession aku ni berterabur sebab aku perlu luahkan apa yang aku pendam ni, tak sanggup nak pendam sorang-sorang. Nama aku Rina, umur 24 tahun.
Straight to the point, aku nak luah mengenai hutang. Yes, HUTANG. Pernah tak korang semua hadapi masalah macam aku ni. Selalu bagi pinjam duit dekat orang lain, sedangkan diri sendiri sanggup berlapar asalkan hubungan yang terjalin tak terputus. Aku tak tahu la aku ni kurang cerdik ke, terlalu baik ke dengan orang lain. Yes, aku mengaku aku ni tak suka tengok orang merayu, comfirm cair punya. Tapi, bila aku dah tolong, aku yang sakit.
Aku banyak bagi pinjam duit dekat orang. Mungkin orang lihat aku ni ada la sikit duit lebih. Oh, lupa. Aku masih seorang pelajar ipt. Awal-awal sem memang la berkepuk duit, tapi bila hujung sem tu, cukup-cukup makan je. Aku bukan jenis yang suka minta duit dekat mak ayah aku. Selagi aku ada duit hatta 10 ringgit sahaja untuk survive seminggu, aku sanggup ikat perut janji aku tak minta duit dari mak ayah aku.
Dalam tempoh aku belajar ni, banyak ragam manusia aku jumpa bila nak pinjam duit. Lembut gigi dari lidah. Cakap nak pinjam hari ni, esok bayar. Sudahnya asyik bertangguh. Kawan aku yang dah bekerja, dah kawin, yang dah lama tak tanya khabar aku, tup tup pm dekat fb tanya khabar. Aku pun layan la, happy sebab dapat chat balik dengan member lama. Dua tiga hari lepas tu dia buka cerita pasal masalah rumah tangga dia, cakap nak pinjam duit sebab dia dah nak bersalin.
Kita pun kesian, sanggup keluar pergi pekan untuk bank in duit. Dia cakap bulan depan dia bayar. Aku pun okay je la. Siap wish bagai untuk dia mudah bersalin. Bila dah next month, aku tanya la pasal hutang tu, dia cakap tak ada duit, mungkin bulan depan. Aku tanya lagi bila dah tiba bulan depan tu, sama jugak jawapan dia. At the end, aku fed up. Aku yang jadi malu sebab asyik tanya pasal hutang tu padahal bukan aku yang berhutang.
Memang macam ni ke weh bila kita nak minta hutang dekat orang? Rasa terhegeh-hegeh. Nak maki, ingat kawan je. Sudahnya, dah masuk 3 tahun hutang aku terbengkalai. Tak nak minta dah, kalau dia masih ingat, pandai-pandai la bayar. Tapi mustahil lah lupa, kita pinjam duit orang kot, takkan la boleh lupa.
Tu bila member pinjam, kalau family pinjam lagi la haru. Nak luah mati emak, nak telan mati bapak. Betul tak peribahasa aku tu, entah la. Mungkin saudara mara tengok kita bergaya, so dianggap kita ada duit. Diorang tak tahu kita punya berjimat semata-mata nak beli apa yang kita hendak. Sama macam kes member aku, nak pinjam, cakap nak bayar. Sudahnya habuk pun tak ada.
Bila aku pergi rumah dia, tak ungkit pun pasal hutang ni, tapi faham-faham sendiri la weh. Minta maaf ke, bayar sikit-sikit ke. Ni tak sebut langsung, dah la kita pergi rumah dia, dia buat tak layan. Masa nak pinjam, rasa dekat je hubungan persaudaraan tu tapi bila dah jadi macam ni, entah la weh. Kecewa betul.
Kawan pinjam tu biasa, saudara pinjam tu biasa, tapi ada juga bos pinjam dari pekerja. Sebelum aku masuk U, aku kerja dekat kedai makan. Sehari dapat la 18 ringgit, kalau kurang pelanggan, dapat je la dalam 15 ringgit. Sehari aku simpan 10 ringgit, yang lebih tu aku guna untuk beli barang aku dengan barang dapur ringankan beban mak ayah aku. Satu hari tu, bos aku nak pinjam 200 ringgit katanya kawan dia nak pinjam, aku pun bagi la, tapi bukan 200 ringgit, 100 je la. Aku mana ada duit banyak.
Katanya, lagi 3 bulan dia bayar. Aku pun okay la. Bulan berikutnya bos aku nak pinjam 100 ringgit, tapi aku bagi 50 ringgit je. Tapi yang 50 ni, bos aku dah bayar tinggal yang 100 tu je la. At the end, aku berhenti sebab aku dapat tawaran sambung belajar. 8 bulan juga la aku keja dekat situ. Tapi sampai sekarang bos aku tak bercakap pun pasal hutang yang 100 tu. Kadang-kadang tu aku sengaja je pergi lepak makan dekat kedai bos aku tu, tapi dia buat tak layan je. Cakap nak tak nak je. Sampai hati bos aku buat aku macam tu.
Ada tak yang senasib dengan aku? Orang cari kita bila perlu je, bila tak nak, buat endah tak endah layan kita. Aku ni tak boleh la tengok orang merayu minta tolong dekat aku, aku jadi cepat kesian. Aku punya mindset, aku tolong dia, nanti aku susah, dia boleh tolong aku. Tapi, last-last aku yang kena balik. Kadang-kadang tu aku sanggup hold apa yang aku nak beli, sebab fikir ada orang lagi susah. Memang jumlah tu tak banyak, tapi cukup banyak bagi aku sebagai seorang student.
Last but not least, kepada yang ada berhutang tu, tolong la bayar. Kalau tak mampu bayar sekali gus, bayar sikit-sikit pun tak apa. Kalau tak mampu sangat, at least minta la maaf, berbudi bahasa la macam mana masa mula-mula nak pinjam dulu. Jangan la buat-buat lupa. Ingat, kalau tak bayar hutang, tergantung roh dekat langit tau.
Thanks again semua sebab sudi baca luahan hati aku ni. Maaf kalau ada part yang aku emosional.
– Rina
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit