Salam sejahtera. Nama aku AN umur 24 tahun. Ini kisah ku..
7 september 2017 –
Aku dan 3 adik-adik telah kehilangan emak. Insan yang paling kami cintai. Emak meninggal pada umur 44 tahun akibat penyakit ‘Non-Hodgkin Lymphoma’ sakit yang tiba-tiba datang dan sebulan je emak bertahan sebelum di jemput ilahi.
15 disember 2017 –
Pada hari ke-100 pemergian emak , dapat khabar duka ayah pulak pergi meninggalkan kami. Sedih hilang mak pun masih menggunung di tambah lagi dengan ayah. Allahu. Peritnya masa tu hanya kami yang paham.
2008 –
Tahun di mana arwah emak & arwah ayah bercerai. Aku berumur 14 tahun ketika itu. Aku tinggal dengan ayah manakala 2 orang adikku ikut tinggal dengan emak. umur aku 15 tahun ( 2009 ) emak berkahwin dengan seorang lelaki yakni kenalan ayah aku sendiri. dia lah punca kenapa mak ayah bercerai berai.
2011 –
Emak melahirkan anak hasil dengan suami barunya. kiranya adik baru aku , 1 emak lain bapa. jadi jumlah adik aku adalah 3 orang. bapa tiri aku orang yang berpelajaran & kerja berjawatan tinggi. baik orangnya ku kira sebab dia menjaga 2 orang adik aku seperti anak nya sendiri. lebih kurang dalam tahun yg sama selepas adik baru di lahirkan dia belikan sebuah rumah yang besar & cantik sebagai hadiah untuk emak. rumah nama bersama.
JANUARI 2018 –
Hiduplah kami 4 beradik bersama bapa tiri serumah. menumpang kasih si bapa tiri . dia telah berjanji untuk menjaga kami si anak yatim piatu hingga hujung nyawa nya. ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. di sini segalanya bermulaaa….
Bapa tiri aku telah berkenalan dengan seorang maid indonesia, maid kepada jiran kami selang 2 lorong taman. sejak perkenalan tu bapa tiri yang baik berubah 360 darjah menjadi seorang yang bencikan kami. benci sebab kami membantah dia membawa maid tu tidur & tinggal serumah dengan kami tanpa apa-apa ikatan yang sah. kami tak nak bersubahat dosa! lalu kami adik beradik di halau keluar dari rumah emak kami sendiri. segala ibu kunci & anak kunci dia tukar supaya kami tak boleh masuk ke dalam rumah. segala barang, pakaian adik beradik & pakaian arwah emak kami tak dapat ambil.
Aku bawa adik-adik duduk di kedai arwah emak mulakan hidup baru dengan duit cuma rm300. emak ada 1 premis perniagaan yang kini di sambung oleh aku sendiri. di situ lah tempat aku mencari rezeki untuk menyara adik adik & di situ lah tempat kami tinggal. segala harta & simpanan arwah emak yang sepatutnya menjadi hak kami di ambil , tiada untuk kami. tiada! ya tuhan , sudahlah sedih kehilangan emak & ayah di timpa pula dugaan seperti ni. berat aku rasa masatu. semua semacam kelam. aku sendiri tak tahu mana hala perlu aku tuju.
FEBRUARI 2018 –
Selain dihalau keluar dari rumah , kami di aniaya dalam pelbagai cara. kereta-kereta yang pernah dia bagi untuk kami guna di ambil balik dengan cara mengupah gangster melayu mengugut ,menganggu kami & viralkan ic adik kedua ku di group group wasap. mesej kata-kata makian & hinaan menggelarkan kami anak haram dan macam macam lagi. baju baju sekolah ,baju harian & buku sekolah adik adik di bakar hangus. tiada apa untuk ke sekolah. dengan duit rm300 tu aku belikan sepasang dua kelengkapan sekolah untuk adik adik kena jimat sebab itu je duit yang ada buat masa tu. adik baru ku iaitu anak kandung dia sendiri juga di abaikan dan di jaga oleh aku hingga sekarang. pada dia aku lah emak, aku lah kakak. umur dia 7 tahun.
Di dalam setiap solat kami , tidak pernah air mata ni tak mengalir. sedih mengenangkan nasib. tiada tempat meluah hanya di atas sejadah segalanya terluah. dalam 1 doa ku, pernah aku mintak , jika betul kami tergolong dalam golongan orang teranaiaya , tunjukkanlah kekuasaanmu pada orang yang telah menzalimi kami. sedih , sungguh aku sedih.
MAC 2018 –
Dia di tangkap khalwat bersama maid tu dalam rumah. lepas peristiwa tu ,rumah yang dulu nya dia beli untuk emak hendak di jual. mungkin malu dengan jiran-jiran. bayangkan umur 50-an di tangkap basah. separuh rumah tu adalah bahagian emak manakala separuh lagi adalah bahagian dia. setelah aku tahu dia nak jual rumah tu tanpa berbincang dengan kami adik beradik , aku telah pergi ke pejabat tanah dan “kaviet” rumah tu untuk menjaga hak kami sebagai waris. dia perlu mintak persetujuan kami sebagai waris apa-apa hal yang berkaitan dengan rumah tu. hingga harini rumah tu masih kosong. tiap kali pergi ke kubur emak mesti terpandangkan rumah tu. rumah yang dulu ceria, penuh kasih sayang, aman damai kini terbiar sepi.
SEKARANG –
Mungkin di atas segala penganaiyaan yang telah dia lakukan kepada kami ALLAH swt telah bagi balasan kepada dia. sepatutnya dia di naikkan pangkat & gaji , di beri kepercayaan oleh CEO PNB DEVELOPMENT untuk uruskan projek bernilai jutaan ringgit di banting tapi sayangnya semua itu telah di tarik balik oleh CEO dia. tiada kenaikkan gaji , tiada kenaikkan pangkat dan tak dapat uruskan projek 300 juta tu. kereta kereta dia yang di ambil dari kami telah di tarik oleh pihak bank , hutang hutang dia menggunung, nama dia blacklist !meminjam duit sana sini dengan kawan-kawan sekerja. dia yang dulu hidup mewah kini hanya mampu menyewa sebuah bilik kecil sahaja. duit asyik tak mencukupi. maid indonesia yang dulu hangat bercinta dengan dia ntah ke mana. hidupnya kini di landa badai.
Kami adik beradik pula alhamdulillah hidup semakin senang & tenang walaupun masih tinggal di premis perniagaan arwah emak, ALLAHswt limpahkan rezeki yang mencurah untuk perniagaan aku kerana hasil duit dari situlah aku menyara adik adik. kini adik kedua aku juga telah ada perniagaan kecil kecilan dia di carboothsales untuk menambah pendapatan kami adik beradik. semua hasil di kongsi bersama. susah senang kami bersama. walaupun kami tiada emak & ayah untuk berpaut tapi kami ada ALLAH swt untuk kami berlindung.
Maka benarlah doa anak-anak yatim / yatim piatu , doa fakir miskin, doa orang-orang yang dianiaya tidak sesekali di biarkan oleh ALLAHswt bahkan doa doa golongan sebegini tiada hijab di sisi Allah. jadikan lah kisah ni sebagai iktibar di dalam kehidupan seharian kita. kasihani lah anak yatim piatu sebagaimana kita mengasihani ibu bapa sendiri. dalam al-quran sendiri telah di tulis balasan untuk orang yang menganaiya anak yatim piatu itu pasti bukan kisah dongeng.
Doakan lah supaya kami adik beradik boleh ” menghalalkan ” setiap perbuatan dia pada kami. Walaupun sakit perit semua yang dia dah lakukan pada kami , tapi inshaaAllah ada kemaafan buat dia dari kami suatu hari nanti. Doakan..
– Si Yatim Piatu
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit