ramainyaa tulis pasal tak puas hati pasal kemas mengemas rumah ni under tanggungjawab perempuan..and as a girl, sy pon macam tu..kadang sy rasa hidup sy macam orang gaji pon ade..saya malas nak cerita pasal kehidupan saya sbb semua cerita dh diceritakan pada confessor sebelum ni..sama.. mmg sama…kalau sy fikir fikirkan balik, dah mmg tugas sy sebagai seorang perempuan buat kerja ni..ni salah satu utk sy dapatkan pahala free..meh sini sy nak cerita..pd suatu hari, fatimah mengadu pada nabi sambil menangis sbb letihnya buat kerja rumah…lalu Nabi ajarkan sikit pada fatimah..zikir itu dikenali sbgai zikir fatimah iaitu " subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar".. lepas dr tu fatimah sentiasa amalkan zikir itu tanpa rasa letih semasa bekerja..so, buat kaum hawa…amalkan lah zikir ni..inshaa Allah hati akan tenang..tak marah marah..pahala berganda kita dapat..inshaa Allah..
and buat kaum adam..utk pengetahuan para suami..dari sudut islam,kerja rumah ni sebenarnya under tanggungjawab suami..isteri "meringankan" je..tapi org melayu kita yg mengubah persepsi tu..bagi aku la kan…org perempuan ni tak berkira pon nak buat kerja rumah..tapii mungkin disebabkan letih, campur pulak suami tak pandai nak hargai isteri…sebab tu lah isteri rasa nk marah…apa salah kalau anda semua bagi support pada isteri , kalau isteri masak, kita jaga anak, kalau isteri jaga anak, kita lah yg masak.. saling bantu membantu..tak salah …sikit pun tak salah disisi islam…nabi cakap org paling terbaik ialah org yg paling baik pada isterinya..so , jadilah yg terbaikk…
and buat ank perempuan( yg tak kahwin lagi) yg rasa diri ni macam hamba abdi, secara peribadi nya, yes , sy pon rasa perasaan tu..tapi takpa…bertabahlah..kalau kita ikhlas ..niatkan ini lah cara salah satu cara kita berbakti pada mak ayah.. anggap ni lah amalan sedekah kita buat keluarga..
buat mak ayah , bahagikanlah kasih sayang kepada anak anak secara sama rata…layanilah mereka dengan adil…ajarkan juga kepada anak anak lelaki kerja rumah.. berilah pujian kepada ank perempuan yg membantu ..hargai mereka..kadang kami sebagai anak perempuan bkn mahu kan upah…tapi penghargaan..berilah sokongan moral pada kami..sbb saya rasa jadi anak perempuan tu macam mana…kalau ape ape hal yg salah sikit,, nama kita yg disebut..padahal kita dh jaga habis baik..namun, kita juga yg dipersalahkan..dah la buat kerja banyak..letih…lepastu dipersalahkan pula..dimarahi..sbb tu ade kes dendam, tak puas hati antara ank dengan mak..last last bila besar, anak anak tak balik kampung still terasa hati..so, buat ibu bapa..hargailah anak anak perempuan..
buat ipar duai…menantu…kalau balik kampung sebelah mertua..please..jaga tingkah laku..jgn malas..at least tolong lah..tak banyak pon sikit jadilah . ni tak,, dah lah tak ke dapur, anak dia diberikan pada adik ipar perempuan yg jagakan..kelakuan yg sgt tak manis..
buat ank lelaki (yg belum kahwin)
tolong tolong lah adik beradik permpuan atau ibu anda di dapur..praktiskan diri dari awal jd suami mithali..inshaa Allah…
– #ank perempuan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Nasihat yang bagus.. skop yg luas utk semua.. holistic.. terbaik!
Tak habis lagi ke pasal ni? Bosan dah……..
Yeke? Kalau kerja rumah tugas suami. Kenapa fatimah mengadu kepada rasulallah ?
Bgus sis..kunci die ikhlas..andai xikhlas lg..suarakan dgn baik.. Kisah ni xkan penah habis sbb mentality melayu pompuan kene buat sume..keje utk de duit..keje umah kene da kawen senang..nk masak utk family..perempuan rmi yang response sebab sgt memahami bagaimana tulang empat kerat xpenah berhenti bekerja utk mak ayah..adik2..kemudian suami..kemudian anak.. Sebab tu hadiah isteri solehah itu syurga mane2 yg die kehendaki.. Tabahla wanita..
hehheh… pasal zikir tu tak “work” pon dgn saya.. mmg sebelum tidur je ke kne baca?
Jujur aku katakan, bila anak dara komplen pasal mengemas rumah ni patut dilakukan oleh orang lelaki jugak, aku rasa nak gelak dan rasa menyampah.
Aku rasa yang acah-acah tak puas hati konon nya kena jadi macam bibik kemas rumah lah, penat…. Bajet nak mintak simpati lelaki la tu ?
Kau ingat aku nak percaya yang memang korang kemas rumah ni semua ?
Aku bagitahu satu perkara yang jelas mengenai anak dara zaman sekarang. PEMALAS DAN KUAT NGADAP HENPON 24 JAM !!
Sebenarnya , yang dok komplen adik beradik lelaki tak nak kemas rumah la, apa la… bukan kaki mengemas rumah punya orang, tak reti memasak, pemalas dan kuat merungut. Korang yang dah buat confession dan komen dekat sini mesti korang ni sebenarnya dalam hati tak puas hati dan merungut dengan kerja rumah korang.
Korang sebenarnya merugut sebab suruh kemas rumah ni sebenarnya marah bila korang dah cantik-cantik, disuruhnya pergi ke dapur basuh pinggan.
Lepas tu mula la petik nama Rasulluah, petik kata ustaz ni semua bagai…
Padahal korang ni kerja macam Siti Khadijah ke ? Hati kental macam Siti Aisyah ke ?
Blum kawin ye?
Jujur aku katakan, Aku rasa sebenarnya kau ni yang pemalas. Tengok gaya dari cakap lah. Kahkah. Guna fake acc, sembang kencang. Kau kenal semua anak dara yang ada ke? Sampai nak label semuanya pemalas dan kuat ngadap henpon. Kalau mak kau or adik beradik kau memang spesies macam tu, takyah nak label semua perempuan camtu ye.
Akak Yatie Musa ni marah ke ??? Macam terasa je…
Stju dgn Nexosinys .. yg byk duk komplen ni ntah mse mne dia dk bsuh pggn..tgk kat wall pnuh gmbr selfie j.. yg btul2 kna dera mcm hamba abdi xpe la jgk nk cnfess
calon spm ni org sama ja kot dengan nexosisny..haha..
Nexosinys aku perbetulkan statement kau je. Nak terasa buat apa pulak. Ade ke aku menyalak macam kau? Aku pun buat kerja kemas rumah gak. Nak aku senaraikan ape aku buat kat rumah ke? Abah aku pun siap masuk dapur tolong mak kat rumah. Adik2 lelaki aku pun ade buat kerja kat rumah gak. Kau ni mesti spesies pemalas nak tolong orang perempuan kat rumah kan? Lepastu nak hentam anak dara malas nak buat kerja? Ke bakal bini/ bini skrg kau tu kuat selpie pastu pemalas?
Alhamdulillah dan tahniah kerna amal kan zikir tue…. Amal kn yer.. Beso pahala… Org melayu zaman dlu si isteri xkeje… Jadi bila suami kuar kerja.. Isteri yg buat kerja rumah.. Tapi tue zaman dlu..skrg zaman suami isteri kerja… Jadi mmg wajib walaupun suami keje.. Tapi tue mmg tanggangjawab suami… Kita dri kecik disuruh org tua.. Perempuan wajib ke dapur… Lelaki xyh masuk dapor takut nnti lembut… Perspective yg salah… Tapi semua ikut hati jugak.. Kalo kita nk msti ade cara kan.. Xpe laaa awk.. Bertabah laaa dlm menjalani kehidupan nie… Anggap laaa nie sebagai ibadah…