nasihat dari pesakit – 9:48 PM

nasihat dari pesakit

post ni panjang..hehe saja nak ingatkan-read at your own risk..aku try minimize medical jargon.

salam semua.aku salah seorang pelajar medic final year dari salah sebuah IPTA kat Malaysia ni. stress wei, exam PRO dah nak dekat dah (lebih kurang 100 hari lagi), expectatation dari orang sekeliling tinggi bebeno especially Dr2, tapi ilmu kat otak seciput aje.. and ada one my friend dah ade symptom2 depression and suicidal thought.

Tapi kat sini aku tak nak cerita pasal kawan aku. Nak cerita pasal pengalaman aku je. Aku pon depressed jugak, aku rasa macam malas gila nak pergi hospital pagi2, (kena pergi pagi coz susah dapat parking), kena clerk patients, join grand ward round. Itu semua hanya dapat waktu pagi je. Kadang2 tertewas jugak atas katil (tido). Lepas tu, depressed sehari sebab rasa bersalah x belajar apa2 hari tu. Boleh kata,semangat nak belajar tu makin lama, makin low.Memang fragile sangat2 sekarang ni.Mudah marah, cepat putus asa, x de mood nak belajar sebab kena cover banyak sangat.

Alkisahnya ada satu hari tu, selepas aku berjaya psycho diri utk pegi hospital, aku ade clerk pesakit A ni, tengah bersoal jawab, dia pon kena pergi buat procedure. so clerking aku tergendala. Dalam hati aku, tak pe la, klu ade rezeki continue clerking after pesakit A balik dari procedure lah. Kebetulan kawan aku tengah clerk pesakit kat katil sebelah, so aku join la sekaki. Aku diam je la, aku x suka kacau org tengah clerking unless klu dia mintak tolong.

Aku yang tengah kebosanan ni, pegi la bertanya khabar pesakit2 lain dekat cubicle tu. Aku clerk pesakit B, seorang pak cik yang dah berusia dalam lebih kurang 65++. Aku tak berniat pon nak clerk panjang2. Juz nak tau chief complaint je (symptom utama pesakit je). chief complaint dia susah nafas. so aku tanya2 la sikit berkaitan shortness of breath tu and buat short case cardiorespiratory.

lepas short review (konon2) kat pesakit B ni, aku bergegas balik ke kampus sebab ade class dengan dr M dekat klinik tengah hari tu dalam kul 12. Dalam kul 2.30 ade plak class dengan dr H dekat Hospital. Bergegas pulak pergi hospital. Kepenatan dan kelaparan la jugak. Ok sementara nak tunggu dr H datang, aku pergi la amik full history dari pesakit A ni balik, tengah2 dok amik history, tiba2 ade dua orang nurse datang interrupt coz nak pindahkan pesakit ke cubicle depan dekat area meja jururawat (maksudnya pesakit ni kena sentiasa monitor). Dalam hati "x pe la, continue jap lagi, waktu kat depan sana nanti". Time tu nurse sibuk duk alihkan katil pesakit A tu la.Dalam aku terkontang kanting kat situ, aku pon pegi balik kat pesakit B tu, pak cik tadi. tengok pak cik B ni dah tukar baju, dalam hati aku kata "dah bleh discharge la tu". senyum je pak cik tu.

Tiba2 pak cik B ni bisik dekat aku, nurse2 yang datang nak tolak pesakit A ni x de budi bahasa. x de adab.
aku: "kenapa pulak pak cik?".
pak cik B: "Ye la, kan kamu tengah bercakap dengan pesakit A tu. Tiba2 datang kat pesakit nak pindah katil tanpa hiraukan kamu. kamu ni patung ke?" memang aku tengah clerking pesakit A ni, tiba2 datang cakap kat pesakit nak tukar bed ke cubicle depan, depa memang x hiraukan aku pon.
pak cik B: sekurang2nya, adress la kat kamu dlu,or cakap la nak kena pindah pesakit kat kamu.kamu kan tengah bercakap dengan pesakit.
aku: Aku senyum je kat pak cik B tu, and jawab " x pe pak cik, saya ni student je, bukan sapa2 pon kat sini, x de kuasa apa2 pon". Walaupun agak terasa, takkan nak mengaku kan? Lagipun benda ni selalu je berlaku, aku dah lali dah.
Pak cik B:" eh, nanti kamu dah kerja,level kamu lagi atas dari diorang tau".
aku : " saya ni belum tentu lagi lulus exam ni pak cik, susah tau exam final dia ni." Aku merendah diri.
Pak cik B: takkan la kamu nak patah balik, penat2 belajar 5 tahun, takkan la nak mengalah macam tu aje, sabar je sikit lagi.
Aku : "Insya Allah pak cik, terima kasih. Doakan saya agar lulus cemerlang ye." Jawab aku sambil senyum.
Pak cik B : "Insya Allah kamu boleh." Terus pak cik ni angkat tangan and doakan aku at that time.
Aku :" Amin, terima kasih pak cik." Terharu dapat direct doa dari pesakit. Ni first time patient doakan aku on the spot.
Pak cik B: " Ni pak cik nak bagi tips kat kamu, kamu baca doa nabi Yunus, la ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin. Insya Allah, Allah akan permudahkan urusan kamu. Even nabi Yunus yang kat dalam perut ikan tu bergelap gelita, Allah makbulkan dengan doa ni, …insya Allah,Allah akan makbulkan doa hamba dia yang meminta. Doa ni memang hebat, pak cik pon selalu amal. Banyak dah berlaku kat pak cik. :)
Aku: "Insya Allah,terima kasih banyak2 pak cik." Aku pon bergegas pergi sebab dr H dah sampai.

Nak dijadikan cerita 2-3 selepas tu, aku tengah clerk seorang pesakit yang lain, tiba2 datang seorang specialist perempuan dengan MO and HO kat tempat pesakit yang aku tengah clerk tu. Aku pon bingkas berdiri and stop clerking.

specialist Z: sambil pandang aku, senyum and tundukkan sikit kepala, " maaf ye, saya nak buat round kat patient ni sekejap".
Aku : " oh x pe dr". Aku juz senyum, tundukkan kepala sikit tanda hormat dan dengar discussion tentang pesakit ni.

Aku pulak yang rasa bersalah, sebab aku yang kacau round diorang. Rasa terharu dan dihargai. Biasanya sesetengah specialist marah kalau ade student tengah clerking pesakit time diorang tengah buat wardround. Barulah aku teringat kata-kata pak cik B tu tentang adab. Kalau nak kita dihormati dan disayangi, beradablah and respect others. Sepanjang aku follow round specialist ni, ramai patient dan relative suka n hormat kat dia. Nasihat dia pon ramai patient mudah ikut. What goes around, comes around.

moral of the story-
1)tak kiralah kita setinggi or sebesar mana pangkat, respect other tu yang penting. Sebab kita tak tau, orang yang kita pandang hina dan jengkel tu, boleh jadi lebih tinggi pangkat daripada kita 2-3 tahun akan datang. who knows right?

2) Terimalah nasihat atau teguran daripada sesiapa pon.

3) Untuk kawan2 seperjuanganku,jangan cepat mengalah.Kita ada sikit je masa lagi, jangan cepat mengalah.Kalau rasa otak dah tepu baca buku (baca 1 perenggan dah 2-3 jam), rasa nak muntah hijau, moh la kita pergi jumpa patient.itu terapi aku. Bagi aku bercakap dengan pesakit dapat release tension, walaupun bahagian medicnya seciput je, sebab pesakit dah penat bercakap (dah 2-3 student tanya). All da best utk exam PRO ni utk semua final year student medic..

4)sebenarnya doa nabi Yunus tu aku dah amalkan 2 tahun lepas, sekejap je.. pastu lupa, biasa la sibuk dengan benda lagho. Memang aku tak nafikan, banyak hikmah dan kebaikannya waktu amalkan doa ni. Hati aku rasa lapang,orang marah pon rasa bahagia..huhu, serius tak tipu(sebab aku tau tu kesilapan diri aku sendiri). Fyi, aku dulu sebenarnya panas baran, x leh orang tegur cikit.Mula buat muka tak puas hati.

5) Kadang2 Allah tegur kita indirectly melalui pesakit. Macam kes aku kat atas tu. Allah nak remindkan aku balik tentang doa tu..speechless, sebab teguran tu daripada seorang pesakit.Dan doa pesakit itu sendiri(priceless). Aku teringat quote ni "Kita rasa kita berjaya dengan usaha kita, tapi sebenarnya kejayaan itu berlaku dengan doa orang sekeliling kita." :)

p/s-sapa2 yang baca ni, tolong doakan kami agar lulus jadi doktor yang competent and safe doctors. we need moral support from u guys.:)

– student

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *