Assalamualaikum semua, saya ingin berkongsi sedikit pesanan tentang kewangan khususnya untuk orang muda terutama orang lelaki. Ini sekadar perkongsian tentang diri saya sendiri. Pembaca boleh ambil yang mana positif dan jadikan tauladan atau pedoman.
Pesanan saya adalah jangan boros, jangan boros, jangan boros dan jangan berhutang tak bertempat dan jangan kedekut tak bertempat. Sila simpan kemas kemas ayat tu. Sekarang saya berumur 30++. Semasa saya mula mula bekerja dulu, saya sangat boros dan membawa sifat boros tu bertahun tahun dan sekarang baru rasa menyesal,hehe. Korang semua jangan ikut gaya hidup saya ye. Terutama lelaki, sebab memang sifat kebanyakan lelaki tak cakna menda menda pasal duit ni. Kalau perempuan kebanyakan sangat sangat cermat pasal duit. Big clap untuk perempuan.. haa tepuk.
Pemurahnya Allah, dulu saya semasa umur 22 camtu Allah dah bagi rezeki dapat gaji 8k – 10k sebulan. Ni duit makan gaji ye, bukan berniaga ke ape semua. Makan gaji semata mata, kalau orang berniaga normal flow cash money ribu riban ni. Tapi saya masa tu, hanya berharap ke duit gaji semata mata. Jiwa muda masa tu, paham paham laa, bila pegang duit berkepuk, rasa semua menda nak beli, nak beli tu, nak beli ni, nak makan sedap sedap, tempat eklusif, pakaian nak mahal mahal.
Kesannya sifat boros tu, jeng jeng jeng… tak sempat nak buat simpanan. Masuk gaji 8k, keluar 8k, masuk gaji 10k, keluar gaji 10k. Pantang gaji masuk, pergi town, sakan shopping, jalan sana sini, pantang orang ajak bercuti, saya on je manjang. Bila balik bercuti, ha duit ngam ngam sampai hujung bulan. Dulu akal tak panjang, bila umur meningkat barulah duk pikir. Senyum jelah, hehehe. Tapi takdelah sampai tahap penulis meminjam duit orang sane sini. Cuma bab kewangan memang failed. 6 – 8 tahun juga saya macam tu. Sampai nak kahwin pom duit tak cukup, terpaksa kawtim dengan girlfriend mintak diskaun sebab tak sempat nak kumpul duit. Nasib girlfriend jenis tak kisah. Dapatlah pegang title suami isteri, huhuhu. Thank you my wife, hehe.
Ni tips untuk orang muda, sila disiplinkan diri menyimpan duit, kalau korang tak boleh menyimpan tunggulah nanti masa korang terduduk nanti takde duit. So start from now, disiplinkan diri pergi ceduk ilmu ilmu kewangan yang berlambak dekat internet tu, nak bagus lagi korang pergi kedai buku, spend RM 20 – RM 30 beli buku tentang kewangan tak rugi spend untuk ilmu yang berguna. Balik rebus air panas, buat air sirap lepas tu baca buku tu dan paham betul betul formula formula kewangan.
Ni tips mudah 30:60:5:5 , 30 peratus dari gaji bersih disiplinkan diri untuk simpanan, 60 peratus untuk komitmen bulanan, 5 peratus untuk item bocor macam bil astro, kad kredit yang mana kita boleh control dan 5 peratus lagi reward untuk diri macam guna untuk tengok wayang ke, keluar makan makan special ke camtu. Ni salah satu tips lah. Atas masing masing cara nak olah peratusan tu. Cuma nak bagitahu kena ada sistem barulah kita dapat monitor dan buat sesuatu tu tak melebihi budget.
Orang lelaki ni kalau dapat isteri cermat tu kira beruntung. Boleh jadi akauntan untuk suami, suami dahla macam mesin atm, reti nak keluar duit je, nak masuk duit tu kebanyakan jadi mesin not in services. Ha perempuan perempuan luar sana, bolehlah start risik risik tips kewangan bantu suami nanti,hehehe. Tapi salah satu rule kena ingat, duit suami tu, korang jangan nak melampau sangat control, suami korang penat penat cari duit, korang janganlah sampai semua menda nak control sampai nak beli jajan singgit dua pom kene masuk kaunter report audit, hehe takut nanti kan dapat telor kat dahi. Telur dapat duit pulak sangkut, tak ke naya, hehe.
Satu lagi korang kurangkan buat pinjaman dengan bank, melainkan keperluan barulah buat. Macam pinjaman beli kereta kebanyakan dah jadi keperluan cuma korang janganlah gaji 2k – 3k tapi nak pakai kereta mahal mahal macam honda civic. Loan mungkin lepas, tapi nanti gaji korang banyak abiskan dekat pinjaman. Kereta ni, kalau boleh cari yang jimat minyak dan luas. Sebab kereta ni loan kebiasaan orang ramai buat 7 tahun ke 9 tahun. Jadi biasanya kereta pertama korang tu korang akan pakai sampai korang kahwin dan sampai ada anak. Bila dah ada anak, kalau pakai kereta kecil, tak muat nak letak barang.
Barang anak dengan isteri penuh bonet. Barang suami satu beg kecik je biasanya, haha. Jadi semasa nak beli kereta buat penilaian betul betul. Pakai kereta ni, kena pikir kos bayar bulanan, kos nak sambung roadtax setiap tahun, kos servis. Kira betul betul sebelum beli, takut sebab kereta, korang terpaksa leburkan duit gaji yang banyak dekat asset yang susut nilai. Susah nak planning untuk duit simpanan. Sekali korang sign tu, 7 atau 9 tahun tu lama. Penyeksaan, huhu.
Orang Malaysia ni ramai stress sebab komitmen hutang. Sebab hutang, ramai bunuh diri, gaduh suami isteri, bercerai berai, kerja lebih masa sebab nak cover perbelanjaan hutang. Kalau hutang takde, gaji RM 1000 rasa cukup. Sebab hutang, gaji 10K belum tentu cukup woo.. hehe. Hadam baik baik.
Kita ni dah terperangkap dalam sistem bank yang direka, sistem pinjaman yang banyak berunsur riba, sebab sistem ni lah, ramai rakyat Malaysia terperangkap dalam hutang. Pinjaman ni kalau pandai urus, bawak kebaikan, tapi kalau tak pandai urus, jadi penyakit kewangan. So korang pandai pandai laa nanti. Saya pun dah terperangkap, hahaha.
Rasa cukup setakat ni je dulu, semoga perkongsian ni dapat membawa input yang baik untuk korang semua. Assalamualaikum semua.
– Mr Sirap
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit