Assalamualaikum. Terima kasih admin sekiranya confession aku tersiar. Aku perlukan pendapat/nasihat korang tentang apa yang selalu sangat bermain di fikiran aku. Aku sekarang sedang menuntut di sebuah IPT. Keluarga aku sedang-sedang sahaja. Dan aku diberikan sebuah kereta lama sebagai kemudahan berulang-alik ke kelas. Aku ni jenis yang kaki duduk rumah. Walaupun ada kemudahan aku bukan seorang yang rajin nak keluar bersuka-ria kecuali jika betul-betul ada keperluan atau tengah jiwa kacau..jadi, ambil masa kejap tengok dunia luar. Dan aku juga sejenis yang tak kisah keluar seorang diri. Ada seorang kawan rapat pun dah cukup.
Apa yang jadi masalah dalam fikiran aku sekarang ialah bila kau ada kemudahan, ramai yang menempel. Tambah-tambah bila kau duduk serumah dengan budak-budak satu course. Ramai yang mcm ni tapi yang paling ekstrem kawan ni aku namakan Milah. Milah ni sebelum kitorang cari rumah sewa punyalah semangat bagi tau yang tak ada kenderaan apa-apa pun tak apa. Tak kisah.. dia yang pujuk-pujuk aku siap bagi hujah2 dia. Dia nak duduk rumah sewa dengan alasan nak masak sendiri kononnya lebih jimat. Dia sanggup jalan kaki jauh sikit tunggu bas. Katanyaaa..
Aku pulak sejenis yang kalau dapat kolej kediaman sampai habis pun tak apa. Aku lagi suka. Lagi selamat bagi aku. Tapi, silapnya aku ialah aku kurang libatkan diri dengan kegiatan U. jadi, perlulah jugak cari rumah sewa.
Masuk je rumah sewa, memandai dah diajaknya aku cari barang-barang keperluan, bahan basah semua, mintak hantar kan ke kelas lah. Walaupun kami satu course, tapi kami lain kuliah dan kelas. jadi masa pun berbeza. Aku okey je pada awalnya. Tapi bila pandai tumpang je, duit minyak awal-awal je janji nak bagi and gaya asyik nak mengarah je… Aku jadi tak ikhlas. Ye la, bukan nak berkira tapi, aku pun mak bapak tanggung lagi, minyak kereta yang kita rasa cukup untuk tempoh sekian-sekian jadi lagi pendek. Dia pulak dari gayanya buat kita mcm driver dia. So, bila jadi macam tu aku jadi sakit hati tapi disebabkan aku kira aku masih lagi bernasib baik berbanding dia, ada kenderaan semua, aku tetap pujuk hati aku berkali-kali.
Lagi satu, apa yang aku perhatikan dari Milah ni ialah dia seperti mintak balasan dengan apa yang dia buat, kalau ada yang aku mintak dia tolong ajarkan apa yang aku tak faham, lepas je ajar dia akan bagitau nak pergi ke tempat sekian-sekian, nak beli barang sekian-sekian.. and, apa yang dia cakap tu gaya “nak” bukan gaya “mintak tolong” lama2 aku rasa macam malas nak mintak tolong dia.. aku pun tak adalah mintak tolong je, sekali-sekala ku hulur apa-apa yang aku mampu hulur.. contohnya makanan.
Lagi satu, gaya dia yang aku tak berapa suka ialah barang2 dalam rumah walaupun milik orang lain tapi dia buat “Barang aku barang kau, barang kau barang aku”.. Aku tak paham betul. Aku ke yang perlu terbuka dalam hal ini? Sebab bagi aku Allah dan ckp dah setiap perkara akan dihitung walaupun sekecil zarah. Jadi, bila barang orang kau ambil tanpa bagitau tuan punya barang, and tuan punya barang pulak hanya perasan barang dia tak ada bila nak guna korang rasa dia akan rasa macam mana? Sebal kan? Marah..sakit hati.. Duduk rumah sendiri dgn adik beradik boleh kira lagi, tapi dengan orang lain. Tak patut la. Bukan dengan aku je mcm gini tapi dengan satu rumah. Ye.. bagi dia baguslah, tapi bukan semua blh buat mcm tu sbb mungkin orang tu dah set dah barang2 dia boleh tahan sampai bila ikut keperluan dia. Apa yang aku boleh tegur, aku tegur dia depan2. Secara baik. Tapi yang masalah bab minta tumpang kereta je aku tak tau dah macam mana nak tegur. Aku sampai terpaksa cakap aku buat prebet dari mintak terus terang. Bila aku cakap buat prebet baru dia hulur. Tapi bila tak cakap, senyap gitu je lah. dari rasa kesian bertukar jadi menyampah. Bab duit ni sakit hati yang tak boleh nak luah sbb kita yang tanggung sendiri. Kita dah luah pun orang buat tak paham lagi and pandangan org lain pada yang ada kemudahan kereta ni macam kau bertanggungjawab tolong org yang tak ada. Jadi, aku nak tanya pendapat korang apa patut aku buat? Macam mana nak bagi dia paham? Ke aku yang pentingkan diri? Maaf kalau ayat kacau bilau.
– ayla
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit