Niat aku cuma ingin membantu – 8:09 PM

Niat aku cuma ingin membantu

Aku dah tak mampu simpan dalam hati jadi aku cari ruang positif untuk luahkan.

Aku ada satu sifat…aku tak boleh tengok orang susah atau dalam kesusahan. Aku akan automatik bantu setakat mana yang aku terdaya.

Aku mungkin tak bagitau korang kenapa aku buat mcm ni mcm tu.

Sebab aku pegang kata2 ni.

Kita mudahkan kerja orang tu..Allah akan mudahkan kerja kita.

Aku pegang kuat ayat ni sebab tu aku tolong group lain walaupun aku tahu kita sedang bertanding.

Aku tau kau marah sebab aku tolong group lain. Aku tau tu..

Tapi aku percaya sesuatu hasil tu datang dari effort kita..aku bantu orang lain tak kacau pun effort kita.

Mungkin bila aku tolong orang lain..Allah nampak..Allah beri ganjaran yang lebih besar dari ni.

Bayangkan effort + ganjaran dari Allah..outcome dia pasti indah.

Niat aku cuma nak membantu…aku tak boleh pentingkan diri aku…aku tak diajar utk pentingkan diri aku.

Walaupun aku tau kadang2 aku dipergunakan tapi aku lebih penting ganjaran pahala tu.

Biar aku susah dekat muka bumi ni..biar aku dicaci, dihina,dipergunakan…aku tak kisah..janji perjalanan aku di hari akhirat kelak…mudah semudahnya.

Niat aku cuma ingin membantu..

Kenapa aku tetap tolong orang walaupun orang tu dah susahkan hidup aku…

Pada aku…biar aku susah…lagi aku susah lagi aku ingat Allah dan aku tak lupa kehadiran Allah di sisi

Lagi aku susah lagi aku yakin Allah ada untuk aku, bantu aku..

Tu je reason aku….

~Allah help is near

– Mekna

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *