Assalamualaikum. (Please approve admin, i need opinion on this topic :( Tq admin :))
Aku perempuan. Umur 21 tahun. Sedang study degree di IPTA. Family ada islamic background. Terjumpa seorang lelaki selepas habis SPM. Sebaya. Dia pun datang dari keluarga yang ada islamic background dan dia sendiri pun datang dari sekolah agama. Dia pun sekarang tengah study degree dalam bidang agama.
Kenal dalam beberapa bulan, akhirnya kami bercinta. Aku pergi jumpa mak ayah and family besar dia and semua berkenan dgn aku. Kiranya nampak secocok sangatlah dengan dia. Dia datang jumpa mak abah aku and everything went well. Kami mintak kahwin dengan ibu ayah masing-masing tapi macam biasa, suruh habiskan belajar dulu. Kahwin after dah ada duit and kerja bagai. Cliche kan?
Kami bukanlah datang dari keluarga biasa-biasa. Ibu ayah kami masing-masing income belas-belas ribu tiap bulan.
Dah masuk tahun ke-4, kami bercinta. Kami dah beberapa kali terlanjur. Kalau berjauhan, sembang lucah, gambar lucah, video call lucah memang takkan lekang dari hidup kami. Kalau kami dekat, check in hotel itu pasti.
Tipulah tak penat buat dosa. Tipulah kalau kami tak pernah cuba nak berubah. Dah banyak kali cuba putuskan contact tapi akhirnya akan berhubung balik macam biasa.
Dua bulan lepas, dia tinggalkan aku. Dia kata dia nak berubah. Dia taknak dah jadikan aku ni sebagai tempat pemuas nafsu.
Aku broken. Aku menangis. Sebab aku rasa macam dia larikan diri dari bertanggungjawab atas aku. Dia lelaki pertama yang sentuh aku, and buat banyak benda bukan-bukan kat aku. Sampai satu tahap, aku rasa aku tak layak untuk mana-mana lelaki kat dunia ni sebab aku dah tak suci. Disebabkan apa yang dia dah buat kat aku ni, dan tinggalkan aku macam tu je, buatkan aku tak dapat maafkan dia.
Minggu lepas, dia mesej aku. Dia nak mintak maaf sebab dia dah banyak buat maksiat dengan aku, dia nak aku lupakan semua, redha apa yang dah terjadi. Dia nak aku maafkan dia sebab dia nak beribadah dengan tenang. Dia dapat rasa yang aku tak maafkan dia, dan itu buatkan dia jadi tak tenang. Nak beribadah pun rasa susah hati.
Jawapan aku, aku nak dia bertanggungjawab atas aku. Aku hanya akan maafkan dia bila dia dah sah jadi suami aku.
Dia terkejut aku cakap camtu, dan dia ajak aku kahwin kat siam. Bila dah kahwin, aku boleh maafkan dia dan dia pun dapat beribadah dengan tenang.
Masalahnya sekarang ni, aku pun sama jugak hati tak tenang mengenangkan betapa banyaknya zina yang kami dah buat. Adakah dengan cara nikah dapat buat kami beribadah dengan tenang?
By the way, aku dah berusaha dekatkan diri pada tuhan. Join usrah. Bawak usrah. Banyakkan diri untuk tadabbur ayat-ayat Allah. Solat sunat taubat. Nafsu terhadap dia pun, aku dah boleh kawal. Tapi masa silam bukan senang nak padam kan? Jiwa aku betul-betul rasa terseksa dengan masa silam aku. Soal kemaafan untuk dia bila dia dah jadi suami aku, aku betul-betul maksudkan. Aku memang serius dengan kata-kata aku.
Actually dia taknak pun nikah kat siam tu dengan aku sebab dia kata dia taknak menzalimi aku lepas kahwin nanti. Dia kata dia dah tak sayang aku. Dia takut kalau dia abaikan tanggungjawab dia sebagai suami nanti.
Aku tak mampu nak maafkan dia selagi dia belum suami aku. Pendirian aku ialah aku hanya nakkan dia bertanggungjawab atas aku. Aku betul-betul rasa kehidupan aku dah kelam. Tiap-tiap hari aku menangis. Aku malu dengan tuhan.
Please help me. :( I need supports and dua.
– N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Insan Senyum camna ni?
Tu kena kwen cpt2.
Kena ingat kenapa nak kahwin dgn dia.. jangan kahwin sbb rasa bersalah, rasa xde org lajn dah, rs x layak utk org lain.
Berkahwin kalau keranaNya maksudnya kena mencari a partner yg boleh sama2 bimbing u and anak2 ke syurga. Pastilah kena cr org yg beriman yg mampu melindungi dirinya dan isterinya. Buat masa ini dia dh mencabuli kehormatan awk dan diri dia.
Mungkin Allah memberi masa utk masing2 berubah. Dan mungkin kalau ada jodoh akan bertemu kembali. Who knows.
What should guide u is why u want to marry someone. Terlanjur is not the answer. Dah kahwin he can do to anyone else, ur in constant doubt and worry.
I suggest go to a counsellor. They can help u to make a choice.
Firstly…x sokong btul bila confessor sbut yg laki tu beragama ap smue bgai…sedar x sedar dh meroskkn nama baik org yg benar2 ikhlas dlm agama…sy x nfikan ad org beragma yg truk jgk…sbbnya kte yg menilai die beragama disisi tuhan die bukn sprti tu..sikp die dh fitnah tmbah perspektif kita yg menjdi fitnah kpd agma..
Soal kawin kat siam tu…klau btul2 nak kawin jgn lah kt siam..mntk restu elok2 dgn parent…sis rse hidup sis tng lps kwin kt siam…sis silap…sis x kan pernah rse selesa kwin tnpa redha keluarga…redha Allah terletak pd redha ibu bapa..bila hidup dh x dlm keredhaan bnde kecik pn sis rse berat…
Isu x nak kwin dgn sis..cdgn sy tngglkan lah laki tu…dlm pd sis brkhwin dn die mngku x syg sis x mustahil untk die ulang ap die buat kt sis pd prmpuan lain plak..snggup ke hidup dgn lelaki curang? Pd wktu tu lgi la sia x leh maafkn die…klau rse berat nk maafkan tntut lah di akhirat..x prlu mntk smpai die kwin dgn sis rsenya lgi truk nnt…insyaallah klau sis betul2 yakin dn berubah Allah akn hadiahkan org yg jauh lbih baik..amalkan doa ummu salamah sewktu kematian suami..doa mnggntikn yg prgi pd yg lebih baik…shingga dia dikurniakan rasulullah (suami yg paling baik ats muka bumi)..jodoh tu takdir Allah…usaha lah insyallah ad laki yg terima sis (jgn cerita kish silam pd bakal suami..die x de hak tau..sis x d hak cerita sekalipun di paksa suami)
Sy x sentuh psl lelaki yg brslah tu sbb sy sndri tiada solusi untk lelaki tu..cume hrap prmpuan2 kt luar lbih brhti2 dgn laki..klau dh pgg sne sni tu bukn cinta tu nafsu..dn harp mreka berubah dn biarlah Allah balas ap yg selayaknya untk golongn2 ini
Tmbhan..trlbih baik sis maafkn die dn doakn la die berubah…tngglkan die dn selitkan nama die dlm doa…klau benar jdoh Allah akn bukak pntu hti die untk ambk sis smula dgn jlan yg betul…bila sme2 dh letkkn pergantungn pd Allah mudh nnt..lepas kwin sme2 brtaubt…insyallah akn lahir ank yg hebat dri keluarga ini
hurmmm…sy umo 22 bercouple sekali pon x pernah … sbb pernah bce couple 2 haram.. dgr masalah ni,rse mcm sket hati lak..doa org dizalimi makbul,pi laaa bawak diri ke oversea..mana taww ade jodoh lebeh baek kt tmpt laen..
Fikir elok2 ya dik. Skrg ni laki tu dah xnak kat awk..he reject u totally now..jaga diri dan hati awk adalah lebih penting skrg ni. Ibadah x tenteram? Taubat nasuha kpd Allah. Biar air mata sampai xkering kontang. Tenteram jiwa utk redha.
Deret ar kisah terlanjur. Bengang tol aku. Klau ak dpt barua tu, ak blasah smpai ak puas, kalau dia mati sblum aku puas, mknanya ak duk blasah bngkai dia. Dh puas mnyedap, nk tinggal dgn alasan bodoh. Pmpuan ni plak aku xmau. Dh bekas orang. Dah kna owned. Zaman ni cmtu lah, nmpak baik, tp dh pernah terlanjur, maruah xdak, sembang zina ni mcm bnda biasa. Geram btol. Lepastu, duk minta simpati orang, kepala hotak hngpa. Ni hng nk kawen, pastikan mmat tu pon pernah bzina jgak,hng x lyak ngan mmat teruna. Xda llaki teruna bleh terima bab2 zina ni. Ia akan jadi luka di hati yg xkan sembuh. Hng pi tobat pastu pi la cari barua2 yg dah insaf tuh. Hmmph.
Knp cakap macam tu.. Sedang byk wali2 Allah yg dahulunya dari ahli maksiat, perompak dll.. Bila taubat, merela ni lg suci daripada kita. Sbb mereka rasa mereka yg plg hina. Allah naikkan maqam mereka jadi wali..
apa kena mngena wali2 dgn yg atas ni?. poin hng la ni kena buat mksiat dulu la?.baru boleh insaf, taubat dan jadi lagi mulia? klau mati waktu mksiat tu macam mana?. lagi tu, yg bukan kaki mksiat macam mana kira?. jadi ‘lelaki baik dan soleh’ dlm ending cerita dia?. kesian gila..
ni tara ada islamic background, pon boleh terjerumus, boleh tewas. amat2 mengecewakan. intro dah bagus. tup2 ada jugak perkataan ‘terlanjur’..out betul la.
cakap mmg senang.. sekali mendapat kat kau baru haru biru idop ko nanti.
kalau komen setakat nak burukkan org tu, x payah komen.
da cukup dia termaki sendiri kan pulak dok maki lagi…ape pon tak boleh..
bnda ni bukan macam kemalangan yg x berbau, bnda boleh elak, ni bukan kira mendapat, x mendapat. jgn pi mula, jgn jerumuskan diri sendri. jgn letak diri di situasi tu.
dan dah memang dia layak kena maki pon, xkan nak puji pulak. bnda maksiat orang benci, xyah nk backup sangat la..
amboi besarnye cakap, heh Allah nak uji kejap je .. mmg takde sape suka kpd zina tp tak perlu mngeji sbb kita pun mnusia tak perfect .. biar Allah je menilai dosa2 hamba dia.. hat2 manusia ni tak payah berlagak maksum perfect nak ambil alih hukum judge bagai..nasihat & berdoa je slebihnya let it to Allah
Ni hnya pndpt sy… Kalo dulu blh buat maksiat sama2 kenape bila bertaubat x blh sama2.. Sis pun rasenya dh insafkan. Kot iya pun dia dh insaf sepatutnya dia kena ajak sis skali utk bertaubat. Xkn nk msk syurga sorang2 kot..nmpk lelaki tu pentingkn diri kat situ. Kan lebih elok kalo kahwin, blh sama2 bertaubat nasuha, solat berjemaah, mengaji ke ape or dktkan diri dgn Tuhan sama2.. Tp sis kena bgtau parents . Kalo kahwin kat siam, masalah wali pula. Nk x nk kena bgtau juga ayah sis. Melainkn dia enggan br blh guna wali hakim. Tp kahwin kat siam, dtg sini kena daftar pula. Nnti masalah lain pula yg dtg. Lg complicated.
Option no 2. Lupakan lelaki itu and move on. Taubat nasuha. Taubat sungguh2..Yg lps jadikan pngajaran.Doa byk2 kat Allah. Minta Allah gantikan dgn lelaki yg lebih baik yg blh terima sis seadanya.. In sha Allah mesti ada. Yg lps biarlah .. Tu dosa kita dgn Allah. Dan yakin Allah itu Maha menerima taubat. Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
pisang jugak asyik baca confession beromen. minat betul yek engkorang ni dengan beromen?
Cakap elok sikit bro. Dia minta tolong baik-baik kan? Kalau dia nak show off dia beromen baik dia up gambar bogel je. Bodoh ke bro?
kacau hidup lu ke bro
Wah panas ke bro? Tahulah bro gangster. Kan?
sembang sini tak guna. bak nombor bilik
Zubair H1.7. Marilah. Kalau boleh bawak makanan sahur sekali.
jauh natang bilik.
Tanda-tanda Allah masih sayang pada hambanya adalah digerakkan hati kita untuk mendekatinya. Sis beruntung Allah tarik hati sis untuk berubah.
Nasihat saya lepaskan dia dan maafkan dia. Dalam dunia ni manusia mana yang tak pernah melakukan salah ? Saya tau kisah silam memang susah untuk kita lupakan tapi sis kene fikir masa depan sis, maruah sis sebagai perempuan. Apa guna kalau kita masih memaksa untuk berkahwin dengan orang yang tidak cinta kan kita ?
Saya percaya yang sis ni kuat, Allah bagi ujian kat sis untuk sis semakin dekat kepada dia. Percaya lah cakap saya bila sis lepaskan dia dan sis move in shaa Allah Allah akan bagi sesuatu yang indah bagi sis.
Sekarang sis fokuslah kepada study dan mulakan perubahan dari dalam diri sis. Allah sentiasa ada untuk mendengar masaalah hamba dia. Wallahu’alam.
Iman xdapat diwarisi … Wahai wanita, peliharalah MALU anda wahai wanita wanita
Maksiat dikalangan ahli agama. Wow..
sekolah agama, degree agama, family islamic background…pun bole terlanjur jugak….sebab tu bahaya kapel2 ni
kiffah kan ade.. mungkin nnti dia ade anak pompuan.. org buat anak dia cam2 pulak
Omg senangnya weh, lepas buat pastu tinggal pastu bg alasan nk taubat. Wow wowowow Muhammad Hilmi Johari
Nani Roc sisturrr
Yezzz brotherrr kew yang confess niewww
bukan saya sisturrr, tak sempat nak confess lagi dah kena halau kt meja bufet
Fatimah Azzahra Shafie
Sapa2 dekat dunia ni pernh buat salah..Allah sedang uji awak dik. Awak insan terpilih. Yes,memang sakit bila org yg kita syg, ckap tinggalkan kita tp dik,awak kena ingat. Allah masih sygkan awak.
Awak pernah buat something yg pastinya semua org marah, mngkeji awak. Tp ingat lah,pintu keampunan dr Allah x pernah tertutup dik . Akak sure,awak kuat. Kuat untuk maafkan dia,lupakan dia bila dia lafazkan dia x nak dekat awak lagi. Awak ciptaan terindah yg Allah ciptakan dr awak dlm rahim ibu. Apapun, kembali kpd Allah semula adalah cara trbaik. Sesiapa x suci. Masing2 ada kisah silam la. Tak kisah lah dia rela atau x rela. Siapa pun awak dik, awak berhak dapat yg trbaik satu hari nanti. Biar dikeji manusia, tp diredhai Allah
Taubat nasuhah….tutup buku lama. Bersihkn hati bersih kn diri. Kawin bkn jln penyelesaian. Ini satu pengajaran buat anda. Cinta kerana nafsu padah jdinya. Nilai diri jdi murahan. Bercintalh kerana Allah…in syaa Allah ketenangan dpt dicapai. Setelah anda berpengalaman sebegini elok lh cari jodoh yg bole mmbimbing anda kejln yg diredhai Allah. Bina sebuah syurga unt menuju jannah. Belajarlh dari kesilapan lalu…☺
Dijadikan manusia juga untuk diuji, maka kembalilah kepadaNya. Taubat nasuha. Allah dah tutup aib kamu, maka jaga lah diri sebaiknya. Tak pernah terlambat untuk bertaubat.
Selagi nyawa dikandung badan, gunung daik bercabang tiga. Hancur badan dikandung tanah, taubat jugalah semoga Allah terima.
Apa kena mengena dengan gunung daik doh? Serious serious
Aku hentam taram ja pantun tu. Hahaha
wow
Awak, jangan dengan dy..sbb dy boleh buat bnde lain blakang awak..move on jee even susah..nanti sampai satu tahap..awak dahh biasaa nanti..pg dekatkan diri dengan allah..nanti in shaa allah..ade lelaki yg baik untuk awak..utamakan allah dulu..yg pasti..jgn pg merayu kat laki tu..
Jap.. jap..
Last sekali bila ajak kawen dia kata dia dah x sayang??
Dik..move on dik.
Please..
Ya.. kita dah mmg buat dosa.. tapi bertaubatlah!
Bila adik kata adik hanya maafkan dia bila dia dah jadi suami adik, itu sebenarnya hanya ego.
Adik nak juga dapatkan apa yang adik nak. Bukan semata2 nak bertaubat.
Ambil ruang utk diri sendiri.
Dekatkan diri dengan tuhan.
Bukannya bila dah kahwin dgn dia baru boleh bertaubat dan beribadat dengan tenang.
Dia cakap dia dah tak sayang.
Still nak ambil risiko?
Fokus diri sendiri.
Cari kebahagiaan utk diri sendiri please..
1.maafkan diri (mohon taubat pd Allah)
2.maafkan si L tu
3.tutup aib adik dan L tu…
4.bila Allah turunkan ujian…sabar dan solah… (bersangka baiklah pd Allah)
1) Awak kene yakin yg apabila seseorang tu bertaubat, dia akan kembali suci. Kalau awak belajar ilmu Tasawwuf, byk wali Allah yg dahulunya drpd ahli maksiat kemudian bila bertaubat sunguh2, Allah angkat sampai ke maqam Auliya. So khauf dan Raja’. Takut dan berharap pada Allah. Positif. Husnuzhan dgn Allah.
2) kalau dia dah tak nak awak, survive sendiri. Yakin dengan jodoh. Kalau ada, insyaallah. Kalau tak ada, prepade untuk masa depan awak. Dengan maksud, study hard and smart, dapatkan result yg cemerlang. Buktikan walau dia tak ada, awak boleh survive hidup!
3) Akak ada kawan jugak yg kes macam ni, skrg dia happy dan dah kawin dan dah ada anak pon. So jgn kecewa, masih ada di luar sana yg boleh terima awak seadanya.
Assalamulaikum rasyidah ?
Wslm haha
Bukan cliche. Tp pandangan makbapak selalu btol. Dorg tgok ank belum mampu nk kawen. Kawen bukan pasal duit je tp pasal kesediaan diri utk memikul tanggungjawab, mentaati suami, kematangan handle masalah etc.
Perempuan, 7 kelahiran pon akan selalu diperguna oleh kaum lelaki. Sedarlah…
Kita sama umur. kalau macam.ni la, baik awak move on je.. jangan dikenang lelaki macam tu. Buat tak tahu je, kite pun pernah bercinta 1 kali tapi bila lelaki tu dah kata tak sayang terus paksa diri move on. Sibukkan diri. Memang betul apa mak ayah cakap tu carik duit and kerja dulu. Bunyi macam cliche, tapi utk zaman sekarang ni memang sangat2 perlu sikap materialistik. Bukan utk kikis orang ke apa, tapi.utk bina masa depan sendiri.. utk awak lebih bersemangat sibukkan diri and tak fikir pasal lelaki. Emosi tengah tak stabil memang macam2 awak akan rasa. Sebenarnya awak sayang dia lagi kan? Lagi 1 lelaki tu bukannya nak.fokus ibadah ke apa, tu semua alasan je. Awak jangan bodohkan diri awak pasal lelaki macam tu. Biar dia sorang je jadik bodoh. Sekarang tak payah sedih2 belajar rajin2 nanti boleh dapat kerja bagus. Ok? :)
Maafla klau saya kate kan mereka berdua nie xsalah pun..yang salahnye keputusan parent masing2..mereka dah kate nak kawen..so knapa xdihalalkan je hubungan tu..xsalah pun kawen time study..n kepada adik..maafkan je lelaki tu..bukan kehendak dia untuk rase sayang tu hilang..semuanya atas ketentuan ilahi..mungkin ade hikmah disebaliknya..mungkin adik akan jumpa orang yang lebih baik yang boleh bimbing adik..yang penting adik kene jujur dalam perhubungan..biar dia boleh terima adik seadanya..
Tinggalkan laki tu. Perbaiki diri awak. InsyaAllah jika betul awak bersungguh, Allah pun dah janji laki baik untuk pmpn baik & begitu juga sebaliknya..
Motifnya x guna jugak sbb dia mmg dh x sygkn ko buang masa je kahwin kt siam pun nk buat laporan,mende trjd sbb korg suka sama suka masa tu so k’putusan pd tgn ko skrgnie buatlh keputusan dgn baik mungkin.
kadang punca maksiat tu dri mak ayah..sebenar nya salah , punca nya dri kita juga , mak ayah kita kenal kita mcm mna, jdi mak ayah mana nak tngok anak2 dia susah? right? so , buktikan mak ayah yg kita dah bersedia untuk bina masjid , BUKTIKAN , tpi mcm mna la kalau kita nak bina masjid kalau lepas subuh tido lgi/tido , hahahahaha hurmm papepun tipu ah slama 4 tahun syaitan tak tarbiyah memacam , haha so first -KENA jauhi zina bukan try or cubaa? eh sama je kan? haa then yg kedua cuba penuhkan waktu dengan benda baik :)
Gurl cite ko sama dgn habis madu sepah dibuang je. Dgn kata lain hes done with u and looking for fresh new flower. Dia mengunakan agama utk messing around with u. Wake up
Mak ayah tak bagi kawin awal. Anak2 pulak dah tak tahan. Alangkah baiknya jika mak ayah faham yg anak mereka manusia biasa yg bernafsu, bukannya malaikat yg takde nafsu.
Simpati dgn adik ni
Astarghfirullahhalazim. Nauzubillahhiminzalik. Semoga Allah jaga hati dan nafsu diri ni dari lemah dan lalai dengan godaan dunia. Aminnn
Maafkan dia dik, itu lagi buat kita tenang sebenarnya. Tayah tunggu kawin dengan dia. Kenkadang tanpa kita sedar hati kita tak tenang, hati hitam, keras etc sebab kita dendam/ tak maafkan orang. Untuk masa hadapan, dont worry sis, have faith in Allah. Dia maha mengampun. Ape jadi nanti, sape jodoh adik tu semua dah tertulis. Move on. U deserve 2nd chance. oh btw, mamat tu kalau betul dia nak berubah, 1st thing dia akan buat ialah jadi laki tulen jumpa ur family terus terang, and bertanggungjawab bukan bacul larikan diri. Kat situ dah boleh nampak permainan acah-acah berubah dia
Kalau sis dah sayang dia, kawin je dengan dia. Lelaki kalau dah mintak putus.. beberapa bulan lepas tu datang balik.. biasa lelaki yang susah lupekan ex dia + dah bertaubat, inshaAllah boleh jalanlan responsibility dia lepas kawin.. sis jangan give up if dia dah layan sis acuh tak acuh lepas kawin.. tu dah jadi dugaan for pasangan kawin.. itu lain lak cerita yg sis sendiri sebagai isteri have to solve the prob for now don’t make everything so drama and difficult.. just consult each other feelings and decide the ultimate decision for both of u. To bf sis.. if u nak feel tenang.. kawin dengan sis ni. U dah gunakan sis ni for ur pleasure and be responsible for the rest ur life.. inshaAllah Allah will forgive your sin. Berkorbanlah kalau u tak sayang dia. Kawin la dengan dia kerana Allah not kerana u tak sayang dia dah.. ☺
Alias Firdaus mudah je .. daa puas daa dapat semua blaa cakap daa tak sayang .. alasan nak bertaubat ..
Jangan contohi dia…
good ?
Dia nak badan kau je tu, acah je nak bertaubat konon mamat tak guna tu. Kalau ye pun nak taubat, bawalah perempuan yang kau da main tu, sengal betul dengan lelaki yang nak sedap je. bangang~
Its simple and sorry tulis dalam english. If you have truly repent and making an effort to be close to Allah SWT, then you should not hold grudges and depend on a human being. He is being honest and yet you are pulling him closer to another sinful act which is neglecting his duties as a husband. Please focus on yourself and purify your soul. The reason why Allah SWT prohibits us from committing sins are not for His selfish reasons but sins makes our soul damaged and stained. It takes a lifetime or more to purify it but every effort towards it is rewarded by Him. Marriage is not the right thing for you now. You have let down your parents trust hence learn to bring yourself closer to them and Allah SWT.
umur hang baru 21. jauh lagi perjalanan tu.
sangat mentah.
marriage is not a simple thing.
jangan bernikah sebab terpaksa.
kelak mungkin hang terbeban.dan menyesal mungkin?
perkahwinan bukan setakat menghalal yang harom
perkahwinan lebih besar dari itu.
my advice
time will heal.
lari pi kawin kat siam buat apa?
kena pikir family, mak ayah yang bela hang dari kecik.
apa perasaan depa?
know your priorities.
doa banyak2.
mintak dengan Allah.
inshaAllah dipermudahkan.
move on je la.. mintak ampun byk2 dekat Allah..lupekan lelaki tu..tu je.
kalau awal2 parents da kawinkan tak ada lah sampai mcm niii..
Slps mengadu kpd tuhan, berceritalah kpd ibu bapa, bkn bercerita di sini. Mntk pndgn ibu bapa, jaga aib diri sndri. Sekiranya memerlukan pertolongan org luar, biarlah ceritanya menjadi rahsia antara penulis, ibu bapa, dan individu yg dicari utk meminta pertolongan tersebut (yg blh dipercayai). Sini bukanlah perantaranya.
Ada sebab nape dia cita sini.
Tak ada sbb knpa dia perlu cerita di sini. Alam maya bkn perantara yg disarankan.
Tmbhn pula di media sosial.
Bila adanya lelaki dan perempuan berdua…pasti akan ada yg ke-3 iaitu syaitan.itu pasti.apalagi sis n boyfren xde ikatan yg sah.sebab tu Allah dh berfirman ‘la taqrabuzzina’ jgn menghampiri zina.bertaubat la…sis.mmg ssh nk istiqamah.tapi cuba n trs mencuba.utk boyfren sis tu..belajar la utk terima semua perkara yang telah berlaku.sis belajar maafkn semua org….termasuk diri sis sendiri.in sha Allah sis lebih tenang.
Saya nak share kisah benar, perkara macam ni berlaku kpd kwn baik sy sendiri. Bila lelaki tu mcm xnak dia, hidup dia hancur musnah katanya. Tapi dia minta kekuatan drpd Allah,dia jauhkan diri dari lelaki tu, stop contact dan usaha tak tinggal tahjud. Dia betul2 cari cinta Allah. Dia Yakin yg kasih syg Allah itu melebihi segala2nya dan bila seorang hamba tu benar2 taubat nasuha , dia seperti bayi baru lahir tanpa dosa. Tak lama lps dia dh berubah tu, Allah hadirkan seorang lelaki yg soleh dlm hidup dia. Sanggup terima dia seadanya. Tapi dia tak pernah cerita dkt siapa2 kisah silam dia sbb bila Allah dah tutup aib kita, haram kita buka semula cerita pada org lain. Alhmdulillah dh dkt 4 tahun dia kahwin, perkahwinan dia dipenuhi dgn sakinah mawaddah wa rahmah. Wallahi sy tak tipu. Saya share sbb nak adik yakin yg Allah tu maha penyayang lg maha pengampun, Allah tak akn menzalimi hamba2Nya… cari cinta Allah sepenuhnya, in sya Allah adik akn jmpa ketenangan tak terhingga. Mcm kawan akk tu , mula2 dia rasa mcm adik jgk, tak layak utk sesiapa tp bila dia btl2 taubat nasuha dan blk pada Allah, rasa keyakinan diri dia pulih perlahan2. Nilai diri kt bkn pd mata manusia tp pada pandangan Allah. Sbnrnya fikiran2 negatif2 mcm tu dtgnya dr syaitan sbb xnk kt dkt dgn Allah walhal Allah sgt menyayangi kt 99x gnda lbh tinggi dr kasih syg seorang ibu pd anaknya. Kalau adik perlukan pertolongan apa2 atau tmpat mengadu dan perlukn sokongan, blh pm akk.in sya Allah akk akn sedaya upaya bntu dn jaga rahsia adik. Akk doakan adik jumpa kasih syg Allah yg tak terhingga di bln ramadhan ni. Allah pernah tegur saidina abu bakar utk memaafkn saudaranya yg memfitnah aisyah krn jika kita mengharapkn keampunan Allah, kt haruslah mampu memaafkn manusia yg berdosa dgn kt. Mmg susah tp mengadu la pd Allah tnpa henti dan minta diberi kekuatan utk btl2 memaafkn dia. In sya Allah psti dimakbulkn doa yg ikhlas. Allah sgt syg dan rndu dkt adik. Adik sgt ptg pada Allah , menangisla padaNya sntiasa, hatimu pasti akn ketemu syurga akhirnya. Dont underestimate Allah’s mercy and love towards us
Amin..pnjang komen ni. Semoga bermanfaat
Move on sis. X ya la kawin ngn dia. Kalau sis da kawin ngn dia, n then lps kawin kalau die x hiraukan sis, lagi lah sis terseksa kan. So if u stay single, at least u have a chance untk hidup bahagia. Even single. Juz focus cara untuk majukan diri n bahgiakn parents sis
nampak sangat tak sayang betul. tolongla, tak wujud istilah ‘if you love her, let her go”. jadi, jangan la kahwin dengan lelaki yang kita beriya2 nak kat dia sebab nanti tak dilayan selayaknya.
perempuan ni macam kerak nasi, awal2 tak suka lama2 akan suka. kalau lelaki, makan masa puluh tahun la baru nak berubah, itupun lepas dah kehilangan perempuan tu.
Speechless aku baca luahan ni abis semua comment aku baca. Kuatnya ujian masing2. Kuat ya you. dekat dgn Allah byk2. Klu ad peluang p la bt umrah ngn parents ke ya. Walau apa pun rasa sakit sedih takpe, then kuat balik please. Jgn sakiti lg diri.
Watefish..jangan harap la hidup dia nk tenang kalau dosa sesama manusia orang tak maafkan..dosa ngn tuhan ko boleh mintak ampun..dosa ngn manusia ni yang parah wei..nk beribadat dengan tenang?? Boleh pergi terjun bangunan je! Geram sangat2 ni..haishhh
Faiz Hafifi Harun
Macam ni rupanya nk jadi bakal ostad.. akhir zaman.. nauzubillahi minzalik.