Nikah kat siam?

Assalamualaikum. (Please approve admin, i need opinion on this topic :( Tq admin :))

Aku perempuan. Umur 21 tahun. Sedang study degree di IPTA. Family ada islamic background. Terjumpa seorang lelaki selepas habis SPM. Sebaya. Dia pun datang dari keluarga yang ada islamic background dan dia sendiri pun datang dari sekolah agama. Dia pun sekarang tengah study degree dalam bidang agama.

Kenal dalam beberapa bulan, akhirnya kami bercinta. Aku pergi jumpa mak ayah and family besar dia and semua berkenan dgn aku. Kiranya nampak secocok sangatlah dengan dia. Dia datang jumpa mak abah aku and everything went well. Kami mintak kahwin dengan ibu ayah masing-masing tapi macam biasa, suruh habiskan belajar dulu. Kahwin after dah ada duit and kerja bagai. Cliche kan?

Kami bukanlah datang dari keluarga biasa-biasa. Ibu ayah kami masing-masing income belas-belas ribu tiap bulan.

Dah masuk tahun ke-4, kami bercinta. Kami dah beberapa kali terlanjur. Kalau berjauhan, sembang lucah, gambar lucah, video call lucah memang takkan lekang dari hidup kami. Kalau kami dekat, check in hotel itu pasti.

Tipulah tak penat buat dosa. Tipulah kalau kami tak pernah cuba nak berubah. Dah banyak kali cuba putuskan contact tapi akhirnya akan berhubung balik macam biasa.

Dua bulan lepas, dia tinggalkan aku. Dia kata dia nak berubah. Dia taknak dah jadikan aku ni sebagai tempat pemuas nafsu.

Aku broken. Aku menangis. Sebab aku rasa macam dia larikan diri dari bertanggungjawab atas aku. Dia lelaki pertama yang sentuh aku, and buat banyak benda bukan-bukan kat aku. Sampai satu tahap, aku rasa aku tak layak untuk mana-mana lelaki kat dunia ni sebab aku dah tak suci. Disebabkan apa yang dia dah buat kat aku ni, dan tinggalkan aku macam tu je, buatkan aku tak dapat maafkan dia.

Minggu lepas, dia mesej aku. Dia nak mintak maaf sebab dia dah banyak buat maksiat dengan aku, dia nak aku lupakan semua, redha apa yang dah terjadi. Dia nak aku maafkan dia sebab dia nak beribadah dengan tenang. Dia dapat rasa yang aku tak maafkan dia, dan itu buatkan dia jadi tak tenang. Nak beribadah pun rasa susah hati.

Jawapan aku, aku nak dia bertanggungjawab atas aku. Aku hanya akan maafkan dia bila dia dah sah jadi suami aku.

Dia terkejut aku cakap camtu, dan dia ajak aku kahwin kat siam. Bila dah kahwin, aku boleh maafkan dia dan dia pun dapat beribadah dengan tenang.

Masalahnya sekarang ni, aku pun sama jugak hati tak tenang mengenangkan betapa banyaknya zina yang kami dah buat. Adakah dengan cara nikah dapat buat kami beribadah dengan tenang?

By the way, aku dah berusaha dekatkan diri pada tuhan. Join usrah. Bawak usrah. Banyakkan diri untuk tadabbur ayat-ayat Allah. Solat sunat taubat. Nafsu terhadap dia pun, aku dah boleh kawal. Tapi masa silam bukan senang nak padam kan? Jiwa aku betul-betul rasa terseksa dengan masa silam aku. ? Soal kemaafan untuk dia bila dia dah jadi suami aku, aku betul-betul maksudkan. Aku memang serius dengan kata-kata aku.

Actually dia taknak pun nikah kat siam tu dengan aku sebab dia kata dia taknak menzalimi aku lepas kahwin nanti. Dia kata dia dah tak sayang aku. Dia takut kalau dia abaikan tanggungjawab dia sebagai suami nanti.

Aku tak mampu nak maafkan dia selagi dia belum suami aku. Pendirian aku ialah aku hanya nakkan dia bertanggungjawab atas aku. Aku betul-betul rasa kehidupan aku dah kelam. Tiap-tiap hari aku menangis. Aku malu dengan tuhan.

Please help me. :( I need supports and dua.

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

168 Comments

  1. Its easier to say than done, utk melepaskan org kita syg, tetapi itu lah sebenarnya jalan terbaik. Memang you dah lalui berbagai halangan, rintangan dan perbuatan yg tidak sepatutnya, terlalu banyak kenangan untuk dilepaskan, sebab itu hati payah melepaskan. I paham kenapa you nak dia kawen dgn you, sebab mungkin you rasa you tak berhak untuk mendpt org lain dgn diri you yg penuh dosa. Yakin lah dengan allah, berdoa lah. Apa kata you bertaubat dan mencari ketenangan hati dlu. Biarkan dia berlalu pergi, tidak guna memaksa, jika benar dia adalah jodoh you yg allah telah tetapkan dan jika benar dia betul2 ingin berubah, insya allah korang akan dipertemukan kembali dan dipermudahkan urusan. Allah swt tahu apa yg lebih baik. Kerna mulut mungkin berkata lain tetapi hati berkata lain. Yakin lah dan berusaha lah utk berubah dahulu. Sekiranya you btul sayangkan dia, perbanyakkan doa. Setiap manusia melakukan kesilapan. Siapalah kita untuk menilai. Semoga you akan mendpt ketenangan hati.

  2. Slhkan sebelah pihak pon xguna… so… masing2 muhasabah… mudah… time seronok xnk lak pk.. time dah jd cmni.. lelaki je slh ke?? Dua2 pihak ada salah.. xmudah nk tunding jari kt lelaki..

    The best way.. klu dia dah xsyg.. biarkan dia.. nk pksa kawen?? Even nnti lps kwen si perempuan dan lelaki xbhgia?? Xngam?? Gdo hari2?

    Time nk.. semua benda janji.. semua benda indah.. time dah xnk.. biasa la.. manusia.. ada nafsu.. xbekup mana2.. jz xfhm bila terlanjur.. nk salahkan lelaki… sedap sama2.. lps dah jd cmni… lelaki sorg salah?? Simple… muhasabah diri.. klu mmg ini takdir… terima jela.. nk bt cmne… selain memaafkan.. kn??

    Bercakap lebih mudah kan?? Ya.. bertul… tp itu je jlan terbaik… move on.. dr terus hidup dgn masa silam…insyaallah… ada perancangan yg lebih baik tuk saudari oleh yg maha esa…

    Move on…

  3. Tak semua lelaki akan rasa perempuan yg bukan dara itu perempuan yg jht.. biaslah kita manusia biasa.. tak lepas dari dosa.. yg penting awk da insaf.. in shaa Allah, akn ada llki yg sudi terima awk seadanya awak dan dgn seikhlas hati..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *