Nikah Sekufu Tu Apa?

Hai semua. Actually ni kisah kawan aku. Betul. (Aku bukan tuan punya badan. Hehe).

Nama kawan aku Lisa (bukan nama sebenar). Namanya indah seindah rupa. Memang cantik. Ada sikit macam Emma Maembong waktu pakai tudung dulu.

Tahun ni Lisa akan berumur 28 tahun. Tapi dia ni awet muda. Nampak macam budak sekolah menengah je. 

Background famili Lisa ni, educated. Dari ayahnya. Sampai ke adik beradiknya semua graduate u. Senang citer, sederhana tapi almost perfect. Etika kesopanan tu tinggi, agama bagus, kdg2 aku naik segan bila g umah dia orang. 

Lisa ni graduate dengan kelas pertama, pelajar terbaik. Sekolah dulu pun, boarding school, tapi sekolah yang semua perempuan. Kira, memang budak pandai dan baik la ni.

Hidup dia memang harmoni je bak kata orang. Sampailah bila dia masuk ke alam pekerjaan. 

Nak dijadikan cerita, rezeki dia dalam pekerjaan sangat lah susah. Tak tahu la. Mungkin dia ni orang tgok kecik je,orang tak yakin nak ambik berkerja ke. Aku pun tak tau. Takpela. Rezeki dah tertulis macam tu kan. 

So, cari cari kerja. Lisa dapatlah kerja kat satu tempat ni. Bhgn admin. Tapi environment keje tu. Tak ramai graduate macam dia. Kebanyakannya hanya lepas spm. Minded pun ada yang masih kata di bawah tempurung (bukan semua macam tu ye). 

Waktu mula mula dia masuk kerja tu, ada la ramai pekerja laki kat situ nak try masuk line. Semua Lisa layan tak layan. Dia tak berapa pandai bab sosial2 ni. Dan Lisa memang tak pernah langsung ada experience ada boyfriend. 

Aku nak bercerita ni, bukan aku bermaksud nak menghina golongan yang tidak berpelajaran tinggi tau. Tapi ada jugak kisah lain. Yang duk mengorat dia ni, semua level2 spm tak habis pun ada. Background status lagilah hancus. 

Ditakdirkan ada sorang laki ni try. Untung sabut timbul. Si Lisa terdetik nak melayan. Bermula dari msg2. Calling2. Dia orang mesra. Tapi kat opis buat2 tak kenal. 

Si Lisa ni kan aku kata tadi. Position dia bhgn admin, si laki ni dept lain level bawah2 sikit sebab ada spm je. Tapi gaji dia orang ni tak beza banyak la. Cuma nak bagitahu. Kat company tu, gaji paling banyak pun ko boleh dapat dalam rm2. 3k saja. Gaji budak laki tu bawah rm2k. 

Lama2 Lisa ni macam dah suka kat laki ni. Sebab banyak opismet duk puji kata laki tu senang nak minta tolong. Senang cakap Lisa berkenan kat laki yang namanya don tu atas kononnya sebab “Baik”. 

Lisa ni naif orangnya. Aku ulang naif ye. Lurus je. 

Lepas dah kenal2, Lisa dapat tau si laki ni duda anak satu. Laki ni sebaya dengan Lisa, tapi dah ada anak 1 yang berusia 7 tahun. Maknanya laki ni kahwin umur 21 tahun. Kira muda la kan.

Alkisahnya si Lisa baru je kenal dengan laki ni, dia dah beria nak bawak jumpa famili. Kenal baru 2 bulan camtu. 

Then famili Lisa ni kata masih awal nak jumpa. Dalam masa yang sama famili Lisa ni menyiasat tentang si don tu.

Pada awalnya mak ayah Lisa ni macam ok tak ok je la. Dah pilihan anak walaupun calon tu bukan belajar tinggi, duda, gaji kecik. Nak ikutkan memang tak sepadan lah kan. Sampai lah satu masa ni. Hmm ni yang aku nak cter . 

Famili Lisa ni ada connection la dengan somebody. So agak mudah la nak dapat info2 ni. Lepas disiasat, rupanya si don ni anak terbuang. Anak yang tidak diketahui susur galur keluarga. Don tinggal dengan emak angkatnya saja. Don sendiri tak kenal siapa mak ayah dia. Ok tu problem 1. 

Siasat lagi. Ni problem ke 2. Don kawen di usia 21 tahun kan tadi aku cakap, bekas isteri dia masa tu umur 17 tahun. Ko rasa??

Lepas siasat2 lagi, anak yang don jaga tu, anak don dengan ex wife dia tapi anak yang tidak sah taraf. Bersalin sebelum mereka bernikah. Punca perceraian sebab si isteri ada lelaki lain.

Bagi aku. Dari mula perkahwinan pun laki bini ni memang ada prob. Terutama dari segi tgjawab dan kewangan. Zahir tak cukup. Korang boleh bayangkan tak si don ni lelaki yang macam mana. Dia orang bercerai selepas 2 tahun bernikah.

Aku takde nak cakap apa2 pasal si anak tu. Budak tu tak berdosa.

Cumanya kalo Lisa bakal berkahwin dengan si don ni, si anak tu takkan menjadi muhrim pun dengan Lisa dan bakal anak2 Lisa. Memang kena bertudung litup sentiasa dalam rumah kalau budak tu dah akil baligh. Batal air sembahyang semua. 

Ke-3-don pernah pinjam duit dari Lisa. Kalo kita kira duit gaji don untuk bayar sewa umah dia sekarang, jaga mak & anak dia tu, korang rasa cukup tak untuk bela bakal isteri dan bakal anak2 baru? Kira don ni memang level takde apa2. Takde harta dan kewangan memang teruk la. 

Lepas tu masa bulan posa aritu. Ada orang bagitahu si don ni kejap puasa, kejap tak. Haih. Aku yang tgh tulis ni pun menyirap je rasa. Solat pun ikut dan dia la. Ni prob ke4. 

Lepas dah ada semua maklumat tu. Famili Lisa ni bagitahu kat Lisa. If Lisa tak percaya. Lisa pergilah siasat sendiri. Dan semuanya memang betul. Lisa tengok surat nikah si don tu. Dengan harapan lepas Lisa dah tau semua ni, mereka akan putus. Rupanya tidak. Malah semakin cinta.

Depan famili dia mengaku dah tak berhubung rapat. Belakang famili, kuar dating. Siap berkenalan dengan si bakal anak tiri. 

So korang sebagai kawan / famili, korang rasa betul ke pilihan si Lisa ni. Betul ke sekufu dalam pelbagai aspek itu penting dalam memilih calon dan membina rumah tangga?

Kalo dilarang2 sangat, takut jadi macam yang anak artis tu kawin lari ikut hati. Takut jugak terlajak. Sebab laki tu dah ada pengalaman nikah free. 

Sebagai seorang yang belajar agama, Lisa sepatutnya dah tau ciri2 lelaki yang terbaik untuk dijadikan calon suami. Tak perlu jadi terlalu gopoh. Ni bukan main pondok2. Ni nak cari calon suami. 

– Chenta Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *