Niqab terbang?
Aku cuma nak confess sikit je.
Bukan confess pun sebenarnya.
Aku sebenarnya tak paham kenapa niqab sekarang dorang suka buat yang labuh mengurai kat belakang tu? Macam kain terbang superman tu dah aku tengok. Macam rambut pun boleh jugak.
Dulu susah nak tengok orang pakai purdah. Kalau jumpa, mesti yang, "MasyaAllah. Mulia akhlak luar dan dalam". Tapi sekarang, memana pergi pun boleh jumpa yang berpurdah. Patutnya akan rasa macam "wah. Bagusnya. Ramai dah berpurdah". Tapi, tidak. Sebab kuantiti nya lebih banyak berbanding kualitinya.
Makanya kat sini, yang menggunakan secebis kain atau sebidang (k ini perli ye) pada muka tu, sila dan mohon tajdid balik niat. Cari bilik sebab dan musababnya anda anda menggunakan secebis kain itu. Adakah kerana untuk mencari redha Pencipta atau kerana manusia semata, atau mungkin femes yang takkan kemana. Haa, so? Mohh lah muhasabah ye.
– Aku