Niqabis lagi

Assalamualaikum. Saya pelajar uia dan disini nak luah sikit pasal niqab yg kecoh2. Sebenarnya, saya sendiri tidak pakai niqab. Malahan tudung pon x pakai. Tapi adelah just tutup2 rambut gitu. Sila…

Ok. Baca ni. Orang islam akan marah apabila berita selalu mengunakan perkataan islam pada benda2 yg x baik. Asal terrorist mesti guna islam… mesti word islam yg dihiglighkn. Perogol islam, pencuri islam, pengebom islam. Itulah ciri atau sifat yang ditonjolkn. Padahal kita tahu itu bukanlah ajaran islam. Dan bias apabila orang agama lain buat tapi agama mereka tak dihighlighkn tapi perkara lain.

Begitulah juga penulisan kawan2 kita disini. Berhati2 lah menulis. Pasal niqab… niqab itu x salah satu sen pon. Yg salah tuan badan. Tapi apabila kita biasa highlighkn perkataan niqabis itu sendiri, maka seolah2 niqab itu yg membuat dia rosak. Padahal niqab adalah perkara yg sgt mulia dan kemungkinan kerana dia memakai niqab itulah telah banyak menyelamatkan dia dari perkara yg lebih buruk.

Dan apabila ciri2 atau sesuatu itu yg paling menonjol dlm diri kita, maka perkara itulah yg orang nampak. Jadi apabila dia pakai niqab, dan bila buat salah, sebab niqab. Dia pakai serban, dan bila buat salah, sebab serban. Dia islam dan bila buat salah, islam yg ajar. Adakah!?

Ok contoh saya buat confession mengunakan tajuk "tunangku orang kelantan". Pastu cakap keburukan dia pok pek pok pek sambil mengulang word tunang kelantanku pada setiap habis ayat atau perenggan… x tersentap ore kelate. Seolah2 org kelantan ni semuanya teruk.( Demo kasi contoh deh. Jange maroh boh. Okay serious saya xtahu betul x sbb saya bukan ore sana). Senyum sikit. Nasi dagang sedap. Umpan balik.

So begitulah apabila menulis. Jgn kaitkan perkara yg xde kena mengena. Ia membuatkan orang salah anggap. Contoh mudah: dia x solat sebab pakai baju oren. "Ikan… Xde kena mengenakan".

Tujuan dari confession dan sedikit point adalah…
1. Release tension exam sambil testing karangan x berformat.
2. Jgn kaitkan dan salahkan benda yg xde kena mengena.
3. Jaga penulisan… saya tulis mcm ni pon sbb dok mahu serious. Senyum lagi.
4. Bersangka baik (Jgn jadi mcm saya yg telah berburuk sangka kepada pagar selama lebih 10tahun.Dapat tahu pegar yg buat hal)
5. Niqab amalan mulia
6. ….

"JADILAH SESEORANG YG MEMAHAMI,
SEBELUM MENJADI SEORANG PENGHUKUM"

-jejaka anak emak

– Anak Emak

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *