Niqob? – 8:25 AM

Niqob?

Hai. Aku selalu baca hujah orang pakai niqob nak rasa terlindung, rasa selamat. Biasanya sekali dengan testimoni kata lepas-pakai-tak-ada-lelaki-kacau2-dah-macam-dulu.

Tapi kan, hujah macam ni seems only applicable untuk orang2 yang muka cantik/attractive je. i'm referring to physical beauty ok. Dah tak payah nak argue cantik-dalaman-cantik-luaran apa bagai. Manusia memang naturally superficial. Cuma didikan je yang boleh tone down that perception (and society is in dire need of that didikan hmph).

Meh la sini aku cerita sikit pasal aku. Aku ni biasa2 je. Tudung labuh bidang 60 la jugak sebab penah masuk asrama sekolah agama dulu (saja bagitau since orang selalu ukur kebaikan guna labuh tudung kan). Muka pun biasa-biasa. Tak lawa by modern day definition of beauty tapi takdelah cacat apa-apa. I'm grateful tho. Personality pun aint that flattering. Sepatah orang tanya sepatah la aku jawab. Cumanya aku jenis suka buat semua benda sorang. Pegi jalan2 beli barang ke…jalan2 KL sesaje ke memang selalu sorang2. Dan selama karier aku meligat ke sana ke sini sorang2 tu memang JARANG SANGAT ada lelaki tegur kacau apatah lagi nak mengorat. Okey, to be fair, ada je la lelaki yang naturally smooth talker la agaknya kot, muka aku macam pendatang asing tanpa izin pun dorang boleh lagi 'hai cik adik nak gi mana' dengan aku. Bila jadi macam ni, aku buat je straight face, tak pun kasi jeling satu kali sambil jalan laju-laju menjauhi mamat tersebut. Lepastu dah la. Tu je la yang biasa jadi.

Dengan budak lelaki pun aku jarang bercakap, sebab aku memang tak berapa friendly sangat. Dorang pun tak tegur aku sebab dah muka macam serigala siapa berani tegur kan hehe. Kawan perempuan pun boleh bilang dengan jari lulz. Kiranya aku bersyukur la sebab ujian ikhtilat/lelaki ni memang tak pernah la jadi kat aku. So bila aku baca niqobis punya hujah yang macam dekat atas tu, aku jadi macam 'hek eleh kau tu muka lawa takpun friendly sebab tu la ramai orang sangkut maka sebab itu boleh la kau keluar hujah pakai niqob untuk jaga diri. Aku takyah pakai pun dah memang takde siapa sudi mendekat huhu'.

Lagi satu aku tak berapa suka, kalau letak je niqob kat muka, masyarakat be like 'masyallah subhanallah perempuan terbaik ni muka cantik ni stok2 ayat ayat cinta ni'. Expectation akan melambung tinggi ke sampai ke syurga firdausi kot. Superficial habeh. Looks is only skin deep la wei tolong la bawak2 kurangkan sikit mentaliti macam tu. Eh tetiba emo.

Jadi, kakak-kakak dan adik-adik niqobis sekalian, nak mintakla pandangan kalian. Aku yakin niqobis yang ada kat sini orang hebat2 yang pakai niqob bukan sebab yang main-main. Apa sebenarnya kebaikan pakai niqob? Ni soalan betul-betul ni bukan perli tau. Kalau setakat nak jaga diri dari lelaki-lelaki, I am doing well without niqob.

p/s: taktau la kot2 ada yang nak bash aku sebab guna bahasa rojak. Saja nak bagitau, rojak yang sedap itu akan kekal sedap. Hanya sebab kau tak makan tauge dalam rojak tu, jangan la marah tuan kedai cakap rojak dia tak sedap. Hehe. Tapi kalau rojak dia pun memang tak sedap baru kau bash k. Eh korang paham tak analogi rojak aku ni.

– Bukan Anti Niqobis

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *