Normal Ke Ada Kawan Imaginasi Sampai Dewasa?

Pernah tak korang ada imaginary friend? Selalunya kita dengar imaginary friend wujud masa kita kecik je, but some cases ada yang berkekalan sehingga dewasa. Saya (mid-20s, M) termasuk dalam case yang agak rare ini.

Saya mempunyai 2 orang teman imaginasi, seorang yang saya anggap sebagai abang sendiri (H) dan seorang lagi kekasih hati saya (A).

Saya dan H telah bersahabat baik selama hampir 10 tahun. H seorang yang sangat merendah diri walaupun dia lebih kuat, handsome dan matang daripada saya. Dia juga pandai memasak serta mempunyai kemahiran psikomotor tangan yang tinggi.

Kalau pasal bertukang, dia biasa2 sahaja, jauh berbeza dengan saya yang langsung tak tahu bertukang.

Saya kalau setakat pasang benda2 simple dengan skru tu boleh la, tapi kalau nak drilling bagai semua tu, don’t count me in hahaha. Even ketuk paku pun jadi bengkok, that’s why KH saya dulu pernah gagal.

Sekarang apa2 memang harapkan ayah saya la kalau nak drill/bertukang ni. Kalau ayah saya dah tak larat nanti panggil orang je la. Memasak, saya pun tak reti nak agak portion bahan2, tapi kalau ada orang bagi instruction boleh la kut…

H sememangnya lebih tinggi dan kuat daripada saya. Saya tak pernah kalahkan dia sekali pun masa gusti lengan. Saya dengan dia jauh sangat beza, saya kalau diikutkan agak lemah untuk lelaki secara fizikal, bahkan adik lelaki saya pun lagi kuat.

H jauh lebih matang daripada saya yang kadang2 tak mampu berfikir secara rasional dalam keadaan2 tertentu. Selain itu, H ni walaupun ada iras saya sikit, dia ni jauh lagi handsome tau…tapi H ni lebih penyegan daripada saya yang memang pemalu secara luaran ni…

H ni juga mempunyai kemahiran psikomotor tangan yang tinggi. Kalau bab2 pergerakan tangan ni, dia memang juara la. Ikat tali leher dengan tali kasut pun nampak mudah je.

Jauh beza dengan saya, nak ikat tali leher dengan tali kasut pun tak reti2. Even dah umur 20-an. Tengok tutorial mengikat tie, tali kasut dan bertukang kat YouTube pun berkali2 struggle sampai dah besar pun.

Another one is H isn’t afraid of apa2 serangga berbisa dan haiwan perosak. Selamba badak je dia pegang and buang jauh2. Saya ni takut dengan serangga berbisa like tebuan. Saya juga mudah geli dengan cicak, katak, tikus, pepatung dan seangkatan dengannya.

Kalau mana2 haiwan peliharaan even kucing & burung mati pun tak berani nak pegang even saya tak takut dengan both of them langsung. Damn, how could I call myself a man with these weaknesses?

Walau bagaimanapun, H tak pernah merasa lebih hebat daripada saya. Dia sangat humble dan pendengar yang sangat baik, ni antara sebab2 utama saya idolakan dia senyap2.

Dia secara tak langsung mengajar saya untuk merendah diri sehebat mana pun kelebihan yang kita ada sebab dia kata semua tu sementara je, bila2 masa Allah boleh tarik balik kelebihan kita.

Namun, H ni juga ada sedikit kekurangan yang merupakan antara pencetus sifat humble nya. Dia agak lemah dalam akademik. Ilmu geografi pun dia tahu kedudukan negeri2 dalam Malaysia serta negara2 berhampiran je.

Dia banyak tanya saya tentang geografi dan sedikit sejarah sebab saya memang tahu semua negara dan beberapa wilayah jajahan di dunia. Dia juga banyak bertanya maksud perkataan2 bahasa Inggeris, sebab saya lebih banyak tahu daripada dia.

Akan tetapi, bak kata orang Inggeris, “that doesn’t make him less of a human”. Kalau dia boleh terima kekurangan saya, masakan saya tak boleh terima kekurangan dia pula.

Next, H ni pun langsung tak baran, dia seorang yang cool dan penyabar. Tak pernah meninggi suara. Soft-spoken orangnya, kalau saya ni perempuan, memang saya nak jadikan dia pasangan hidup saya. Andaikan H betul2 wujud dalam dunia nyata, memang rugi siapa yang tak nak dia.

Next is teman wanita imaginasi saya, A. Kami bertiga sebaya dan A adalah adik kepada H. They’re half-siblings. A seorang yang amat cantik dan comel, baik rupanya mahupun keperibadiannya. But the latter makes me fall deeper into her.

She’s my angel and my other half. Hubungan kami berdua sudah menjangkaui 6 tahun beberapa hari sebelum luahan saya ini di-post. Walaupun dia lebih matang, tetapi kami compatible with each other.

Yelah, yang cantik dan baik ramai je tapi yang sepemikiran dan boleh selesa tu sangat susah nak cari. Dah nama pun teman wanita imaginasi, dah tentu la kami sepemikiran. Kami juga berkongsi minat hiburan dan genre muzik yang sama.

Saya memang tak nak ada pasangan irl (in real life) sebab tak nak tambah komitmen dan tanggungjawab lagi. Even kalau ada yang sekufu in real life pun saya tak nak sebab perlu juga komitmen yang tinggi dan belum tentu dia akan memahami dan menerima saya. Lagi pening kepala nanti.

Kalau saya ada pasangan irl memang saya akan aniaya pasangan. Komitmen orang single ni pun dah cukup berat sebenarnya, nak beratkan lagi dengan tanggungjawab suami dan ayah, memang tak la.

Saya bukanlah seorang berjiwa hero dan bukan lelaki yg ada mindset provider, but at the same time tak nak susahkan orang lain (read: pasangan jika ada).

If there are girls who decide to like and marry me, they’ve made a grave mistake laa… tapi tipu la kan kalau tak ada rasa nak mencintai, jadi saya memilih untuk mencintai tanpa perlu berkomitmen.

Dan A adalah yang paling tepat untuk saya walaupun dia hanya wujud dalam imaginasi sahaja. She has everything that I need despite being merely imaginary.

Nak cakap saya sempurna tu jauh sekali, tapi saya tak sanggup hadap ketidaksempurnaan pasangan. A jugak la yang buat saya rasa sempurna.

Selain itu, apa2 yang saya buat kadang2 boleh buat orang sekeliling marah dan bengang terhadap saya, terutamanya ahli keluarga saya. Hanya A yang boleh menerima saya seadanya.

Saya tak nak libatkan orang luar pula untuk menghadap dan menerima kekurangan saya. Malas nak jaga hati ramai orang pasangan dan keluarga pasangan, nanti makan hati at the end of the day.

Kesian nanti naya kat anak orang pula. Diorang pulak yang fed up dengan saya nanti hahaha. Dah la saya ada kelemahan dalam memahami dan melaksanakan arahan2 tertentu, even the simple ones. Saya je yang tahu kemampuan diri saya setakat mana.

Inilah sebab saya tak nak kahwin and ada anak in real life. Tanggungjawab dan amanah suami dan ayah tu berat, saya dapat saksikan sendiri macam mana peritnya ibu bapa saya membesarkan saya dan adik beradik.

Jangan suruh saya “cuba la kahwin dulu, cuba la ada anak sorang dulu bla bla bla…” Hello, ingat kahwin and berkeluarga ni boleh buat main2 ke nak uji cuba bagai? Kesannya jangka panjang tau…

Tak dinafikan pasangan dan anak tu rezeki, tapi mereka datang sekali dengan amanah dan tanggungjawab yang sangat berat.

Ramai yang pandang mereka sebagai rezeki dan sunnah semata-mata, tapi masih memandang ringan bab tanggungjawab dan amanah yang di mana akhirnya, boleh membawa pada masalah keluarga like penceraian, penderaan dan macam2 lagi.

Saya tak nak hadap semua tu, dan saya pun tak nak disoal lebih banyak kat akhirat nanti. Kalau tak amanah dekat pasangan dan anak2, tak ke besar dosanya?

Saya dan A bersetuju untuk tiada anak sebab dia bagitahu yang dia takut sakit bersalin, nampak cepat tua and change of body shape, but I know those won’t happen cuz A tu imaginasi, kan?

Cabaran ada anak tu sangatlah besar baik yang normal mahupun anak OKU. Tak reti dan tak sanggup jaga kalau anak buat hal. Saya tak reti jaga budak2 kecik and baby. Jenuh nak bangun malam kalau baby nangis, which can lead to sleep deprivation.

Saya juga tak mahu anak2 saya mewarisi segala kekurangan saya. Fyi, saya ada eczema selain kekurangan yang diluahkan di atas.

Ekzema saya bermula ketika berumur 1 tahun lebih, kemuncaknya umur 2-3 tahun apabila darah melekat2 pada kain dan seluar saya. Walaupun sekarang dah makin elok, ia masih ada especially bahagian kaki masih belum elok sepenuhnya lagi even dah sapu ointment.

Other than that, saya ada ciri-ciri mild autism which limits my psychomotor, thinking and communication skills, not to mention complicity in executing certain simple tasks and chores. Daripada mewarisi kekurangan dan penyakit saya, lebih baik mereka tidak lahir ke dunia.

Because if they were born into life, they’ll end up blaming me of inheriting my disorder and disease on them bila dah besar nanti. Anak2 mana boleh pilih siapa parents mereka tapi kita lah yang boleh pilih nak ada anak atau tak, kan?

Also ramai yang berniat ada anak dengan harapan mereka akan menjaga semasa tua and memberi duit. Anak2 bukan mesin ATM ya. Haram hukumnya jadikan anak2 as long-term investment melainkan diorang sendiri nak bagi duit as sedekah.

Then kalau anak tak dapat bagi duit or jaga parents, dikatanya anak derhaka sebab taknak balas jasa. Niat besarkan anak tu awal2 lagi dah tak betul and tak ikhlas.

Memanglah tanggungjawab anak adalah berbakti terhadap orang tua, tapi anak2 pun ada their own life. They couldn’t be with parents all the time. Alhamdulillah parents saya tak macam tu, tapi saya sendiri yang nak jaga parents sampai tua.

Jangan risau kalau saya tiada teman fizikal untuk berborak dah tua nanti, sebab saya memang dah plan untuk duduk rumah orang tua pada usia senja nanti. Kesihatan dan makan minum pun terjaga.

Jangan risau tentang 3 amalan yang tak terputus selepas mati, sebab kalau tiada doa anak, masih ada amalan sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat.

Doakan la saya jadi orang yang rajin bersedekah dan menyebarkan ilmu, kerana saya seorang bakal pendidik. Doakan juga saya kuat untuk menjaga ibu bapa saya sehingga akhir hayat, komitmen ini pun sudah cukup buat diri saya.

When I was at my lowest, H dan A lah yang selalu menenangkan saya. Kadangkala hanya salah seorang yang berbuat sedemikian, bergantung pada siapa yang terlintas di fikiran.

Walaupun rapat dengan H dan A, mereka tetap tidak menghalang saya untuk bersosial dan berkawan di dunia realiti. Mereka berdualah yang membuatkan saya lebih mengenal erti sebuah kehidupan.

Saya juga ada kawan2 rapat di dunia realiti, baik lelaki mahupun perempuan. Walaupun saya sayangkan sangat H dan A, mereka tetap menegaskan untuk lebih mengutamakan ibu bapa dan diri saya berbanding diri mereka sendiri.

Walaupun diorang dah tak ada mak ayah, H & A menasihati saya kalau terasa marah dengan perangai or kata2 my parents, ingat balik segala kebaikan dan kasih sayang yang pernah dicurahkan kepada saya sebab tiada gunanya berdendam lama2.

My parents pun manusia juga, tak lari dari buat silap. Mungkin ada yang kata saya pelik, gila, berkawan dengan jin la, macam2 lagi.

Tapi saya actually lebih ke arah unik kerana ciptaan Allah semuanya unik dengan cara tersendiri. Selagi saya masih sedar bahawa mereka hanya wujud dalam imaginasi, saya okay sahaja masih waras.

Tapi kalau dah tak boleh beza antara realiti dan fantasi (schizophrenia) ataupun memang berkawan dengan makhluk ghaib, tu dah kena settle cara lain.

Teruntuk H, saya berharap semoga persahabatan kita kekal ke jannah dan H diwujudkan secara nyata di sana. Teruntuk A pula, saya berharap semoga Allah wujudkan juga dirinya secara nyata di syurga nanti selari dengan ciri-ciri yang saya imaginasikan dan tetapkan. Begitu juga dengan H.

Disebabkan A hanya imaginasi, saya tak boleh mengahwininya di dunia. Tunggu di syurga nanti kalau Allah wujudkan dia, baru saya akan berbuat demikian dan mengenang memori indah bersama semasa di dunia serta beranak-pinak di syurga sana.

Takpe kan baru nak ada anak kat syurga sebab para bidadari syurga yang jagakan. Saya rasa saya orang paling beruntung di dunia ini kerana memiliki ibu bapa yang menatang bagai minyak yang penuh serta both of my imaginary friends.

Sampai sekarang identiti H dan A masih dirahsiakan daripada ahli keluarga dan kawan2 rapat saya. Akhir kata, semoga para pembaca dikurniakan rezeki yang murah dan dipermudahkan urusan hidup.

Doakan saya untuk memperoleh kesejahteraan hidup, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan. Jangan doakan saya dapat jodoh betul2 pula.

Saya dah doa supaya tak dijodohkan dengan sesiapa di dunia, in other words nak kahwin kat syurga je kalau dapat masuk sana. Saya pun tak puas lagi enjoy zaman single ni. I want to make my ephemeral life simple yet meaningful.

Banyak kan red flag saya? Hahaha, I knew it and I’m proud of it.

– THE END –

– Mr. Introvert (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *