nota untuk pendosa seperti kita
Kadang-kadang rasa, kenapa aku tak cantik mcm org tu ? kenapa aku tak cantik macam org ni ? insecure sini . insecure sana. bila tgok org cantik sikit, mulalah rasa rendah diri sangat-sangat.
Tapi cuba kau fikir balik, apa kau tak cukup sempurna lagi ke? Allah dah hadiahkan tubuh badan yang sempurna pun, bersyukurlah. Ada org dilahirkan cacat. and kau kena tahu jugak, bukan semua org cantik yang kau tengok tu bahagia. kecantikan semua tu hanyalah sementara. yang Allah nak tengok kat akhirat nnt bukanlah paras rupa kau yang cantik tu, tapi amalan dan taqwa kau kepadaNya. Cantik di dunia tu mungkin bonus untuk kau. Yang penting sekarang kau lagi cantik apabila kau tutup aurat dengan sempurna. ye, aku pun belum sempurna dan tak akan pernah sempurna . Setiap manusia tu ada kelemahan. Tapi why not kita cuba slow-slow ke arah tu. Ke arah mencari keredhaan Allah dengan memakai sempurna. Kadang-kadang ak bersyukur lately ni ak makin berisi sikit sbb apabila kita naik sikit badan, automatik kita akan mula rasa tak selesa nak pakai ketat mahupun sendat. Kadang-kadang aku pelik jugak tu, bukan nak mengutuk mahupun mengata, tapi kadang tu aku pelik tngok org yg bertubuh gempal pakai baju yang betul2 membalut tubuh mereka. kadang-kadang nak tanya, selesakah mereka berpakaian begitu? **sigh
Untuk kaum hawa, tak salah kita cuba slow2 berubah ke arah tersebut. Kerana aku juga pernah jahil. Pernah terlalu mengikut hawa dan nafsu. Jadi, aku nak semua hawa cuba. Bagaimana nak mulakan sekiranya tiada usaha dan mencuba. Cubalah, aku yakin semua pun boleh. Kita semua boleh. and aku yakin, semua hawa akan jadi lebih cantik dan cantik lagi daripada bidadari seandainya mereka menutup aurat dengan sempurna. aku yakin tu. insyaAllah.Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang tuamu yang kena tanggung dosamu wahai kaum Hawa.
Just note to myself too. Salam sayang untuk semua :)
– nia