Obses Dengan Kehidupan Artis

Pertama sekali aku nak buat disclaimer yang aku bukan fanatik kepada mana-mana artis.

Aku sekadar menulis untuk meluah apa yang aku rasa. Aku minta maaf awal-awal kalau ada yang tak berapa setuju dengan apa yang nak aku tulis ini.

Pertama sekali aku minta hormat kehidupan artis. Aku tak tahu lah sejak bila netizen Malaysia boleh jadi wild dan obses terlampau dengan kehidupan luar artis-artis ini.

Ceritanya macamni. Ada dua orang artis ini (lelaki dan perempuan) semenjak drama mereka meletup dan menjadi fenomena, habis semua perkara tentang artis itu peminat selidik nak tahu. Padahal keduanya sejenis secretive jaga privacy dan limit penggunaaan sosial media.

Memandangkan mereka agak menjaga privacy tentang hal-hal peribadi dan kehidupan realiti mereka, peminat-peminat ini telah melakukan pelbagai cara untuk mengorek rahsia peribadi mereka.

Yang terlalu ketara ialah apabila rakan-rakan baik artis-artis ini buat live di sosial media masing-masing. Peminat kedua artis tersebut serbu masuk live dan tanya soalan-soalan yang berbentuk personal life mereka kepada rakan artis tersebut.

Janganlah berkelakuan sebegitu. Hormatilah live tuan rumah. Kesian aku tengok kawan-kawan artis cuba untuk menepis soalan berbentuk peribadi daripada peminat yang taksub dengan artis-artis tersebut.

Nak bertanya soalan, boleh dan dibenarkan, tetapi tengoklah situasi live itu macam mana. Kalau live santai bersama peminat, mungkinlah dibolehkan bertanya. Apa-apa pun hormat rakan artis tersebut.

Kalau dia tak nak jawab soalan mengenai rakannya itu disebabkan kurang selesa, janganlah dipaksa. Janganlah disebabkan peminat yang taksub, mereka ini boleh putus kawan di dunia luar.

Kalau rakan artis tersebut tengah menjual dan promosi barangan, tak payahlah serbu masuk spam soalan-soalan yang tidak berkaitan dengan jualan mereka mahupun peribadi artis yang lain. Fokus kepada jualan dan hal-hal berkaitan tuan rumah yang buat live sahaja.

Kena ingat, mereka buat live hendak mencari rezeki. Janganlah kita sebagai peminat ini menutup rezeki orang pula dengan spam soalan-soalan yang menyebabkan mereka tidak selesa untuk buat live.

Rasanya kalau rakan-rakan artis ini orang dalam industri mungkinlah dia faham dan dapat adapt dengan situasi ini. Tetapi jika mereka orang biasa yang tak pernah hadap dunia glamor ini mungkin agak janggal bagi mereka.

Itu baru sentuh bab live belum lagi komen-komen liar dan tak bertapis daripada peminat yang taksub dengan artis ini kepada ahli keluarga artis-artis tersebut.

Tolonglah hormati keluarga mereka. Bukan semua ahli keluarga mereka sejenis bersikap terbuka dalam sesuatu perkara.

Jangankan ahli keluarga mereka, kita yang sebagai orang biasa ini pun jika ada manusia yang komen pelik-pelik dan mengganggu privacy kita di ruangan sosial media peribadi milik kita pun kita akan marah.

Berjela-jela stories dan status kita upload melepaskan kemarahan apatah lagi mereka sekeluarga.

Aku tak salahkan kedua artis tersebut sebab bersikap secretive dalam hal peribadi mereka.

Mereka nak nampak profesional dengan tidak campur aduk hal peribadi dengan hal kerja. Aku puji bab ini sebab artis ini still ingat privacy family dan bersikap melindungi family.

Baru-baru ini, artis lelaki tersebut telah “reveal” account peribadi miliknya di instagram. Ya Allah Ya Tuhan Ku, peminat yang taksub masing-masing tidak behave ye.

Habis semua gambar dikomen dan dikorek info dan juga gambar-gambar dalam IG tersebut tersebar dan dibuat perbandingan dengan IG artis perempuan lain. Kesudahannya, artis lelaki tersebut meletakkan had limit komen di ruangan tersebut.

Nampak macam isu kecil, tetapi bakal jadi isu besar jika terjadinya fitnah dan cerita yang tidak benar andaikata tidak dibendung awal-awal.

Ya. Saya tahu. Ramai yang nakkan kedua-dua artis tersebut ber”couple” dan mempunyai hubungan yang serius sehingga ke jinjang pelamin di luar drama.

Rasanya kedua mereka tahu apa yang mereka lakukan sekarang ini. Give some space to them dan doakan yang baik-baik sahaja untuk hubungan mereka.

Sebagai peminat, hormatilah privacy mereka dan janganlah terlampau taksub nak “ship” relationship mereka sehinggakan mereka bertindak mengambil keputusan tidak berlakon bersama lagi.

Bukan tidak pernah terjadi sebelum ini. Disebabkan gosip keterlaluan, ada pihak yang menarik diri daripada berlakon bersama demi menjaga maruah dan kepentingan peribadi.

Kepada peminat fanatik artis tersebut di luar sana, belajarlah sesuatu daripada apa yang saya luahkan ini.

Kita yang nak industri hiburan tanah air berkembang maju tetapi kita sendiri sebagai peminat yang bersikap tidak profesional mengcampuradukkan hal kerja dan peribadi artis-artis tersebut sehingga menyebabkan industri hiburan tercampak ke belakang.

– Amy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *