Aku ada opah. Seperti cucu lain aku juga sangat sayang pada opah. Aku membawa opah tinggal bersama denganku untuk beberapa bulan. Aku juga mahu berkhidmat untuk opah sebelum Allah memanggil kami pulang. Hubungan aku dengan opah sangat baik dan tidak ada sebarang masalah. Aku tidak ada masalah untuk menjaga opah kerana faham orang tua sememangnya banyak kerenah.
Namun apa yang sangat mengecewakan aku opah terlalu obses dengan nombor ekor. Setiap minggu pasti opah akan sediakan beberapa jenis nombor ramalan untuk ditikam. Magnum, toto, damacai segala bagai tidak ada yang opah tidak tahu. Aku yang pada mulanya tidak pernah ambil tahu juga secara tak langsung menjadi tahu. Bab nombor opah memang jaguh. Baru beberapa hari datang ke tempatku sudah dapat menghafal beberapa nombor kereta jiran-jiranku. Apalagi nombor kenderaan orang-orang kampung. Tanya saja pada opah semua dihafalnya. Opah juga mempunyai kebolehan mentafsir mimpi menjadi nombor ramalan.
Aku kecewa aku sedih. Sudah berkali-kali aku menegur. Sudah berapa kali aku menerangkan betapa haramnya bermain nombor ekor. Pernah satu ketika aku telah memarahi opah. Berkali-kali aku bertanya apa kurangnya hidup kita sehingga sanggup bermain nombor ekor. Tidak cukupkah rezeki yang Allah bagi pada kita. Apa yang mahu dicapai dengan perkara haram tersebut. Tidak mungkin menjadi kaya. Malah aku juga ada menjadikan beberapa orang kampung yang turut ketagih dengan kegiatan ini yang mana jika berhasil nikmatnya hanya sekejap tapi murka Allah selamanya andai tidak bertaubat. Berkali-kali aku menegur namun sedikitpun opah tidak berubah. Doaku tidak putus memohon kepada Allah. Terkadang aku terfikir kenapa perkara ini terjadi sedangkan opah tidak pernah tinggal solat. Apa yang lebih mengecewakan aku bila pak uda aku turut membantu opah untuk membeli nombor ekor. Disebabkan rumah aku dan rumah pak uda sangat berjauhan, opah menggunakan aku sebagai medium untuk menghantar nombor ramalan yang opah nak beli kepada pak uda.
Pernah juga aku menegur pak uda tapi katanya kerana sayang dia turutkan.
Aku sudah tidak sanggup untuk biarkan hal ini berlarutan. Sudah beberapa kali opah pernah bermasam muka kerana aku marahkannya disebabkan nombor ekor. Orang tua hatinya perlu dijaga. Andai terguris kesannya sangat lama. Sedaya upaya aku cuba untuk tidak melukakan hati opah.
Aku buntu. Tidak tahu perlu lakukan apa lagi. Harap ada sahabat-sahabat yang boleh berikan tips terbaik untuk aku tegur opah supaya berhenti daripada perkara sia-sia itu. Aku sayangkan opah. Sayang sangat. Aku mahu masuk syurga bersama opah. Aku buntu hatiku sakit. Malah aku takut untuk berikan opah duit kerana takut opah menyalahgunakan duit tersebut. Tolong aku..
– aku cucu dilema
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Banyak kan bercerita tentang kehidupan selepas kematian. Azab kubur dan neraka.
________________________
Selamat datang semua. Mempunyai cerita nak di kongsi pada zaman bujang korang? kongsi pengalaman? Tidak kira apa sahaja masalah, nasihat, resepi bujang, pendapat, pertanyaan atau apa sekali yang berkaitan. Inbox kami dan kami post di page kami. Kami akan tapis sebelum ianya dipost. Mesti la di tulis dengan jelas, jaga ejaan dan tidak berkait hal sensitiviti agama serta perkauman. Terima kasih.
1. Setiap hari beri nasihat pada opah.
2. Setiap kali jumpa pakcik, beri nasihat juga.
3. Setiap kali ingin beri duit, berilah nasihat.
Konsisten.
rare btl opah u.. semoga opah berubah nnt ye.. aminn..
“Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk”(2:45)
Untunglah opah awak ade cucu yg concern mcm awak. Awak pula teruskanlah berdoa utk opah awak tu. Janganlah berhenti berdoa dan berharap pd Allah walaupun opah awak tu mcm xde perubahan sikit pon selepas beribu doa awak tu. Sebab kite x tahu doa kite yg keberapa yg Allah akan makbulkan.
Dan sentiasalah ingatkan pd opah awak tu tentang betapa Maha Pengampun nya Allah SWT. Allah SWT bukan setakat boleh mengampunkan, tp amat suka utk mengampunkan hambanya.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.”Dan turutlah – Al-Quran – sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.
(Az-Zumar 39:53-55)
Sis… dgn org tua mmng kna bnyk beralah. Apa kta sis print kertas seakan2 no ekor … pkt dgn pak uda tu… pastu duit tu simpn n bg sadaqah pd org lain. Niatkn untuk opah…. kdg kena berseni …. mrh pun x guna dgn org tua…