Officemate – 9:38 AM

Officemate

Salam,

Terima kasih sis/bro admin kalau tlg post cerita aku nih.

Begini, nk luah ah sikit perasaan nih.. hm. Opismet aku dpt tahu dia pregnant, baru lagi. tapi dia kerap sgt cuti skang. Yela aku faham lah kalau alahan teruk sgt ke apa ke tak tahu lah kan, tapi too much lah plak aku rasa. Dalam sebulan tuh bole kira bape hari dia dtg kerja, pastu sesuka hati plak masuk lambat, nk dekat lunch bru masuk, bkn sekali dua lambat its like everyday is Sunday.! watdehel. Aduii. Stress lah aku. Bila yg lain tanya mana dia, aku sampai tak tahu nk ckp apa dh, manjang nk cover susah gak lah kan? Bkn aku tak fhm org pregnant nih masalahnya apa tapi berpada2 lah kan? Pernah dia kantoi cuti, tapi "cuti2 sakit" dia tuh, dia pergi jln2, shopping. Mcm mana aku tahu, sbb dia post dkt media sosial dia pastu dia adacerita dkt aku. Korang rasa? Management pun aku tak tahu ah mcm mana, entah. Selagi takde apa2 tindakan dari management selagi tuh lah dia bermaharajalela kot.

Tak adil lah kan mcmtu, aku nk tegur pon berat sikit sbb yela kan opismet tanak lah masam muka, dh hari2 kita tgk muka yg sama je kan. So nk tanak aku kena pasrah dgn perangai dia yg semasa mengandung dan selepas bersalin nanti, Eh. hahah. Aku kdg positif gak, mungkin nih hari dia sakit cmtu (sakit ke? hehe) next time mana tahu aku plak ke, dia backup aku plak ke kan?

K, tuh je nk luah, terima kasih bagi kongsi perasaan.
Terima kasih.

– Sis Pasrah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *