TV tayang cerita Oggy and the Cockroaches tapi fikiran dan hati merewang ke tempat lain.
Aku budak politeknik, baru semalam dapat result. Alhamdulillah, final sem masih lagi berjaya dapat Anugerah Ketua Jabatan. Aku terus bagitau ibu dan ayah….dorang bangga sangat..
Dan dalam kebahagiaan terselit duka, selang berapa minit lepas aku dapat result…
Soalan penceraian dicetus kan kepada aku.
Sungguh lidah aku terkelu, air mata nak mengalir tapi aku tahan. Otak aku hanya mampu memikirkan adik aku. Tak pernah aku sangka, keluarga aku bakal jadi salah satu keluarga yang bercerai.
Bohong lah kalau aku tak nampak tanda2 keretakkan institusi ni.
Hari-hari tidur malam aku tak lena, aku takut untuk kemunculan hari esok. Jam 5 pagi, mata aku masih tak boleh lelap dah seminggu aku jadi macam ni. Kesihatan aku dah merundum, makan minum aku pun main ikut dan je.
Aku cuba gelak, cuba buat semua ni biasa tapi aku tak boleh pura2.
Orang kata muka mungkin senyum tapi mata akan tunjuk perasaan kita yang sebenar.
Tak tertanggung rasa sakit, rasa macam hati ni bila-bila masa boleh hancur.
Aku cuba…cuba terus teguh bertahan. Mengharapkan Allah pulihkan keluarga aku.
Aku cuba nak selamatkan keluarga aku…aku buntu….aku tak tau nak buat ape.
Tolong aku…tolonglah doakan keluarga aku.
Ya Allah, Jangan pisahkan kami ya Allah. Satukan kami dan rahmatilah keluarga kami. Kembalikan sinar kebahagiaan dalam keluarga kami.
– The promise
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Tahniah utk result cemerlang.
Semoga family baik2 sahaja
Sedih. Aku ada kenal satu family ni. Aku rapat dgn smua dlm tu. Bila aku bertandang rumah dia, aku mmg tumpang bahagia. Diorg sgt happy drpd pandangan aku ni. Aku selalu lepak dgn aunty tu, mengopi sembang psl business dia. Sampai satu hari tu, aku dpt call drpd dia. Dia mintak aku dtg jumpa dia. Rushing. Aku pun pergi la. Xd org dkt rumah. Dia tgh masak. Then dia start tanya psl aku smua. Aku pun jwb biasa je. Then dia ckp dia nak cerai. Terus gelas aku pegang terjatuh berkecai. Hbestu selama ni yg aku perati ni smua bohong la? Aku geram. Aku halang dia. Aku mintak dia cite dr awal hingga akhir. Ggwp man. Kemain uncle tu layan aku baik. Sampai hati. Then uncle tu sampai rumah, aku sembang biasa mcm aku xthu apa yg berlaku . Mereka masih meneruskan lakonan mereka tabik la. Aku sedih. Sbb anak dia xthu. Aku diminta utk rapatkan diri serapatnya dgn anak2 dia. Sbb aku pun syg diorg. Aku anggap diorg smua mcm adik aku sndiri dia mintak smuanya berjalan lancar. Bagi aku, kebahagiaan bukanlah hidup dalam lakonan. That is why she want a divorce. Nasib baik dia dpt anak yg function jugak. Anak first dia je yg tahu kesah dia. Sampai tolong bawak keluar script whatsapp ayah dia hebat mana anak dia. Aku syg sgt dgn family dia. Aku pun happy dgn family tu. Tapi aku lebih happy tgk aunty tu happy dgn cara dia. So let her.
And now shes happy more than i thought she cud be :) fikirkan tntg perasaan mak ayah awk jugak ‘the promise’. They know what they did . ❤
Tapi penceraian tuh dah berlaku ke belum ? Dan siapa yang bercerai ni ?
Kau takboleh satukan ke..saat orang lain mengaku kalah dengan keadaan..kau teguhkan langkah berdiri. Kau kena kuat.