Salam semua. Nama aku Nur, sudah berkahwin selama 5 tahun memiliki 2 orang cahaya mata.
Aku seorang suri rumah dan suamiku bekerja sebagai seorang jurutera. Dulu aku juga jurutera tapi setelah memiliki anak, aku decide untuk berhenti kerja.
Suamiku seorang yang sangat bertanggungjawab dalam segala hal. Selalu bantu buat kerja rumah, uruskan anak, layan aku dengan baik sekali. Kami bahagia sangat.
Cuma banyak kali aku terasa dan makan hati dengan keluarga mertuaku.
Aku berkahwin dengan suami yang berasal dari Kelantan. Aku pula berasal dari Perak.
Di awal percintaan ibuku banyak kali pesan supaya aku fikir elok2 untuk berkahwin dengan orang dari negeri Kelantan.
Kata ibu, banyak kali dia dengar orang kata budaya dan cara hidup mereka lain dan pegangan hidup juga lain iaitu mereka akan sentiasa “pegang” anak lelaki mereka walaupun setelah berkahwin.
Tapi aku percaya dengan suamiku sebab suami memang tak suka dengan cara dan perangai orang negerinya sendiri. Suamiku seorang yang sangat open minded.
Masa awal perkahwinan, memang agak terkejut dengan cara hidup keluarga in laws. Rumah bersepah macam tongkang pecah, sampah merata dalam rumah.
Aku perhati yang tua (ibu mertuaku) sendiri yang jenis buka apa2 makanan atau barang, plastiknya dibuang begitu je di atas lantai rumah.
Adik beradik suamiku juga begitu sikapnya. Yang perempuan melangut tengok tv dan main fon, yang lelaki jenis tak tidur dia keluar melepak.
Tapi satu je aku puji mereka sebab pegangan agama mereka kuat, solat tak tinggal.
Setiap kali suami ajak balik ke kampungnya memang berat sangat rasa nak balik. Bukan sebab apa, nanti balik mesti aku akan jadi macam orang gaji mereka.
Aku la tukang basuh pinggan yang mereka tahu lambak je dalam sinki, aku la yang sapu sampah, aku la yang masukkan sampah ke dalam tong sampah dan plastik sampah. Penat sangat.
Bila siap kerja, tengok mereka yang lain tengah sedap layan cerita tamil dan main fon memang terasa hati sangat2.
Suamiku banyak kali melarang aku buat kerja2 dirumah ibunya tapi aku sakit hati tengok keadaan rumah yang macam tu sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang pembersih dan kemas.
Kadang2 suami juga membantu aku kemas2 di dapur sambil membebel dengan sikap keluarganya kepada aku.
Setiap kali balik ke sana juga, ada la permintaan ibu mertuaku kepada anaknya (suamiku). Ajak bawa mereka bercuti la, teringin makan makanan mahal la, ajak pergi kedai.
Memang suamiku seorang jurutera yang orang dengar jawatannya besar tapi pendapatan itu cuma cukup untuk komitmen serta simpanan untuk kecemasan.
Setiap kali keluar dengan mereka, suami akan keluar duit untuk sewa homestay makan minum dan barang2 yang mereka beli di kedai.
Seorang pun takde nak bermanis mulut untuk hulurkan duit supaya tak membebankan suamiku. Bab ni memang tambah lagi terasa hati aku pada keluarga mertuaku.
Bab duit bulanan juga buat aku terasa hati lagi. Setiap bulan, suami memang akan masukkan wang bulanan yang agak banyak kepada ibunya. Nafkah untuk aku juga suami tak pernah lupa.
Tapi untuk ibu mertuaku tak pernah cukup. Kejap2 minta lagi. Suruh topupkan la, suruh bayar bil yang tertunggak la.
Aku kesian sangat dengan suamiku penat2 kerja balik lewat kena ot paksa lagi.
Bukan cuma ada suamiku sahaja dalam keluarga mereka, kak longnya tinggal bersama ibunya sepatutnya kak long juga kena tanggung perbelanjaan isi harian rumah tu,
Kak ngah pula masukkan duit bulanan untuk ibu mertuaku lebih banyak jumlahnya dari yang suami aku beri setiap bulan.
Adik2 yang lain seorang je masih bersekolah, dua lagi dah habis sekolah tapi tidak bekerja. Apa yang tak cukup lagi pun aku tak faham.
Nak tengok keadaan rumah yang semakin elok, tak juga masih macam tongkang pecah juga. Entah laa aku pening menghadap mereka.
Yang aku pelik, tepat 1hb setiap bulan ibu mertuaku akan WhatsApp suamiku suruh masukkan duit untuknya.
Dia juga akan minta lagi duit belanja setiap 24hb sebab time tu suami akan masuk lagi gaji untuk allowance outstationnya.
Pandainya ibu mertuaku. Sedangkan aku yang isteri ni pun tak pernah meminta untuk suami segera masukkan duit nafkah dalam akaun aku.
Sedangkan suami selalu ajak aku dan anak2 pergi makan angin dan makan sedap2 sikit di luar aku selalu tolak sebab tak nak bazir duit, lebih baik menyimpan untuk apa2 kecemasan.
Tapi ibu mertuaku senang2 je meminta minta. Ya memang itu anaknya. Tapi cuba bertimbang rasa sikit sebelum meminta.
Bila aku cuba utarakan pendapat dan nasihat aku tentang sikap dan perangai ibu mertuaku dan keluarganya pada suami, suamiku hanya akan jawab “biarlah, dalam rezeki kita ni mesti ada untuk orang lain”.
Suamiku terlampau positive dan pemurah tentang hal berkaitan duit ni dengan keluarganya. Jadi aku diam je tak nak jadi punca bertengkar.
Cuma dalam hati ni bengkak, terasa hati, makan hati dengan sikap ibu mertuaku sendiri.
Hanya meluahkan isi hati;
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit