Oh Adikku

Assalamu'alaikum. Sorry, cerita ni agak panjang.
Dulu aku biasa² je, tudung singkat, seluar jeans, baju T-shirt agak ikut bentuk badan walaupun lengan panjang. Tapi sejak masuk uia, alhamdulillah aku berubah sikit². Sampai sekarang aku dah pakai baju labuh, tudung tutup dada. Ikut usrah kat uia and start bagi nasihat sikit² kat org lain pasal agama. Tegur apa yg perlu. Tapi aku rasa aku ni seorang anak and kakak yg gagal untuk family aku. Aku tak dapat nak ubah adik lelaki aku sampailah sekarang ni. Adik-beradik aku 4 org, aku anak ke-2. Adik yg aku nak cerita ni bawah aku. Bukan nak bukak aib family tapi aku geram dengan adik aku tu. And sometime aku salahkan mak ayah aku yg sebabkan dia jadi mcm tu. Dia tak solat, puasa pun kadang². Family aku bukanlah dari keluarga yg alim tapi sejak kecik alhamdulillah, ktorang dah diterapkan dengan agama. Aku tak tahu mana silapnya sampai adik aku jadi mcm tu. Dari kecik mak ayah aku selalu manjakan dia, maybe sebab dia selalu sakit masa kecik dulu. Semua permintaan dia semua mak ayah penuhi. Dia nangis sikit, mak ayah dah panas punggung nak cari benda yg dia nak. Sampailah dia naik lemak, bila besar start tengking² bila mak tegur. Memang panas baran. Kalau dia tak puasa mak ayah just tegur kejap then terus biarkan dia. Sakit hati, sakit jiwa aku tengok scene tu. Kalau aku bagi nasihat lagilah dia mengamuk. Aku tak berhak nak nasihat dia katanya, dosa dia yg tanggung. Tau tak perasaan aku time tu mcm mana. Mcm nak cekik² je adik aku tu. Sampai satu tahap aku terfikir 'kecik² tak nak mampos, bila besar nyusahkan org.' And aku tak anggap dia adik sbb dia sorang je yg ketegaq gila and lain dari kami adik-beradik. huhu. Tapi aku terus istighfar banyak², apa² pun dia adik aku, darah daging aku. Aku try sabar. Aku banyak kali nasihat dia, suruh dia solat, puasa. Aku cerita kat dia, solat tiang agama. sekarang dah akhir zaman, kiamat nak dekat, dajjal dah nak muncul. Kat akhirat nanti kita sorang², tak de sape yg tolong. Mcm² lah aku nasihat tapi mcm tak ada apa. Nak guna kekerasan pulak, mcm tak sesuai sbb dia dah besar, 19 tahun. Dulu masa dia darjah berapa aku tak ingat, aku ada tegur dia. Pasal apa aku tak ingat. Dulu aku agak kasar sikit, biasalah atas aku abg, bawah adik lelaki and yg bongsu baru perempuan. Kalau berkawan tu mesti berkawan ngan kawan² abg aku, and memang tak la nak main masak², pondok². Mainnya keliling kampung main sorok² dalam hutan. hehe. So kalau adik aku tu tak ikut ckp aku, memang naiklah tangan ni ke muka dia. huhu. Sampai ktorang gaduh, dia nangis² then dia masuk dapur. Dia keluar dari dapur, terbeliak mata aku. Korang nak tahu dia bawak apa? Pisau weh, hahah. Aku dah cuak time tu, selamat ada makcik aku time tu. Kalau tidak, dah jadi arwah aku kena tikam ngan adik sendiri agaknya. Sejak tu memang aku nasihat baik², api tak boleh lawan ngan api kan. Tapi sampai sekarang dia tak berubah. Aku buntu. Tak tau nak buat apa dah. Aku just boleh doakan dia berubah, and semoga Allah tunjukkan dia jalan yg lurus. Sekarang ni aku cuba nak ubah adik perempuan aku pulak, aku tak nak dia jadi mcm abg dia. Kalau dia tak nak solat memang aku paksa dia, mention sikit pasal ayat quran or hadith. Tak pun aku perli je. Baju and tudung dia pun aku suruh pakai yg labuh sikit. Korang doakan aku and family aku supaya jadi keluarga yg sakinah, and sentiasa diredhai Allah. Doakan adik lelaki aku kembali ke pangkal jalan.

-cik f

– Cik F

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Minta ibu doakan adik Sis seperti ini. Semoga bermanfaat.

    DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU

    Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang…Alhamdulillah.

    Isi tulisannya sebagai berikut :

    ” Aku bersumpah demi Allah…. wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,

    dan aku bersumpah demi Allah…. agar engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.

    Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. ”

    *Begini doanya:*

    اللهم إني أُشهدك أني راضية عن إبني/إبنتي (…..) تمام الرضا وكمال الرضا ومنتهي الرضا
    فاللهم انزل رضوانك عليهم برضائي عنهم

    “Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah ‘an ibnii/ibnatii…. (sebut nama anak-anakmu satu persatu)… tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka ‘alaihim bi ridhaa-ii ‘anhum”

    (Yaa Allaah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku…(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)… dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Yaa Allaah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka).

    Kemudian setelah berselang beberapa minggu setelah tersebut tersebar, tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang ibu yang berkata bahawa aku telah mengubah kehidupannya secara total, dan sekarang dia merasa dalam kenikmatan yang tak tergambar kerana akibat doa itu terhadap dia dan anak laki-lakinya yang berumur 22 tahun.

    *Maka berceritalah si Ibu itu:*

    Sejak kelahiran anakku itu aku hidup dalam penderitaan kerananya.

    Dia tak pernah solat dan bahkan jarang mandi, dia sering berdebat panjang denganku, dan sering membentakku dan tak menghormatiku, walaupun sudah sering aku mendoakannya.

    Maka ketika membaca tulisanmu aku berkata : mungkinkah kata-kata ini benar? Nampak seperti tak masuk akal?? dan seterusnya….

    dan akhirnya kuputuskan untuk mencuba anjuranmu walaupun aku tak yakin bahkan sinis mentertawakanmu.

    Lalu setelah seminggu, mulai berubah nada suara anakku kepadaku, dan pertama kali dalam hidupku aku tertidur dalam kedamaian, dan didalam diriku ada sedikit syak?

    Dan kemudian ku dapati anakku mandi, padahal aku tak menyuruhnya…….

    Minggu kedua dan aku terus mendoakannya sesuai anjuranmu, dia membukakan pintu untukku dan menyapaku, “Apa kabar ibu?” dengan suara lembut yang tak pernah kudengar darinya sebelum itu.

    Aku gembira tak terkata walaupun aku tak menunjukkan perasaanku kepadanya sama sekali…..

    4 jam kemudian aku memanggilnya di telefon bimbitnya, dan dia menjawabku dengan nada yang berbeza dari biasanya, “Ibu, saya disamping masjid dan saya baru hendak solat waktu ibu call….”

    Maka aku pun tak mampu menahan tangisku, bagaimana mungkin dia yang tak pernah solat sudah mulai solat dan dengan lembut bertanya khabarku??

    Tak sabar aku menanti kedatangannya dan segera aku bertanya sejak bila kamu mula solat?

    Jawabnya; “Saya sendiri tak tahu ibu, waktu saya lalu dekat masjid mendadak hati saya tergerak untuk solat……………….”

    Sejak itu kehidupanku berubah 180 derajat, dan anakku tak pernah lagi berteriak-teriak kepadaku dan sangat menghormatiku.

    Tak pernah aku mengalami kebahagian seperti ini walaupun aku sebelumnya sering hadir di majlis-majlis zikir dan pengajian-pengajian…..

    Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

    Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia dan akhirat In Shaa’ Allaah.

  2. Jangan bimbang. Setelah disampaikan peringatan kpd adik tu, serah aja pd Allah. Sebab hidayah tu milik Allah. Fitrah manusia adalah menjadi insan yg baik. InsyaAllah satu hari hati beliau akan terbuka utk mendekati Allah. Doa aja yg baik2 utk beliau.

  3. InshaaAllah confessor, sabar. Sy pun ada adik perempuan tp alhamdulillah puasa dan solatnya bagus. Cuma soal menutup aurat. Sy apply ckap perli, mcm nmpk dadalah pakai tdung mcm tu, kaki nape x pakai stokin? And sy bg dia pkai tdung labuh yg cantik2. Lama2 dia pun nak apa yg kita pakai. Handsock comel, instant shwl labuh, stoking renda2. Hehee alamdulillah dia dah menutup aurat mengikut syariah. Point nya. Kongsilah pakaian dgn adik confessor. Ajak solt jemaah,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *