Salam lagi sekali. Nk habiskan cerita. Alang2 dah bercerita. Yg suka dan sudi jemputlah baca.
Jdi aku nk mintak maaf dulu sebab ubat untuk ekzima tu kurang detail. Nanti aku buat sedetail yang boleh. Jadi sambungan kepada cerita adik aku ni. Biarpun malam semalam dia tumpahkan secawan air mcd dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang beraya. Habis basah kerusi belakang. Aku pun dah penat beraya jadi semua tak marah. Sampai jer dekat kampung si san dan kakak aku amik kain terus lap berdua nk elak melekit. Aku masuk rumah tlg hidang makanan ngan adik perempuan aku sebab ada sedara ngan ayah nk makan. Aku malam semalam punya penat sebab tak cukup tdor. Pastu subuh dah bergerak balik kampung. Tengah beraya aku boleh bantai nak tergolek dari kerusi sebab mengantuk sangat. Si san ngan kakak aq boleh gelakkan. Kuajo. Hahahahah. Tu yg air tumpah tu dlm keta. Habis basah bju raya kena air mcd. What goes around comes around.
Jadi pengakhiran cerita. Walaupun aku dengan si san kurang sebulu. Tapi pernah ketika aku ngan dia boleh berkerjasama. Aku dengan dia pernah komplot sama2 bodek ayah aku nk beli xbox. Siap boleh kompromi lagi. Dpt 20 game free. Aku pilih 10 dia pilih 10. Siapa main dlu. Buat jadual. Aku main sampai pukul berapa dia main sampai pukul berapa. Walaupun aku dah besar panjang. Dah berkerja dah. Si san ni lah player 2 aku. Dia lah yang sanggup jadi player 2 dari dulu sampai sekarang. Dulu kalau main game Taken ngan dia. Slalu dia kitai aku. Boleh gelak2 lagi sebab aku kalah. Aku yg ajar dia trick main taken dia jugak yang boleh kalahkan aku. Aku rasa dia main cheat code. Jadi aku selalu dajal dia. Tu pun kadang2 menang. Tapi bile main game lain, aku dapat peluang menang tak bgi muka. Pernah dia menangis sebab kalah teruk ngan aku. Tpi gua ego bro. Nk nangis pergi lepak ngan pompuan, main masak2. Takde pujuk2. Hahahaha.
Banyak confession aku baca pasal famili. Aku sedih bila baca. Adik aku ni sikit jer perangai dia berbanding adik2 orang lain. Dulu aku pun tak reti basuh pinggan lepas mkn. Tpi lama2 aku berubah. Sama jugak san ni. Dlu perangai mcm2 laki yg nak membesar. Tetapi abg dia garang. Dah boleh dah lepas makan angkat pinggan cawan sendiri basuh sendiri. Bila nampak singki penuh dia basuhkan. Dah boleh tukar lampu. Walaupun kadang pecah mentol dia pegang. Aku pun tak paham mcm mna boleh pecah. Dia dah pecahkan,aku tengok jer. Dia tau takut kena marah. Amik penyapu kemas sendiri. Kadang2 layak diberi kaki si san ni. Entah si san ni pun sama. Dalam kepala otak dia mungkin rasa abg dia layak diberi kaki juga. Asik nk kakikan orang jer. Hahahahah.
Banyak perubahan dari dulu. Aku dulu tak rapat ngan adik2 aku. Tapi sekarang, aku lah orang pertama yang tolong diorang bila dalam kesusahan. Walau apa pun perangai si san ni. Aku tetap tolong dia. Sebab dialah darah daging aku. Aku tengok banyak keluarga berpecah belah. Aku tak nk keluarga aku jadi macam tu. Suatu hari nanti aku akan pikul tanggungjawab ayah aku. Jdi ketua keluarga aku pula. Aku ank sulung lelaki. Kepada anak lelaki luar sana, korang mungkin datang dari keluarga yang berpecah belah. Tapi tak bermaksud korang boleh lepas tangan. Tidak. Ayah aku datang dari keluarga yg taklah berapa sempurna. Didikan dia kepada aku dan adik2 agar perkara tu tak berlaku. Kalau keluarga kau berpecah. Anak lelaki lah tulang belakang keluarga. Tak kisah lah sulung ker tidak. Tak kisah lah orang kata apa. Itu keluraga kau. Sebelum terlambat. Baik ubah sekarang. Janganlah malas sangat buat kerja rumah. Dok membuta dari siang sampai malam. Kerja habiskan beras jer. Andainya kau tak mampu ubah. Rapatkanlah hubungan ngan adik beradik. Jgnlah nanti jdi kepada ank bini kau pula. Tak kesiankah kau kat ank bini kau nanti. Aku tak faham bile orang cerita kat aku macam mana broken family ni. Sebab aku tak lalu. Bile aku duduk ngan kawan2 mcm ni. Baru aku faham. Aku sedih bile tengok keluarga mcm ni. Tpi kau ada kuasa nk ubah. Ubahlah. Akhir nanti kau juga yang rasa bhagia.
Aku cuma boleh berpesan. Siapalah aku. Biarpun keluarga kita mcm mna. Dia mesti ada quality baiknya. Cuma mungkin mata ni tak lihat atau belom lihat. Aku tetap sayang adik2 aku. Adik aku yang perempuan dah mcm girlfriend aku. Keluar ngan dia berdua. Mkn aku belanja. Nk pergi mana2 aku bawak. Ada masalah hukum hakam aku terangkan. Sbb apa? Tanggungjawab. Kalau satu hari dia buat benda tak elok jadi, kau jugak yang susah. Baik jaga dari hari ni. Supaya hari esok tak susah.
Jdi kepada yg pembaca2 yang saya hormati. Si san ni sebenarnya baik sangat2. Baru haritu dia cerita kat pak cik aku yang cita2 dia nk jadi ulama besar. Sebab dia nk tolong org yang ada masalah. Tpi tulah kalau kau jdi org alim perangai kau tak elok. Kaki juga aku bagi. Hahahahahah. Syukur pada bapak aku kerana mendidik dengan agama. Walaupun semua liar2 sikit. Tetapi inshallah jadi manusia kot nanti. Doa-diakanlah kami sekeluarga. Kepada yg ada masalah keluarga. Banyak2lah berdoa. Moga pengakhiran semua akan bersama2 bahagia.
P/s
Kayu sintuk ni digukan orang dulu2 untuk buat mandi mayat. Ha aku mula2 dengar2 takut jugak nk guna kayu sintok ni. Buat mandi mayat tu. Akan tetapi kayu ni ada natural antiseptik. Jdi sebab sains lah aku juga buat mandi. Aku takda masalah kulit tapi saja nk tau betol ker bohong kayu sintok ni. Biasalah petua org dlu. Yang pelik pun banyak. Duduk atas bantal nanti kluar bisul. Skodeng orang mandi nanti kena tetumbek kat mata. Kalau mkn pindah2 nanti kawin banyak. Hahahaha. Tpi lepas aku guna kayu sintok ni. Perghhhh kulit flawless kau. Kulit aku yang kasar mi jadi lembut. Kelemomor hilang. Cuma lepas mandi air sintok dia badan rasa geli2 mcm ada benda bergerak. Biasalah.
Kayu sintok ni nk dpt banyak di kelantan. Tetapi aku cuba cari on9 pun susah. Last skali korang tau aku jumpa macam mana. Aku pergi masjid jumpa ngan penggali kubur. Sebab dia slalu uruskan mayat. Aku tanya dia. Dia kata tepi rumah aku ada orang jual. Lah punya lah jauh planning nk pergi kelantan last skali tepi rumah ada. Satu ikat baru 50 sen. Yang jual tu kedai runcit. Hahahaha. Dengar nama macam harga ribu2. Jadi pergi lah tanya yg urus jenazah kat mana nk dapt kayu ni.
Kayu sintok ni dimasukkan dalam baldi bersama 7 biji limau nipis. Baca Al fatihah 7 kali. Pada ayat iyyakanakbuduwaiya tu niatkan kat hati mintak sembuh. Selawat 11 kali. Guna air tu buat bilasan terakhir. Kalau boleh jgn terus lap air tu. Biarkan dia seketika. Nk tunggu kering pun boleh kalau sanggup. Amalkan pagi sekali petang sebelum magrib sekali. Insyallah sembuh. Yang terbaik bapa buat. Si san ckp klu orang ada penyakit kulit ekzima dia nk mcm ada benda bergerak2 bawah kulit. Kata mak aku nk pujuk si san ni. Diorang tengah bertarung nk bunuh kuman tu. Aku layankan ajer. Ni doktor sendiri yang sarankan sebab ank dia kena penyakit yang sama.
Pasal kasturi pula. Pakai minyak kasturi. Minyak wangi kasturi. Pakai selalu. Bapak aku sanggup tu pergi cari kasturi kijang. Buat ubat punya pasal. Harga memang mahal lah. Tpi bile adik aku sembuh, aku yang rembat. Wangi bai baunya.
Semoga aku dapat membantu
– Orang Kaya Baru
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit