Oh Guru!

Assalamualaikum untuk pembaca IIUM confession yg dikasihi.Thanks admin sebab siarkan confession ni.
Berdasarkan tajuk mesti semua dah boleh agak apa yg saya nk sampaikan ni.

Pada pendapat saya,gelaran guru ini bukan sahaja panggilan untuk guru2 di sekolah malahan ibu bapa kita juga adalah guru kerana merekalah yang banyak mengajar kita perihal kehidupan.Kerjaya guru bukanlah sesuatu bidang yang mudah malah merupakan bidang yang sangat mencabar kerana memerlukan kesabaran yang tinggi untuk berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar.

Maka tidak hairanlah jika sambutan hari guru diadakan pada setiap tahun sebagai tanda mengenang jasa guru2 yang telah banyak berkorban untuk anak bangsa.Cuma saya agak terkilan dengan segelintir sikap guru2.Yup,terkilan.Bukan saya nak mengaibkan kerjaya guru tetapi hanya ingin meluahkan dengan harapan ada perubahan.

Guru manusia biasa begitu juga saya begitu juga pembaca yang sedang membaca,oleh itu pasti ada silapnya.Mungkin ada pembaca yang akan menghentam saya kerana menyalahkan guru,tetapi itu terpulang kepada anda semua kerana niat saya hanya untuk membetulkan keadaan yang saya rasa tidak sepatutnya segelintir guru lakukan.

Saya cukup hati2 bila bercakap dengan guru2,kerana kalau tersalah kata memang pedih dimarahinya.
Sahabat saya pernah dimarahi dan dihalau oleh seorang guru hanya kerana mengulang kaji di pusat sumber sekolah yang dilengkapi pendingin hawa.Guru itu mengatakan hanya budak yang pandai sahaja layak belajar dalam tempat sejuk.Wah,baru saya tahu pusat sumber hanya dikhaskan untuk budak pandai sahaja.
Sahabat saya juga sering digelar bodoh oleh seorang guru kerana duduk di kelas hujung.Hina sangatkah budak kelas hujung tersebut?Adakah mereka tidak layak untuk mendapatkan yang terbaik?Adakah guru2,yg suka melabel bodoh kepada budak itu suka melihat anak2 muridnya terus berada dalam kancah kebodohan tanpa ada usaha untuk menjadikan budak tersebut bijak?

Saya sendiri menghadapinya, walaupun saya berada di dalam kelas pertengahan.Segelintir guru suka membandingkan pelajar yang menghuni tangga pertama dan tangga hujung.Segelintir guru juga sangat suka mengaitkan ‘pandai dan akhlak’.Pelajar corot pasti akan dilabel mempunyai akhlak yang corot dan dicanang pada guru2 yg lain.Wah,pantas sungguh melabel pelajar anda.Saya ada seorang sahabat kelas hujung,santun orangnya,hormat orang,baik,dan sangat menjaga hubungan sama manusia serta Pencipta.Dia juga rajin ulang kaji cuma bukan rezeki dia untuk mendapat yang terbaik pada setiap exam.Mungkin ujian buat dia.Tidak semua pelajar yang corot itu akhlaknya pun corot !

Macam saya katakan guru pun ada salahnya.Sewaktu saya berada di alam persekolahan,ada seorang guru ini sukar sekali untuk masuk ke dalam kelas.Dalam setahun,boleh bilang guna jari,berapa kali sahaja masuk dalam kelas.Bila dilihat guru tersebut ada sahaja dalam bilik guru,sedang guna earphone tonton drama dalam laptop.Aduhai guru,lupakah kamu dengan amanah yang diberi padamu?Bila ditanya,tidak suka menjadi guru.Kalau begitu kenapa memilih untuk menjadi guru?Adakah kamu tidak takut dengan persoalan Allah terhadapmu atas tidak amanah kamu dalam menjalankan tugas?

Banyak lagi sebenarnya,tetapi ini antara yang paling kerap kali berlaku bukan hanya di sekolah saya dahulu tetapi saya yakin di sekolah lain juga.Saya tertarik dengan karya penulis Pahrol Mohd Juoi dalam buku Beduk Diketuk tentang Ramai Pengajar,Sedikit Pendidik.Yup,guru sepatutnya menjadi pengajar dan pendidik bukan hanya pengajar.Mengajar ialah dengan memberitahu, memahamkan dan menyampaikan.Mendidik pula ialah dengan mengajak, mendorong, membimbing dan memantau.Pasti lebih banyak ganjaran pahala yang Allah akan berikan.

Mengajar perlu dari hati yang penuh kasih sayang bukan dengan maki hamun yang tak keruan!Sungguh manisnya jika pelajar yang tidak tahu membaca itu kita ajar sampai lancar membaca.Sungguh manis jika pelajar yang kurang ajar pada awalnya kita didik hingga baik akhlaknya.Berapa banyak ganjaran pahala yang Allah akan berikan berbanding gaji bulanan yang diperoleh.Pasti Allah akan lebih merahmati dan memberkati mu wahai guru2.Sungguh kerjaya mu sangat mulia,keranamu,lahirnya seorang pemimpin,doktor, jurutera,mufti yang berjaya.Dan yg paling penting keranamu kami menjadi insan berguna.

Sungguh ada sedikit yang perlu diubah.Moga dengan coretan ini akan ada perubahan.Kepada semua guru2,percayalah kamu semua sentiasa berada dalam doa dan ingatan kami semua,anak didikmu yang pernah kamu ajar suatu tika dahulu.Jadilah,guru yg tegas tapi bkn garang,penyayang,amanah dan bertanggungjawab.Semoga Allah merahmati.Cukup sekadar ini coretan saya.Maaf saya pinta andai ada mana2 part yg menyinggung hati mana2 pihak.

– melati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit