Gadis Hujung Kota

Aku seorang gadis, gadis kampung yang datang bukanlah daripada keluarga berada. Kita punya hidup yang berbeza, jangan pernah angkuh, riak sepanjang hidup di bumi pinjamanNYA.

Waktu aku matrikulasi, aku struggle hard dan aim aku spya dapat habiskan matrik dengan cepat dan sambung degree dengan jayanya. Usai masuk dunia degree, aku baru di expose dengan dunia sebenar walaupun belum sebenar2nya lagi. Masalah kewangan adalah masalah dominant buat semua orang.

Aku penat, memikirkan wang untuk dbelanjakan hari2. Aku buat part time, aku buat dropship, aku buat banyak kerja kkdg beyond my limit as a girl. Aku ditipu, dikhianat, dperguna oleh sahabat sndri, bnyak ak rugi. Aku penat dengan life ak sendiri, aku tiada masa untuk kawan2. Kkdg aku sengaja mggunakan alasan ak xde masa tatkala teman2 mengajak keluar berjimba ataupun ajak makan. Hakikat sebenar aku berjimat. Aku hanya mampu memandang sepi bilamana mereka post gmbr2 makanan / outing bsama didalam facebook, instagram bahkan dlm group ws.

Aku punya kawan yang suka show off dgn kemewahan yg mereka miliki, kkdg mereka perli dlm mereka sedar dn xsedar. You know that it hurts me soo much. Ku kentalkan hati menadah semuanya. Andai mereka tahu betapa perihnya untuk mncari sesuap nasi, mgkin mereka xkan perlakukan sdemikian.

Aku apply bantuan kewangan, sudah bbpa kali, tp aku dilayan seperti pengemis. Aku buat pinjaman ptptn, tp xcukup untuk bayar yuran, tempat tinggal etc.

Aku cemburu melihat kawan2, shopping beli pakaian baru, kluar ke sana ke sini berjimba, makan makanan sedap semasa zaman belajar while aku menghempas pulas mncari duit dn study hard. Aku salute mereka2 yang travel/outing etc yang xpernah show off. Aku benci dengan diri aku sendiri bila aku mengeluh. Setiap kali aku ingin makan mknn sedap2, aku akan tringat family di kampung, apa yang mereka makan.

Duhai teman2, mgkin dalam sedar atau xsedar kite telah melukai perasaan insan lain. Aku meluahkan bukanlah aku seorang pelajar yang manja xboleh hidup susah ataupun aku merunggut mahupun mengeluh, aku juga bukanlah mengharapkan simpati dpd orang2. Aku meluahkan supaya sesame kita sedar, hidup ini hanyalah sementara, janganlah kita riak dengan nikmatNYA.

Aku memaafkan mereka yang pernah hina, perli diriku.

– Gadis Kampung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit