Aku sebenarnya bekas pelajar UIA..dah grade lama dah (Alhamdulillah-6 tahun weh nak abis balaja kalau kira sekali ngan cfsiium tu)…aku anak sulung dari 5 org adik beradik..tujuan aku confess ni , nak tengok pendapat la pasal permasalahan aku ni..ok cerita dia macam ni…
the problem is…mak aku ni mulut dia..suka rendah2 kan anak sendiri..contohla…masa aku kecik…aku x reti main bola..aku cuba la nak main bola kat sekolah…lepastu petang2 aku nak main bola kat padang kat kg aku…aku slalu dipandang sinis oleh mak aku…mak selalu ejek2 yg aku ni kaki bangku la..masa tu aku selalu down..bygkan mak sendiri ejek2..kalau ejek2 kat rumah dah sakit hati…bygkan dia ejek2 depan sedara mara dan kawan2..huhu so smpai ke tua aku xde self confidence nak main bola..tu salah satu contoh la…
contoh lain mak aku selalu sound aku sejak dari kecik , yg aku ni xde kemahiran hidup..ayah aku ni seorang kreatif..kira kalo ada masalah2 berkaitan dengan paip ke, bumbung bocor ke hape, kira bapak aku cam kreatif la repair tu sume…selalu sgt jd, bila aku nak tiru ayah aku wat kije..aku kena sound..tak payah buatla..sakit hati pulak mak tgok..demmm…korang leh bygkan x btapa kecewanye aku masa budak2 kena sound camtu…end up smpai dah tua aku cam xde confidence sgt nak buat menda2 kerja pertukangan camtu..tp bila dah tua ni..aku cekalkan jugak blaja wat menda2 tu..kdg2 boleh je setel..cuma kdg2 aku asyik teringat kata2 mak aku yg downkan aku tu…aku xtahu nak lupa kan camner..sal repeatitive sangat kot/byk kali dia sebut??
Mak aku ni jenis baran taw…dari aku kecik smpai aku besar… aku agak takut ngan mak aku…mak aku bila dah marah..kdg2 dia boleh terkeluar ayat2 yg xsepatutnya kat anak2…masa kecik2 aku selalu down..asal marah je kena sumpah seranah ngan mak aku…mgkin sebab tu la aku jd nakal yg amat masa kecik2..aku geram ngan mak aku…rasa nak memberontak je..tp dalam masa yg sama..dia gigih nak aku berjaya..so perasaan aku silih berganti..kejap aku kesian kat dia susah payah sekolah kan aku..lepastu kalo aku kena marah , aku rasa nak memberontak..aku pun keliru yg amat masa kecik2..Alhamdulillah..walaupun begitu…aku tak tercicir pelajaran..
masuk tingkatan 1 aku dah masuk sekolah asrama..so aku belajar berdikari sendiri…jarang-jarang balik rumah..mak layan aku baik-baik sebab jarang jumpe kan..tp perkara yg aku cite kat atas ni still continue kat adik aku..dan penerimaan dia tidak sebaik aku….dia gagal dalam pelajaran…self confidence amat rendah la aku tgok…tak reti nak bergaul sgt ngan org…suka dok dalam bilik je…sampai tahap aku pun xreti nak communicate ngan adik aku…skdar tanya kabar mcamtu je kalau aku balik kg..mak aku mmg kecewa giler la ngan adik aku ni…sbab jd cmtu kan…gagal dalam pelajaran lagi..lepastu xnak tolong dia buat kerja rumah la ape la…penat aku dengar komplen mak aku ni sal adik aku..tp aku rase benda tu jd sal silap mak aku gak..dia yg buat adik aku tu low level confidence…bila adik aku cuba wat kerja rumah..dia bandingkan quality kerja adik aku tu dengan kakak dia..kakak dia pandai sikit buat kerja rumah…lama2 aku tgok adik aku dah lali dah dgan makian dan ketidakpuasan hati mak aku tu…skrg ni , ape mak aku cakap suka hati dia je nak ikut atau xnak ikut..
Bila dah dewasa, aku pun kahwin lah kan..bila dah kahwin..mak aku macam selalu tak puas hati ngan aku..suka terasa hati dengan aku..benda-benda kecik pun dia terasa hati…dia selalu fikir yang negatif jer pasal aku…aku anak sulung..kerja jauh dari negeri asal..sebulan sekali aku balik kampung..aku akan bmalam umah mak aku..aku cuba lakukan yg terbaik sbagai anak sulung..cuba jaga hati dia….selalu bagi duit kat dia..walaupun aku tahu dia xperlu pun duit tu..sbab dia still kerja dan byk duit..tp kan aku nk keberkatan tu..aku bg jer semampu aku kat mak aku..tapi aku tak sangka..dia selalu berprasangka buruk dengan aku..dia boleh kata aku selalu lebihkan bini aku dari dia..lebih2 lagi hal duit…..aku pun tak tahu macammana dia boleh dapat idea macam tu..biasalah kan..kita sebagai suami kena bagi duit nafkah kat isteri..bkan byk pun xjauh beza dengan duit aku bg kat dia bulan2..tapi dia anggap aku lebihkan bini aku..aku pun cuba la terangkan hal sebenarnya..tp mak aku ni jenis pendapat dia je betul..yg org lain sume salah..at last dia merajuk..dan aku pun dah takut nak cakap ngan dia..bimbang jadi anak derhaka la pulak..kdg2 aku pun x faham mak aku..apa la aku boleh buat nak buat dia redha ngan aku..tersepit di buatnya..kadang2 aku xleh tido malam bila memikirkan perkara ni..aku tahu ni baru konflik permulaan..lepas ni akan ada lagi konflik..cuma mampu berdoa jer ngan Allah…supaya lembutkan hati mak aku..agar tidak berprasangka buruk ngan anak2 dia…aku terpaksa delete semua conversation whatapp aku ngan mak aku..bimbang bini aku baca..takut dia pulak terasa hati ngan tuduhan2 mak aku…bini aku tak pernah nak buat hal ngan mak aku…tp mak aku still boleh tuduh macam2..bini aku pun ade terperasan perangai mak aku ni..tapi aku cover dengan hujah biasalah orang tua..nanti kita tua-tua esok pun kita akan jadi macam tu..setakat ni bini aku takderla pikir yg bukan2..cuma dia ada gak menunjukkan tanda2 kurang selesa kalau stay lama2 kat rumah mak aku..
Adik pompuan aku yg dah kahwin lebih dahulu dari aku pun dah bercerai..aku cuba pahamkan situasi adik aku tu..ada jugak salah laki adik aku..tp kalau di trace balik punca sebab adik aku kena cerai tu..macam ke arah mak aku..aku xtahu la family aku yang lain tu sedar atau tak tapi aku yg tengok permasalahan rumah tangga adik aku tu…ada berpunca dari mak aku yg tak suka ngan menantu laki dia..bila dia xsuka….dia boleh sebut depan2 taw..macam yg aku cite td..mak aku bila marah dia boleh main cakap je..smpai terkeluar ayat kalu aku dah benci,sampai mati pun aku tak nak jumpe kau..bayangkan ex ipar aku tu rasa ape..pasal penceraian tu ada jugak salah ex ipar aku tu..tp bila mak mertua cakap camtu..tak ke jd lagi alasan kukuh nak cerai..punyerla adik aku nak selamatkan rumah tangga dia..tp gagal jua..aku tak berani nak diskus part ni ngan mak aku..aku iyekan jelah semua yg terjadi tu salah ex ipar aku..yang aku risau skrg takut mak aku terlepas cakap kat bini aku lak..hopefully tak berlaku la…tapi tulah…aku pun tak tahu nak rasa ape ngan mak aku..aku x faham dia nak apa..apa dia harapkan dari aku..dia xcakap pun bila aku tanya..tapi dia selalu rasa kecik hati ngan aku..pening beb..bila g kuliah agama ke ape..bila dengar bab ibu bapa ni..aku takut gak jd anak derhaka..aku dah cuba jd anak yg baik..tapi ibu aku mungkin tak anggap aku macam tu..huhu
aku nak selalu contact dia tanya kabar..tapi aku takut aku hilang sabar nak cakap ngan dia..dan jadi pergaduhan..last2 jd anak derhaka,aku tahu yg lelaki ni syurga tetap bawah kaki ibunya..tapi aku xreti nak menangi hati ibu aku sendiri…mak aku ni slalu gi kuliah agama..selalu semayang sunat..kalau nasihat org mmg A lah….tapi bila aku gunakan hujah2 agama nak tegur dia yg mana aku nampak tak kena tu..dimarahnya aku..walhal dia sendiri tahu aku tegur tu betul..sampai aku dah fedup nak tegur dia..end up tak akan menang nye..
ayah aku pulak selalu mengambil sikap berkecuali…aku xde problem ngan ayah aku..setiap kali aku citer masalah ni kat dia..dia suruh ignore je…senanglah bagi dia..sebab syurga dia bukan bawah tapak kaki bini dia…huhu..syurga aku tu bawah tapak kaki bini dia..huhu..aku tahu sgt..ayah aku pun dah muak layan perangai mak aku..huhu so the best way dia ignore je..asalkan x effect dia sudah..
Aku pun dah jd ayah sekarang…aku cuba yg terbaik dan aku selalu pesan kat bini aku..jangan sesekali sebut benda2 negatif/sumpah seranah kat anak2…effect dia mungkin mempengaruhi secara mental smpai bila2..kata2 ibu itu doa..kalau ibu selalu berkata buruk2 kat anak2 , mungkin ada dari kata2 itu menjadi satu doa buat anak2…
Tujuan aku confess ni bkan nak buruk kan mak aku…selain sisi gelap ini..mak aku banyak jugak pengorbanan membesarkan aku sehingga aku leh hidup sendiri ni..tapi aku percaya ramai juga org diluar sana stuck dalam situasi camni..sayang ibu dan sayang bini..tapi taknak perang tercetus diantara keduanya..tersepit lah nanti..doakan aku ye korang diluar sana..dan kalau ada pendapat, share lah..supaya boleh aku jd pedoman…kalau nak kritik..baik korang g main pokemon go sana..xyah buang karan nak komen pulak….
wassalam mu…
– Zubir Anas
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit