Assalamualaikum! :)
Hari ni bro sis uia dah boleh check final exam result kan? Selamat maju jaya!
Tiba-tiba rasa nak cerita.
Pengalaman degree saya sebelum ni, result turun naik. Saya pernah mengalami zaman kegemilangan sewaktu di CFS Nilai dulu. Dean's list masa final sem.
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Itulah saya.
Saya ingat lagi waktu 1st sem degree. Pointer saya dalam 3.20. Memang dah gelabah dah time tu. Tapi depan kawan2 saya buat tenang takde masalah. Ironinya, tradisi saya dengan 7 orang geng saya, walaupun serapat macam manapun kami tapi kami tak beritahu pointer masing-masing. Bunyi macam pelik tapi itulah yang berlaku. Saya tak pasti ada juga ke geng lain yang camni.
Nak dijadikan cerita, saya ni pun jenis yang study bila ada kuiz & exam je. Somehow rasa macam teruk juga tapi memang saya jenis yang macam tu. Aktif berpersatuan lagi menggebukan sikap study time nak exam. Alhamdulillah course saya bukan engin mahupun econs, kalau tak… masak!
Time exam, saya rasa sayalah manusia paling cemas & lemas dalam exam hall. Paling tak tahan bila orang kiri kanan selak-selak kertas jawapan dia yang penuh sampai kena mintak extra paper. Bunyi selakan kertas tu bukan main kuat. Tapi saya, jawapan punyalah ciput. Dapat penuh satu page setengah tu memang bravo dah.
Saya budak Human Sc. tapi waajib ambil subjek statistics 2 sem. Saya sangaaat suka subjek ni. Score dapat A. Kadang-kadang saya rasa saya dah tersilap pilih course. Adoi. Saya sangat minat maths add maths & segala macam bentuk pengiraan.
Makin lama saya makin tak suka course yang saya ambil. Nak tukar course/major, dah terlewat. Ok… sebab malas nak tukar. Leceh. Dalam hati teruskan jela apa yang kau dah mulakan. Ha satu lagi, sebenarnya masa saya decide major yang saya ambil, saya ikut geng. Ohh no. Ya, memang teruk. Haih.
Result exam makin jatuh dan jatuh. Sampailah final exam 3rd year, pointer saya makin layu jadi 2.90. Sedih & takutnya waktu tu.
Naik 4th year, saya bertekad nak naikkan pointer. At least 3.0. Sebab tak nak tergolong dalam group kedua time convo nanti. Malu. Maluuu nanti dengan semua orang. Mana tidaknya, waktu convo orang yang dapat pointer 3.0-4.0 akan jadi 1st group naik pentas. Sebaliknya pointer 2.9 ke bawah secara automatik akan tergolong dalam 2nd group. Peluh besar.
Kadang-kadang rasa tak puas hati juga kenapalah UIA buat camtu. Sekalikan semua ikut abjad nama kan bagus. Ngomel sendiri.
4th year 1st sem, cubaan saya masih tak menjadi. Pointer masih sekitar 2.90. Aduhai. Dunia ohh dunia.
Sem akhir. 1st time sepanjang saya belajar kat UIA saya suka dengan group assignment saya. Dalam stress buat kerja sampai tak tidur malam, tapi hati happy je. Walaupun stress kami boleh lagi gelak-gelak minum kopi. Kerja susah jadi mudah. Semua sangat supportive. Belajarpun sama-sama. Geng bertujuh saya hanyalah geng untuk pergi berjimba. Tak pernahpun kami belajar sama-sama.
Dan sampailah hari result final sem saya keluar. Jantung berdenyut laju. Semua doa saya baca. Bak kata orang, takutnya macam nak nikah. Hahaha. Tawakal.
Alhamdulillah, saya berjaya dapat pointer 3.0. Saya dah rasa seronok sangat. Memang tak hebat macam orang lain. Tapi saya bersyukur. Alhamdulillah dengan rasminya saya tergolong dalam "1st group". Dapat juga bersama dengan mereka2 yang dapat 1st class walaupun memang mimpi untuk saya dapat 1st class. Geng sayapun tak tahu pointer sebenar saya berapa. Haha. Senyum.
Sekarang, saya dah bekerjaya. Diluar bidang degree saya & saya happy. Serius saya sangat rindu zaman belajar. Walaupun saya kata saya tak suka dengan course yang saya ambil. Alhamdulillah, I'm survived!
Point saya kat sini:-
1) Kenal pasti target. Target sekadarnya, jangan tinggi melangit.
2) Pilih course/major, jangan ikut2 kawan. Kenalpasti apa yang anda betul2 minat.
3) Kalau dah tak minat course yang anda ambil & malas nak tukar2 lagi, mohon cekalkan hati. Go on je. Jangan ada rasa nak berhenti belajar.
4) Result rendah takpe tapi jangan sampai fail. Alhamdulillah sepanjang saya belajar, saya tak pernah lagi fail mana2 subjek. Tapi kalau dah fail, relax bro. Fail dunia boleh repeat, fail akhirat, sodaqallahul 'azim.
5) Pilihlah group assignment yang anda senang bekerja. Kalau memang lecturer tak bagi pilih, create la bonding. Spend time dinner sama2 ke… Jangan jadi robot.
6) Usaha doa tawakal.
7) Jangan jadi macam saya, study bila nak exam je. Unless kalau memang dah takde pilihan. Study sebelum kelas esoknya, sangatlah bagus.
8) Orang kata pointer tak penting, yang penting soft skill. Come on bro, soft skill ni suatu proses yang berterusan. Anda pergi interview banyak kali, insyaAllah tahu macam mana nak respon soalan interviewer. Anda bercakap dengan client hari2 insyaAllah anda belajar macam mana nak deal dengan mereka. Tapi pointer, dah terang2 termaktub dalam transcript tak boleh nak padam sampai bila2. Pls, do something. Kekalkan momentum.
9) Jangan jadi fitnah kepada persatuan/badan dakwah yang anda join. Kalau anda tak boleh perform dalam study, raaamai orang dah pandang serong kepada persatuan/badan dakwah. Jangan buktikan tanggapan mereka tu betul. Pungpang2 cakap pasal dakwah tarbiyyah, tapi study ke laut. Group discussion jarang nampak muka. Ponteng class dah macam biasa. Kalau memang dah memang anda memang biasa2 dalam study, nak buat macam mana kan? Diam2 sudah. Tapi attitude tolong jaga. Bahagikan masa betul2. Kalau esok nak exam/kuiz & anda memang tahu anda memang takkan dapat jawab kalau tak study, jangan menggedik attend program/meeting. Melainkan anda memang dah study awal atau anda ni spesis superb macam Fikri Ahmad.^^
Memang kita selalu kata buat apa-apapun niat kerana Allah. Hadis niat memang dah hafal kecipal. Reflect balik, betul ke apa yang kita cakap tu, atau sekadar omongan supaya nampak alim.
Ok tu je nak cakap. Ini hanyalah cerita saya. Mungkin sedikit pendapat peribadi daripada saya.
Ramadhan kareem!
-El-
– El
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Puteri Balqis
Alhumairah El Atrach
Nurul Najihah