Oh Pengasuh

Hi semua, Assalamualaikum, aku Mak Tom (bukan nama sebenar) umur awal 30-an. Di izinkan Allah untuk menimang cahaya mata yang dinanti-nanti setelah TTC hampir 7 tahun.

Tapi kisah ni bukan nak cerita pasal perjalanan TTC tapi nak kongsi pengalaman pertama sebagai seorang mak yang pertama kali cari pengasuh & berurusan dengan pengasuh.

Ayuh baca!

Seawal kandungan usia 8m+ dah mula riki-riki pengasuh, sebab kita tahu lepas habis 98 hari maternity leave, kena masuk semula kerja dan tinggalkan anak dalam keadaan baik bersama orang yang kita percaya boleh jaga anak kita ‘on behalf’ semasa ketiadaan kita dan tolong jangan cakap lebih baik berhenti kerja dan jaga anak tu.

Betul la, pengalaman tu mengajar & mendewasakan. Apa yang berkaitan anak mesti kita pun nak yang terbaik. Sama juga masa cari pengasuh ni, dekat 4-5 orang rasanya, aku contact dan tanya satu-satu kalau boleh mengasuh anak yang baru usia 3 bulan. Akhirnya ditemukan dengan yang aku namakan Kak A.

Masa mula-mula whatsapp pun nampak dia jenis manis-manis, macam-macam la dia kenalkan tentang diri dia, hampir 10 tahun katanya dah mengasuh, dia sendiri dah ada cucu, dan dah faham sgt lah pe’el baby ni. Orang putih kata umpama bread and butter lah. Yelah dah dia cari ‘customer’ kan ditanya la khabar kita ni hari-hari, pelawa datang rumah dsb.

Kita pun dah namanya nak cari untuk jaga anak kita, pergilah kami ke rumah Kak A buat site visit. Sebagai parents baru, kami of course letak expectation dan sikit keraguan.

Tapi kami tak lah expect untuk anak tinggal di rumah kondo ke banglo ke, sedang kami sendiri pun masih berusaha nak provide tempat yang baik untuk anak membesar, cukup lah sekadar rumah tu bersih, jauh dari binatang, jauh dari asap rokok dan keadaan yang kondusif.

Lepas site visit kami berdua bincang suami isteri, disebabkan tiada pilihan lain dan hari untuk mula kerja makin hampir, kami pun setuju untuk hantar ke Kak A ni.

Masa sesi awal hantar (untuk latihan biasakan anak dengan orang selain keluarga) semua kelihatan baik, jadi sebagai parents lega lah kami, mudah-mudahan anak dlm keadaan baik dan dalam jagaan Allah sentiasa.

Tiba lah hari sebenar untuk hantar anak, maksudnya full day lah bermula 6.50 pagi hingga 6 petang (seperti yang telah dipersetujui antara kami dan kak A dengan bayaran bulanan RM450, OT RM10/jam).

Hari pertama lepas hantar anak tak ada report daripada Kak A tentang keadaan anak. Maka as typical mak-mak, aku pun whatsapp Kak A tanya keadaan anak, anak buat apa tu, okay ke, nangis tak. Dia kata okay je, terkawal. Yelah aku percaya kan dia kata dah 10 tahun mengasuh.

Sampai lah masuk minggu ketiga tak salah aku, ada 1 hari tu aku terhantar anak aku awal, awal 10 minit daripada biasa lah. Biasa aku hantar 6.45~6.50 tapi haritu aku terhantar awal dalam jam 6.30~6.40 macam tu. Dia terima je lah aku hantar anak.

Tapi lepas tu dekat jam 10 pagi, dia whatsapp aku macam aku ni buat salah besar, rasanya lebih 120 patah perkataan dia punya panjang tu.

1) Dia kata aku hantar awal tak seperti yang dah dipersetujui, iaitu jam 6.50 sahaja. Sebab waktu dia mengasuh actually jam 7 pagi.

2) Tak boleh hantar awal sebab suami dia belum balik dari masjid lagi lepas subuh, kalau hantar awal, suami belum balik nanti dia susah nak siapkan hal-hal rumahtangga dia.

3) Dia kena siapkan anak dia yang bersekolah dan masak bekal suami dia untuk pergi kerja, jadi sebab aku hantar anak awal haritu dah ganggu rutin dia pada hari tersebut.

4) Dia baru cakap, dia kata anak aku yang baru 3 bulan tu buat perangai—sampai sekarang aku tak boleh hadam bayi umur 3 bulan buat perangai? Bukan ke nature bayi memang menangis merengek sikit. Kau expect baby tu diam, dengar cakap kau ke? Kata dah 10 tahun mengasuh tapi dia komplen gitu tentang anak aku.

5) Dia kata aku parents yang cerewet dan manja sebab tak ajar anak hisap pacifier (puting kosong) dan tak ajar anak susu formula. Sebab masa tu anak aku fully minum susu ibu, malahan aku dah siapkan bekal susu ikut ukuran siap2 dari pagi sampai petang siap bagi extra lagi, cukup untuk anak aku punya keperluan pagi ke petang tu.

Punyalah aku usaha nak buat stok susu beku, susu yang cair, pump dekat ofis sebab nak anak dapat susu ibu, untuk Kak A pula aku siap bekalkan dgn warmer dan siap pesan botol tak payah basuh pun tak apa, aku akan basuh sendiri.

Tapi gitulah kata Kak A ni, dia kata anak ni jangan dimanjakan, bagi biasa supaya mudahkan orang lain yang nak jaga.

6) Asyik sebut dan peringatkan aku macam-macam sebab dia kata aku kan 1st time jadi mak so tak ada pengalaman lagi hantar mengasuh dsb. Tak faham lagi lenggok-lenggok dengan pengasuh ni. Keep remind aku tiap hari supaya lepas balik kerja terus ambil anak jangan singgah merata.

Padahal tiap petang aku akan sampai cun-cun jam 6 tanpa gagal untuk pick up anak aku, dan aku pun faham tak kan lah nak biar anak lama-lama dalam jagaan orang.

7) Dia kata juga dengan aku, kalau dia tak update apa-apa kat whatsapp maknanya anak aku dalam keadaan baik, so jangan risau kalau dia tak whatsapp. Aku tak adalah minta supaya update tiap minit, cukup la sekadar cakap baby okay, baby baru tidur, baby ada nangis, baby tengah berjaga, itu je. Jadi legalah sikit hati ni bila tengah berkerja.

8) Biasakan anak hisap putting dan bagi botol bila kat rumah, jangan biasakan hisap direct je.

Dan ada lagi few things yang aku tak dapat nak tulis kat sini, sebab bagi aku kak A too much dan dah exceed limit. Oh ya, untuk urusan anak ni aku yang ambil dan hantar sebab suami kerja syif jadi semua aku lah yang hadap dengan kak A ni. Tapi bila jadi situasi macam ni aku share dengan suami.

Jadinya dia cakap dia cuba adjust dengan tempat kerja untuk masuk normal kejap untuk seminggu. Jadi pada waktu suami yang uruskan hal anak dari ambil & hantar, surprisingly kak A sikit pun tak komplen apa-apa dengan suami aku, malah sangat manis ye. Siap nak pick up anak aku kat kereta berpayung tau.

Tiap kali suami aku hantar & ambil semua cerita dia manis-manis la pasal anak aku ni. Tiba-tiba cakap mudah jaga la, tak banyak merengek la apa la. Dah la tu siap whatsapp aku cakap, kalau lepas ni ayah baby S hantar pun tak apa, nanti bagi je no ayah baby S, senang kak nak contact kalau apa-apa katanya.

Aku macam wowwww Kak A, tak dinafikan suami aku memang quite good looking, white tall and handsome (kah! done puji suami).

Tapi disebabkan aku yang akan berurusan lagi dengan Kak A ni, jadinya aku & suami decide untuk stop lah hantar anak dengan Kak A. Antara biggest red flag lain yang buatkan aku stop dengan Kak A ni, pernah 2-3 kali time aku nak ambil baby waktu petang, aku tengok Kak A bagi anak aku dekat strangers guy (bukan suami dia, sebab aku pernah jumpa suami dia).

Kalau suami dia aku tak kisah sebab aku fikir yelah nak tolong Kak A jagakan baby sekejap. Tapi ni orang yang aku tak kenal, tak kisah la tu abang dia ke, paklong dia ke, pakngah ke, pak apa ke, kalau dah namanya lelaki lain selain suami dia, tetap lah itu lelaki asing. Dan sebagai ibu mesti kita rasa curiga, ke salah untuk aku ada rasa tak selesa macam tu?

Aku bertahan dengan kerenah kak A tu sebulan lebih. Dan akhirnya aku stop hantar baby dengan kak A, tapi aku tetap bayar dia full ibarat jaga untuk 2 bulan. Masa nak cakap untuk stop hantar baby dengan Kak A pun ada drama juga tu.

Antara yang dia cakap dengan aku, dia kata aku dah menyusahkan dia sebab terpaksa cari anak asuhan lain, dan buat kan pendapatan dia bulan seterusnya akan terjejas la, sebab kurang anak asuhan. Bukan itu je, dia juga cakap, kalau dah deal dan berjanji untuk hantar anak, jangan la nak mungkir pula.

Sekarang baby aku dah nak usia setahun, alhamdulillah berada dengan pengasuh lain yang baik, yang dah aku anggap macam ibu kedua untuk anak aku. Semoga ganjaran pahala dan rezeki yang baik untuk Mummy S!

Semoga ibu bapa yang sedang mencari pengasuh & sedang menjalani rutin hantar anak ke rumah pengasuh sentiasa diberi kelancaran dan mudah-mudahan Allah mendorong hati pengasuh anak kita untuk sentiasa sabar dan menjaga anak kita dengan baik. Aamiin

Terima kasih yang sudi baca sampai habis! Salam sayang.

– Mak Tom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. cerita awak lebih kurang macam sy..dan waktu skrg nie sy alami nya….Allah je tahu stresssnye sy nk handap orang macam nie..Doakan sy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *